Hari ke-8
Sudah lama aku teringin naik bas Hop on Hop Off yang tiada bumbung. Haha...perasanlah tu macam di London. Kepada yang berminat untuk gunakan perkhidmatan ni, bolehlah beli tiket secara online ataupun pergi saja di Bukit Bintang depan LOT 10. Di sana ada disediakan konti kecik untuk penjualan tiket. Ingat ya, konti kecik bukan kaunter.
Inilah kontinya |
So, inilah aktiviti kami yang terakhir untuk hari terakhir di misi kembara ni. Esok balik Sabah sudah. Sebenarnya malas betul mahu turun KL apalagi bila mengenangkan yang kami jauh di Selayang. Susan awal lagi sudah turun kerja.
Tapi bila mengenangkan janji pada Arin, maka terpaksa jugalah gagahkan diri. So, inilah hasil pengembaraan kami seharian bersama bas idaman kami ni. Memang berbaloi dengan harga tiket sebanyak RM16 untuk pemegang mykad. Keadaan cuma tak berapa selesa sikit sebab cuaca terlalu panas sampaikan aku terlalu lemah untuk berpura-pura kuat. Memang pening sangat. Kesian juga tengok abang yang bersungguh-sungguh cuba membuat fotoshot. Nasiblah Arin steady jadi dia sajalah yang layan abah dia.
Tak berapa lama lepas aku pulih, peningku berpindah pula pada abang. Nah....gitulah ertinya hidup ni ibarat roda. Sekejap saja Allah sudah putarkan balik. Kesian Susan terpaksa OT tunggu kami. Apapun, setelah sekian lama, tercapai juga hasrat mau berdatingan dengan Susan di kota KL.
0 comments:
Post a Comment