Tuesday, December 25, 2012 | By: Luna Biru

Misi Kembara : Legoland, JB

10 Dis 2012 (Isnin)

Hari ke-5


Bila dengar Legoland, mulut akan bergulung wow....mahal tu tiketnya!

Ya. Memang mahal gila. RM140 seorang (adult) dan RM100 untuk kanak-kanak. Istilah kanak-kanak pula terhenti setakat 11 tahun. Jadi Anis yang berumur 12 tahun tu tidak lagi dianggap budak-budak. 




Kami sudah diberi amaran oleh encik Arwin kalau nilai tiket semahal itu sangat tidak berbaloi dengan segala prasarana yang ada di sini. Untunglah aku dapat tiket murah dari Group-on jadi tidaklah takut sangat kalau benar Legoland ni tidak seseronok mana. 

Salah satu taman miniature. 

Kami sampai ke sini agak ke tengahari saat bayang-bayang hampir tegak ke badan. Cuaca panas betul sampaikan migrain menyerang dan anak-anakpun kehilangan mood untuk bermain. Kami lebih banyak menghabiskan masa menunggu matahari teduh sedikit di ruang cafe. Malang lagi, ruang cafe pun agak terhad hinggakan sesak semuanya saat makan tengahari. Tempat berteduh yang disediakan di bahagian luar juga sangat tidak membantu. Aku mula terfikir kalau tempat ni sebenarnya ditulah atau dilaknat Tuhan hinggakan Dia membekal matahari yang diluar kemampuan otak untuk diterima. 

Di istana Rom
Kami baru mulai dapat beraksi sekitar jam 4.00 petang. Itupun tak lama juga sebab tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Semua permainan terpaksa dihentikan atas sebab keselamatan. Hampeh lagi...


Jam 5.00 petang barulah hujan berhenti dan kami pun memulai lagi misi. Keadaan tidaklah sehebat mana bila kami terpaksa akur pada barisan menunggu yang begitu panjang hinggakan masa banyak terbuang menunggu giliran. Waktu ni baru aku sedar kalau Legoland bukanlah taman tema permainan sehebat Genting. Pilihan permainan tidak sebanyak mana. Tempat ni pula lebih banyak dipenuhkan oleh taman mini yang direka dari permainan legoland itu sendiri. Ok. Arwin betul. Nilai RM140 itu memang sangat tidak berbaloi kalau pihak Legoland hanya menyediakan permainan yang ini-ini juga. Kononnya pasal belum siap sepenuhnya. Tapi setahu aku, pembinaan yang sedang dibuat sekarang adalah untuk mall dan hotel. 


Tapi ada rahmat juga segala kebengangan yang ada ini. Abang yang acrophobia itu akhirnya mendapat keberanian untuk mencuba roller coaster yang sangat digeruninya. Melenting-lenting suara abang d langit sampai aku yang sebetulnya ngeri jadi rasa lawak pula. Turun saja dari roller coaster abang bersumpah itulah first and lastnya. Haha...tak kisahlah. Yang penting, ada juga kenangan sekali seumur hidup. 



Satu-satunya yang buat hati sedikit puas adalah pengalaman pertama menonton filem 5D. Memang berbaloi ditunggu. Durasi masa selama 30 minit di dalam pawagam membawa kita ke satu dunia animasi yang hebat. Kalaulah ada Ade dan Mizan di sini...


Kami cuba memaksimakan masa selama mungkin di sini. Kira-kiranya sampai kena halau oleh pakcik guard. Tapi minda sudah benar-benar lelah hinggakan kami terpaksalah berpuas hati dengan apa adanya. Permainan terakhir kami ialah self-glider. Kami buat matching team dan tak sangka pula aku boleh buat banyak kali tanpa gayat. Ngeh....



Akhirnya kami pun pulang sekitar jam 8.00 malam. Besok mahu full rest di rumah Halim saja setelah rancangan mahu ke Singapore terpaksa dibatalkan. 


0 comments:

Post a Comment