Hari ini 15 Dis 2012 aku turun juga ke bumi setelah 10 hari berkelana di kaki langit milik orang lain. Asalnya mahu berhabis tenaga membuang stress dan membayar lelah setahun dengan program cuti-cuti Malaysia yang limited edition. Malangnya, bak kata Beto Khusairy dalam Istanbul Aku Datang; Kalau benda dah sebati dengan diri kita manalah dapat nak dipisahkan lagi. Jadi kesimpulannya, walaupun aku selalu terfikir bahawa idea isolasi adalah idea paling bernas dalam dunia, tapi hakikatnya, aku tidaklah mampu bersuka ria tanpa jumlah jemaah yang cukup.
Misi mengeliling zon selatan Semenanjung Malaysia nyata membawa banyak makna dalam hidup aku. Sedikit demi sedikit pasti akan ku update setelah gambar dapat disusun dengan baik nanti. Ia adalah sebuah catatan perjalanan yang amat bermakna yang sebenarnya sengaja ditelusuri ssemata-mata untuk menambah ilmu dan pengalaman. Tunggukan saja kisah 10 hari pengembaraan itu ya....
0 comments:
Post a Comment