8.54pm.
Akhirnya sampai juga kaki menjejak ke bumi Johor. Aku bersyukur sangat sebab akhirnya bas yang dinaiki sejak jam 4.30 petang tadi berhenti juga. Lenguh satu badan. Aku memang tak tahan apa benda yang dinamakan travel sambil duduk menongok macam ni. Sebab itulah hajat hati pada mulanya mahu ke sini dengan menggunakan perkhidmatan keretapi. Tapi hajat itu terpaksa dibatalkan juga sebab jangka masa menaiki train lebih lama dari menaiki bas.
Halim sudah sedia menanti kami bersama si Akim-nya yang comel dan manja banget itu. Halim agak sedikit kurus dari yang terakhir kali aku ingat. Mukanya pun agak sedikit pucat. Mungkin penat dengan perubahan dunia baru yang dialami sejak dua bulan ini.
Halim bawa kami singgah sekejap di warung steamboat yang terletak betul-betul bersebelahan dengan dataran JB, berhadapan Pantai Lido. Peniaga warung berjual steamboat dalam lori kecil. Macam-macam jenis makanan ada. Steamboat dijual pada harga RM1.00-RM1.50 sebatang mengikut jenis. Pilih saja mana suka lepas tu direbus lalu cicah dengan kuah kacang. Sedap? Errr....susah nak cakap sebab bukan selera aku. Kalau penggemar seafood mungkin akan menjerit histeria di sini.
Di dataran JB |
Abang yang ala-ala lapar try order mee hailam special. Sekali try, punyalah pedas! Aku yang kononya tahan pedas ni pun rasa macam tak tertahan apalagi abang yang lidah kucing. Menurut Halim, memang masakan di sini jenis pedas berempah. Oh...I told you...aku tak suka rempah!
di mini studio |
Pulang dari sana kami singgah lagi ke rumah pakcik aku yang tinggal di Pasir Gudang, Uda Saad namanya. Dia ni indipendent composer. Sempat juga melawat studionya dan melihat-lihat hasil kerjanya. Wow...memang otai. Sound system memang paling menanglah. Nanti aku akan buat satu entry khas pasal dia bila aku sudah cukup maklumat ok.
K. Sampai sini dulu. Nite everybody.
0 comments:
Post a Comment