Tuesday, January 1, 2013 | By: Luna Biru

Entry pertama

Aku mulakan entry pertama di tahun baru ini dengan sebuah berita baik. 

Hari ni adalah final meeting yang dibuat dengan partner, Cik Kak Yati namanya, setelah berminggu berbulan berhubung melalui orang tengah dan media maya. Alhamdulillah, perundingan nampak cantik dan tidaklah seburuk apa yang ditanggap sebelum ini. Keputusan mesyuarat adalah win-win situation. Hmmm...kan aku dah cakap. Aku ni memang selalu lucky dalam hidup. Tiada istilah teraniaya ataupun penganiayaan. Aku harap berita ni mampu buat kawan halimunan aku a.k.a penasihat kedua aku tidur sambil tersenyum. Yalah...kan dia selalu risau kalau aku bakal jadi mangsa perjanjian kontrak yang berat sebelah. 


Bisnes kami akan bermula secara rasminya pada bulan February nanti. Itu bermakna kami masih ada sebulan untuk merenovasi kedai kami. Oleh sebab aku dan partner terpisah oleh Laut China Selatan, jadi terpaksalah aku tunggu dia datang balik ke sini untuk tindakan selanjutnya. 

Oya, mesti korang nak tau aku nak buka bisnes apa, kan? Sebilangan kawan-kawan meneka kalau aku akan buka bisnes produk kecantikan ataupun butik sebab aku ni suka melawa. Tiada seorang pun teka yang aku bakal buka bisnes makanan. Ngeh...bukan restoran tau. Tapi ala-ala bakery and pastry station gitu. Wah...mesti gempak punya...! 

Kalau korang tanya aku sama ada aku sudah bersedia atau tidak untuk memulakan hidup baru ini, aku akan jawab yang aku memang belum bersedia. Tapi sebenarnya, kalau kita tunggu untuk bersedia, sampai bila-bila pun kita tidak akan bersedia. Prinsip hidup aku agak berbeza sikit. Bagi aku, bersedia atau tidak, bolos saja dinding itu. Itu prinsip orang yang suka betting. Prinsip ni amat bertentangan dengan manusia berjiwa skema dan penuh tatacara hidup. Agaknya, itulah sebab aku di kelilingi oleh manusia-manusia skema sebab Tuhan nak suruh dorang ingatkan aku bahawa hidup bukan pertaruhan. 

Nampaknya hidup aku akan berubah secara total tahun ini. Tapi ini bukanlah gaya hidup baru sebab ia adalah kehidupan yang pernah aku lalui sebelum ini. Ada sedikit rasa gementar takut trauma lama berulang lagi. Oh...semoga Allah permudahkan segalanya. 

Doakan aku berjaya, ya...

InsyaAllah...

Amin. 

0 comments:

Post a Comment