Thursday, December 20, 2012 | By: Luna Biru

Misi Kembara : Batu Caves


Aku sudah lama teringin mendaki tangga Batu Caves yang sebanyak 272 anak tangga itu. Macam yang aku cakap sebelum ni, Mak Long aku, Pak Mail aku, Mak Senah aku, bahkan budak-budak Takis yang pernah ke KL ni, semuanya sudah pernah mendaki tangga ni. Aku teringat kawan aku cakap; Apa kelas kau nak ke Batu Caves tu? Sana tak de apa-apalah. Aku yang duduk lahir kat KL ni pun tak pernah lagi teringin nak ke sana,". 

Well....(whatever!)


So akhirnya kami pun sampai jugalah ke sini. 

Waktu tengok anak tangga yang curam tu, di tambah dengan cuaca panas gila macam ni, aku terpaksa fikir dua kali pasal hajat aku. Aku ni sudahlah semput ditambah masalah kepala lutut lagi agak kurang stabil. Tapi bila Arin bersemangat mahu naik, aku pun rasa tercabarlah juga. Lebih-lebih lagi bila abang yang tak berapa suka kehidupan aktif tu pun mahu naik sama, so takkanlah aku nak tinggal sorang-sorang di bawah dengan mat-mat India, ni kan? 


Kami menghabiskan masa lebih 20 minit untuk mendaki anak tangga untuk sampai ke dalam gua. Fuh...lama tu...Mamat cina yang pakai singlet merah tu pun sudah lima kali turun naik sedangkan aku masih bertatih-tatih sampai ke atas. Kami difahamkan bahawa untuk benar-benar mendaki ke puncak, kami perlu mendaki beberapa ratus anak tangga lagi. Ada sebahagian tempat di dalam gua ini pula sudah dijadikan kawasan komersial yang mengenakan caj masuk. 



Sebenarnya memang tiada apa pun dalam gua ni kecuali kalau korang pencinta alam semulajadi. Memang betullah juga apa yang kawan aku cakap. Tapi pengalaman yang tercipta sewaktu mendaki dan menuruni 272 buah anak tangga itu pasti akan jadi kenangan buat selamanya. Saat diri berada di tengah tangga, perasaan penat seringkali mencabar untuk meneruskan pendakian atau turun saja kembali ke bahagian bawah. Berputus asa bermakna segala usaha naik dari tadi akan sia-sia belaka. Manakala menghabiskan pendakian pula seperti sebuah kemenangan peribadi kerana kita akhirnya berjaya mencabar kekuatan diri sendiri. Ia adalah perang antara stamina dan mental. 



Untuk pengetahuan korang, topik pasal Batu Caves dan perayaan Thaipusam ada terdapat dalam buku teks sekolah rendah samada dalam subjek BM, BI mahupun KT. Selama ni aku asyik ajar murid aku dan tunjukkan gambar pasal Batu Caves yang aku celup begitu saja dari internet. Tapi mulai tahun depan, aku sudah boleh berkongsi cerita dengan dorang tentang pengalamanku sendiri mendaki anak tangga di Batu Caves ini. 



Sekarang, you tell me....

Apa kelas kau nak ke Batu Caves tu? Sana tak de apa-apalah. Aku yang duduk lahir kat KL ni pun tak pernah lagi teringin nak ke sana,". 

Jawapannya.... 

Di Batu Caves aku boleh mengutip pengalaman yang menguji kemampuan fizikal dan mental aku bukan hanya sebagai pendaki, tapi juga sebagai individu. Ia tidak hanya terlihat daripada apa yang tersurat. Tapi juga sebenarnya menguji suatu kekuatan yang jauh tersirat dalam diri kita. Either you want to stop it, or finish it...

Finally....


0 comments:

Post a Comment