27 Dis 2012 (Selasa).
|
Abe di majlis sarakal berkhatan tahun 2009 |
Aku tak tahu kalau hari ini sangat bermakna dan menakutkan bagi Abe. Lebih dua jam memujuknya untuk jadi berani sampaikan si atok dipanggil untuk jadi motivator. Lucunya, dalam banyak-banyak cucu, cuma si Abe saja yang pernah dilahirkan atok. Hari ini, pun dalam banyak-banyak cucu, si Abe sekali lagi jadi pemecah tradisi ditemankan atok untuk dikhatan.
Ini adalah pengalaman baru bagi Abe. Sekaligus juga pengalaman baru bagi aku. Waktu Arin disunat tiga tahun dulu, aku tidak menemaninya sebab aku tahu Arin berjiwa kuat. Abe ternyata jauh berbeza dengan Arin.
Hmmm....tiga lagi menyusul selepas ini. Harap tak seteruk Abe.
|
Awal restu dari atok |
|
Sampai tertidur kami menunggu giliran. Daftar jam 8.00 masuk jam 10.00. |
|
Macam bomoh ni aku menjampi Abe. Padahal habis sudah upaya ilmu kaunseling aku untuk menguatkan semangatnya. |
|
Kehadiran atok juga ternyata tidak mampu kuatkan semangat Abe. But does really help untuk meredakan kemarahan aku yang mula hilang sabar dengan budak sorang ni. |
|
Finallay...."Eh, tak sakit pun...?" katanya bila semua operasi selesai. Tak sakit? Tunggu bius kau habis baru kau tahu langit tinggi rendah. |
Ternyata betul. Balik rumah saja, Abe mulai menjerit-jerit kesakitan. Ubat tahan sakit yang sepatutnya dimakan sebiji, ditelannya sampai dua biji. Waktu malam pun terpaksa dijaga sampai aku rasa kalah pulak waktu aku bersalin. Masa entry ni kutulis (1 Dis, 2012), sudah 5 hari berlalu. Nampaknya Abe sudah semakin sihat dan boleh berdikari sendiri. Syukurlah...
0 comments:
Post a Comment