Sunday, December 2, 2012 | By: Luna Biru

Jejak kasih di Soto Haji Sinto, Labuan

Aku berkeras juga mahu meneruskan perjuangan jejak kasih pada seorang saudara yang sudah agak lama ditinggalkan. Lokasinya di sebuah kedai kopi cina dekat dengan Hotel Aifa. Dorang ni berjualan soto di sini seawal Labuan mulai membangun. Kira macam perniagaan tradisi keluarga. Sekarang, anaknya pula iaitu sepupuku yang meneruskan wadah itu. 

Dulu, asal cuti sekolah pasti aku akan ke sini untuk mencari duit tambahan. Bekerja menjadi pelayan restoran menghidang resipi soto dan rojak yang sangat terkenal di pulau ini. Gajinya bolehlah buat aku shopping sakan di Sportmart yang murah gila tu. Kiranya bila buka sekolah akulah yang paling bergaya dengan beg berjenama berbanding kawan-kawan yang lain. Apa yang paling best, hasil usaha sendiri. 

Pertemuan di sini sememangnya dirancang kerana kami telah memaklumkan mereka lebih awal. Kancil, teman sepermainan dari kecil yang sudah belasan tahun tidak dijumpa ternyata sangat berbeza dari dulu. Kalau jumpa di mana-mana kompom aku tak kenal langsung. Mungkin dia pun terkejut dengan perubahan aku yang sudah gemuk macam dia. haha...Tiada lagi Riney yang kurus kerempeng dan macam papan dulu. 


Seronoknya, biar bertahun tidak berjumpa, kemesraan masih bertahan tanpa kejanggalan. Kancil masih macam Kancil yang dulu. Sayang Tole tidak ada bersama. 

Ok. Tamat kisah jejak kasih. Lepas ni kami mahu menyambung shopping sekejap di Sportmart dan lepas tu balik ke Beta untuk berkemas. Kami akan meninggalkan Labuan pada jam 2.00 petang. 

Terima kasih pada Bang Sutar dan Kak Mimi atas layanan yang 5 bintang. 


0 comments:

Post a Comment