Thursday, December 20, 2012 | By: Luna Biru

Misi Kembara : Malam di Bukit Bintang

Masih di 7 Dis 2012. Jumaat. Hari kedua. 

Kami terus pulang ke Hotel Warisan begitu selesai misi kembara ke Batu Caves dan sesi dialog bersama daddy si Arwin. 

Malam ini kami ada janjitemu ala-ala reunion dengan kawan lama di maktab; Boy dan Zarul. Agak teruja untuk bertemu dengan Boy sebab dia ni kira antara yang terawal menjadi sahabat seketawa waktu di maktab dulu. Kisah reunion kami akan aku ceritakan nanti sebab sekarang sementara menanti pertemuan itu, kami mahu menikmati dulu malam yang hidup di Bukit Bintang ini. 



Hotel Warisan terletak sangat strategik kerana dari hotel ini kita boleh menuju ke Plaza Low Yat di sebelah kiri; sementara Lot 10 dan Sungei Wang pula di sebelah kanan. Bahagian bawah hotel pula tersedia rumah-rumah urut 'Hului Tapai Kakai' sepertimana yang dilawakkan oleh Nabil Raja Lawak. Seberang saja jalan raya, tersedia pelukis-pelukis jalanan yang menyediakan perkhidmatan lukisan serendah RM15 hingga ke RM80. Berjalan sedikit ke arah H&M Lot 10, kita akan bertemu pula dengan The Golden Man.  




Kami tak lama berada di sini sebab abang antusias sangat mahu ke Low Yat. Masa banyak dihabiskan menemankan abang menengok-nengok gajet yang ntah apa-apa ntah. Aku bukan suka sangat nak berwindow shopping ni sebab my life is more to lepak dan menikmati alam sambil memerhatikan karenah manusia. Aku cadangkan supaya kami separate, jadi abang bebas menikmati dunia gajetnya dan aku boleh menimba pengalaman dari dunia yang aku sukai. Malangnya cadanganku ditolak sebab abang mengkhuatirkan keselamatan aku. Huhu....Akhirnya aku pun lepak di mana-mana konti makanan yang ada. Ini yang buat aku kalah kalau ke KL ni. Makanan semua pun sedap-sedap belaka. Di KK inda ada semua ini...

Kepada mereka yang belum berpeluang ke sini, jomlah nikmati sendiri malam yang hidup di sini. This is KL!


Ok. Jam sudah menunjukkan jam 10. Boy dan Zarul dah tunggu depan Sungei Wang. 


0 comments:

Post a Comment