Saturday, December 1, 2012 | By: Luna Biru

Beta Service Apartment, Labuan

Terletak di Ujana Financial Park, Beta Service Apartment ternyata adalah satu pilihan yang sangat tepat kepada anda yang berminat untuk menginap di Pulau ini. Kita mempunyai pilihan untuk menginap di satu bilik, dua bilik atau tiga bilik dengan kadar harga yang amat berpatutan. Penginapan di apartment ini sangat selesa dengan segala kelengkapan peralatan dan kadar keluasan yang sesuai dengan jumlah ahli keluarga yang besar. 

Kami memilih apartment tiga bilik dengan kadar harga RM312 untuk gov rate. Paling menarik tempat ini ialah bilik mandi terdapat dalam semua bilik tidur dan dua lagi ada di bahagian dapur dan laundry. Dapur juga lengkap dengan segala keperluan jadi kalau berminat mahu memasak, silalah beli bahan mentah sendiri. Suatu hal yang paling aku suka ialah koridornya yang luas dan panjang berhadapan dengan Masjid Jamek. Seronok lepak di sana waktu malam. 




Cuma, sekadar berkongsi informasi, kebersihan agak kurang sikit terutamanya di jubin bathtub. Agak mengecewakan sedikit, kolam mandi juga tidak tersedia untuk kanak-kanak di bawah ketinggian 3 kaki. Mungkin hal ini boleh ditoleh sebentar oleh pihak pengurusan Beta. 

Apapun, aku suka di sini dan aku pasti akan merindukan tempat ini. Kalau ada tempat untuk aku lari dan isolasi, ini akan menjadi salah satu pilihanku. 



Kepada yang berminat, silalah kunjungi laman web si sini:

0 comments:

Post a Comment