Golden Place Hotel terletak betul-betul berhadapan dengan IPD Bukit Bintang. Ia bukanlah terletak di laluan utama kawasan Bukit Binatang tetapi agak terpinggir sedikit. Sejajar dengan kawasan hotel ni, ada 6 buah hotel lagi yang boleh dijadikan pilihan seperti Cube Hotel, Victoria Hotel dan Swiss Inn. Kalau anda berhajat untuk memilih hotel ini, maka anda perlu berjalan sejauh 7-8 minit untuk menggunakan pengangkutan awam seperti monorail di Bukit Nenas dan bas awam di depan Times Square.
Kalau dirujuk ke laman web hotel ini, memang nampak sangat ekslusif. Aku boleh kasi 5 bintang sama jurufoto yang pihak hotel ni upah. Tapi itu bukanlah bermakna yang hotel ni indah khabar dari rupa. Memang secara fizikalnya, keadaannya tidaklah jauh beza macam yang dalam gambar. Cuma kita agak sedikit terkeliru dengan angle gambar dan nama hotel ni yang nampak macam high class sangat. Hakikatnya, ia tidak lah jauh beza dengan mana-mana hotel bajet yang lain. Dari segi kritikan seni, aku puji sebab dorang ni sangat pandai memanfaatkan ruang.
family room |
Harga yang ditawarkan adalah standard tapi terus-terang, kita boleh dapat nilai yang sama di kawasan utama Bukit Bintang dengan tawaran fasiliti malam yang lebih hidup. Macam yang aku cakap tadi, oleh kerana ia agak terpinggir dari kawasan utama maka kawasan sekitar hotel tidaklah begitu mengghairahkan untuk dinikmati bagi anda si pencinta kelawar malam.
the living room at the lobby |
Kami memilih bilik family dengan harga RM180 yang bagi aku sangat besar jumlahnya memandangkan kami hanya akan berada di sini sekitar 8 jam. Harga akan berubah ke RM188 pada hujung minggu. Bilik family menyediakan 1 katil queen dan 1 katil single dengan keluasan bilik yang sangat menyedihkan. TV plasma disediakan tapi no coffee and tea bahkan air mineral sekalipun. Sarapan juga tidak disediakan. Akan menjadi masalah pada esok pagi sebab kita kena berjalan sejauh 10 minit untuk mencari restoran terdekat di depan Times Square.
Mamat bangla yang jadi receptionist tu cakap 'I am sure you will satisfy with our room because we knew what is best to serve to our customer'. Hmmm....I'm sorry but I don't think so. Yes, the service is really good but I'm sorry this is really not worth for your money. Tapi satu lagi yang aku puji tentang hotel ni ialah kebersihan dan keceriaan memang berada di tahap ngetop.
Tips untuk anda : Kalau sekadar nak cari hotel untuk bermalam, usahakanlah di kawasan utama Bukit Bintang.
Golder Palace Hotel,
No 174-176, Jalan pudu,
53300 Kuala Lumpur,
Malaysia.
For reservation..
Tel: +603 2110 1699
Fax: +603 2141 3312
Email: info@goldenpalacehotel.com.my
0 comments:
Post a Comment