Sunday, December 2, 2012 | By: Luna Biru

Labuan Chimney yang Misteri

gambar di sini 
Sebetulnya, selepas dari Botanikal Garden kami sepatutnya singgah ke Taman Burung. Malangnya Taman Burung sedang dalam upgrade process jadi kami pun meneruskan langkah terus ke Chimney Labuan. 

Jarak dari Taman Burung ke Chimney agak jauh juga. Sekurang-kurangnya inilah tempat paling jauh yang kami lalui sepanjang hari ini. Sempat jugalah melepas lelah di kereta dan anak-anak pun sempat melalui tempoh bertenang seketika. 





Muzium Chimney terletak di Tanjung Kubong iaitu di sebelah Utara Labuan. Terdiri daripada 2 komponen di tapak bersejarah Chimney, iaitu bangunan Pusat Informasi Chimney (PIC) dan Menara Chimney. PIC berfungsi sebagai sebuah muzium tapak yang mempamerkan sejarah awal Tanjung Kubong, iaitu sejarah perlombongan arang batu Labuan sejak 1847. Ia merupakan sebuah muzium tapak (site museums) yang siap dibina pada tahun 1999 di atas tapak yang dipercayai bekas penempatan pekerja lombong arang batu semasa era kepesatan perlombongan sumber berkenaan di Labuan di antara 1847 hingga 1911. 


Anis dan Ade yang begitu skema bergambar
Abe is talking to the dummy? Hiiiii......
Encik dummy yang tak hensem langsung

Chimney pula merupakan monumen penting di Labuan sebagai bukti peninggalan aktiviti perlombongan arang batu di Tanjung Kubong yang telah berusia lebih seabad. Dikenali oleh masyarakat tempatan sebagai 'Punil', ia adalah mercu tanda bersejarah terkenal di WPL. Fungsi sebenar Menara Chimney masih belum dapat dipastikan walaupun banyak andaian tentangnya. Ramai menyangka ia adalah tempat pengalihan udara untuk terowong bawah tanah, tetapi kerja-kerja ekskavasi mendedahkan tidak terdapat sebarang struktur terowong di bawahnya. Juga tidak mungkin sebuah cerobong asap seperti namanya kerana tidak dijumpai sebarang kesan pembakaran pada dinding sebelah dalam. Sebahagian menyatakan ia adalah rumah api berdasarkan pada dinding sebelah dalam dan berdasarkan kedudukannya di tanah tinggi dan pernah terdapat sebuah pelabuhan di kawasan Lubuk Temiang suatu ketika dahulu. Cerita tempatan pernah menyebut ia sebagai sebuah Menara Loceng untuk memaklumkan ketibaan kapal.




Berada di dalam gua diorama perlombongan arang batu terasa ada sedikit seram sebab kawasannya agak gelap dan sedikit pengap. Dua buah replika manusia yang diletakkan di dalam gua agak sedikit hodoh keadaan wajahnya menambah keseraman diri yang sememangnya penakut. Suatu hal yang lagi sekali aku puji selain dari masuk percuma ialah tiada larangan untuk mengambil gambar bahkan video di dalam muzium. Kalau di Sabah ni, sah-sah ada sign larangan kamera di luar pintu masuk. Sampaikan ke bilik pameran Antanom yang tiada apa-apa tu pun kena larang bawa kamera. Appadaaa.....


Jaga kena birak burung

Entah kenapa tapi secara peribadi aku suka berada di tempat ini. Mungkin sebab ia terletak di atas bukit jadi kita boleh tengok kawasan laut dari aras sini. Jadi pada pandangan aku, chimney ni sebenarnya berfungsi sebagai 'watchmen' sebab kalau kita berdiri atas menara kita boleh tengok laut secara penuh dan dapat memaklumi kehadiran kapal dengan segera. 

Along and Adam bergabung melatup.

Suasana kegembiraan agak merundum ketika berada di sini sebab kami semua sudah penat dan lapar. Si Abe sudah memulakan pemberontakan jiwanya dan si Ade pula mulai merengek. Nasib baik ada jual minuman di tepi bangunan yang telah menyelamatkan keadaan. Lepas ni kami akan ke Pohon Batu untuk melantak apa-apa yang patut di sana. 

1 comments:

Anonymous said...

apa sebab bagunan in di bina

Post a Comment