Thursday, December 20, 2012 | By: Luna Biru

Terminal Bas Selatan

Masih di hari ke-3 misi kembara. 
bus-terminal-bersepadu-selatan-bts-building.jpg, Modern airport-like bus terminal for south-bound buses (Melaka, Singapore etc.) in Bandar Tasik Selatan in southern Kuala Lumpur
TBS

Melangkah saja masuk ke TBS, hati mendesah kagum...wow...rasa macam airport. TBS ni jauh lebih moden dari LCCT. Ngeh...masih juga ni mau mempertikaikan. 


Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) merupakan stesen bas bersepadu yang memberi perkhidmatan bas ke selatan Semenanjung Malaysia. Terminal ini telah siap pada November 2010 dan beroperasi sepenuhnya pada Jan 2011. 

Terasa kerdil diri di sisi anak-anak yang sudah mulai membesar

Memang agak selesa berada di terminal ini. Kalaulah terminal KK-Pantai Timur best macam ni. Kalau diingat-ingat sesaknya terminal KK-Pantai Timur tu buat aku tak teringin nak ke sana lagi. Tapi nasiblah terpaksa selalu hantar abah ke Tawau jadi mahu tak mahu kenalah juga jadi mangsa kesesakan manusia PTI. 

Terdapat banyak cara untuk menuju ke TBS dari KL dan semuanya boleh dirujuk di sini. Kami menggunakan perkhidmatan teksi ke sini dari KL. Kos adalah bergantung pada meter. 

Ni je yang aku berselera nak makan. Half boil egg with hot choc. 

Terdapat banyak syarikat bas yang menyediakan perkhidmatan di sini dengan harga yang berbeza-beza. Perbezaan harga adalah mengikut jenis keselesaan bas. Nasib baiklah aku dah google habis tempat ni jadi aku bolehlah pilih bas yang berharga bajet tapi selesa. So, kalau korang cukup-cukup bajet bolehlah pilih City Bus dengan harga RM32 ke JB. 

Kami singgah makan di Restoran Kopitiam Hailam di tingkat 1. Masakan ala-aka western dan chinesse. Layanan agak kurang dan sedikit kelam-kabut. Sabar-sabar hati sajalah...



Akhirnya kami pun bertolak ke JB jam 4.30 ptg. Fuh...jauh juga rupanya KL-JB ya...jam 8.30 baru kami sampai ke Larkin Sentral. Singgah sekejap di Yong Peng untuk R&R. Yang pedasnya hidup ialah mat bangla di sebelah kami sudah mulai mengeluarkan auranya hinggakan aku terpaksa menelan pil piriton supaya aku terus tidur sepanjang perjalanan ini. Ya Allah...tolonglah lekas-lekas sampai supaya aku tak makin terseksa dengan aura yang pedih ini...


R&R









0 comments:

Post a Comment