Sunday, December 2, 2012 | By: Luna Biru

Pohon Batu Beach, Labuan



Pohon Batu merupakan sebuah kampung yang terletak di Labuan,ia terletak di antara Kampung Layang-Layangan dan Kampung Batu Manikar, sebelah utara Labuan. 

Pantai ini juga merupakan tempat kesukaan abah waktu kami kecil dulu. Aku masih ingat datang ke sini bersama arwah mama (nendaku). Pagi-pagi lagi umi akan masak dan kami akan menghabiskan seluruh hari di sini. 



Malangnya tidak ada satupun kenangan yang aku rakam di sini yang sama seperti apa yang ada sekarang. Pantai ini jauh berubah sebab ia sudah jadi pusat pelancongan. 



Kami menghabiskan banyak masa di sini untuk rehat, makan dan anak-anak tentu saja sudah bergila-gilaan dengan plyaground. Untuk pertama kali harus kuakui bahawa aku agak bebas hari ini tanpa Anis yang menempel di belakang. Selalunya dia akan mengikut saja ke mana aku pergi dan enggan bercampur dengan the boys yang lain. Tapi sejak peristiwa hantu di Tenom dan kemudiannya diikuti dengan beberapa briefing tentang kemenjadian manusia, maka Anis mulai menyusuri kehidupannya sebagai anak gadis remaja lainnya. Gembira tengok dia sudah mulai berkumpul balik dengan adik-beradik dan sepupunya. Lebih gembira lagi sebab dorang melayannya dengan baik walaupun menurut Anis, dialah yang bersalah sebab tersalah anggap akan isu diskriminasi jantina selama ini. Anis sudah meninggalkan mereka dua tahun dan hidup dengan dunianya yang sendiri selama tempoh itu. Dia kehilangan ruang untuk menjadi kanak-kanak dan berusaha mengejar dewasa semata-mata untuk menjadi kawan aku. Syukur aku masih sempat untuk mengubah hal itu dan mengembalikan zaman kanak-kanaknya yang indah. Terima kasih kepada encik hantu yang telah berjasa waktu di Tenom dulu. Haha....

Pengajaran : Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. 




0 comments:

Post a Comment