Episod terakhir di Labuan tidaklah merakam peristiwa semanis ketika kami pertama menjejakinya. Aku disuguhi dengan dua peristiwa yang telah memberi rasa tawar pada seluruh hariku. Aku tidak berniat mahu merosak keadaan dengan memberikan aura negatif hanya kerana kegundahan yang telah diberikan kepada aku. Hakikatnya aku bukanlah tidak mampu berlakon tidak ada apa-apa yang berlaku kerana seumur hidupku aku adalah penipu paling bertauliah kalau bercakap pasal perasaan. Tapi adakalanya jiwa ini disentap juga oleh kisah-kisah yang membuat kita gagal untuk terus jadi penipu. Oh...semut kalau dipijak hari-hari pun akan menggigit juga,kan? Bukit kalau dicangkul hari-hari pun habis juga. Demikian juga sabar dan tulusku.
Maka segalanya pun berlangsung dengan nanar ditambah lagi pula dengan cuaca yang panas dan keadaan feri Labuan-Menumbuk yang sangat menyedihkan. Betul, kalau anda mahu menggunakan perkhidmatan feri, maka tolonglah guna feri Kimanis. Feri ini membuat aku merasa seperti PTI yang diangkut keluar dari Malaysia. Dan entah kenapa perjalanan ini terasa lama sekali berbanding sebelumnya. Kalau aku berenang ke Menumbuk pasti lebih laju dari feri ini berjalan.
Lalu segalanya pun tamat begitu kaki menjejak bumi Menumbuk. Ada gerai makan disedia di sana maka kami pun melantak apa-apa yang patut sebab perut sudah menangis minta diisi. Kami sampai ke rumah jam 8.00 malam. Sunyi terus menyelubung. Sunyi, penat dan sentap yang masih menyeksa.
Pesanan aku pada yang telah membeli tiket kenderaan return, kalau mahu ke balik ke Sabah, jangan lupa ambil dulu boarding pass ok....Bukan ikut suka-suka hati kau nak masuk feri tanpa boarding pass. Boarding pass pula kena ambil di konti tiket bersebelahan dengan Terminal Feri Antarabangsa Labuan. Memang dorang tak bagi waktu ke Labuan tapi kena ambil waktu nak balik dari Labuan.
Pesanan kedua, simpanlah key card hotel anda baik-baik. Dan kalau orang suruh bertenang dan fikir, bagilah ruang untuk diri sendiri berfikir dan jangan terus menolak segala kemungkinan. Kita manusia biasa tidak terlepas dari rasa lupa. Ketaksuban bahawa diri selalu betul hanya membawa padah pada orang lain. Wallahuaklam.
Viva, Labuan.
0 comments:
Post a Comment