Sungai Melaka dipenuhi dengan sejarah sejak
kegemilangan empayar Kesultanan Melayu
Melaka yang berpengaruh dan berkuasa yang menarik pedagang seluruh dunia untuk
datang berniaga dan berdagang dan yang mengkagumkan telah mempengaruhi Tome
Pires, sejarawan Portugis untuk menamakan negeri ini sebagai ‘Venice di Timur'.
Walau bagaimanapun, Sungai Melaka kini
sebahagian besarnya hanya menjadi peringatan berharga tentang masa silamnya
yang gemilang dan kaya serta pembangunan masa kininya. Dan cara terbaik untuk
mengetahuinya ialah dengan merasai kembara sungai untuk menjejaki sejarah dan
menyaksikan keindahannya yang menarik dan mempersonakan. Sumber di sini.
Hajat di hati mahu ber'river cruise' ala-ala venice in the east saat senja melabuh tirai. Pasti cantik sekali merakam matahari jatuh di muara sungai Melaka. Namun pemandangan di waktu malam juga tidak kurang bandingannya. Suasana sekitar kampung Morten dan beberapa kampung di pinggir sungai Melaka dengan lampu-lampu yang indah menghiasi perjalanan kami. Aku suka deejay yang bertugas sangat membantu kami mengenali negeri Melaka yang indah ini.
Saat hati sudah mulai bersatu dengan alam, akal pun mulai mengimaginasi tentang dunia yang telah ditinggalkan beratus tahun dahulu. Di sinikah Tuah dan sahabatnya berhilir ke muara untuk mengembara merentas laut sampai ke China? Dulu selalu aku berangan kembali ke zaman itu agar dapat aku memohon jawatan menjadi penasihat Sultan. Tapi apakah maknanya memperbetulkan sejarah? Biar tidak suka dengan segala yang telah berlaku, namun sejarah itulah sebenarnya yang telah membina diri kita hari ini.
Ini adalah destinasi terakhir kami sebelum berangkat pulang ke JB. Malam ni juga Malaysia vs Thailand 0-1...Hampeh.
Tahun depan, pasti akan ke sini lagi dengan jemaah yang sempurna banyaknya. Insya Allah....
0 comments:
Post a Comment