Thursday, December 20, 2012 | By: Luna Biru

Misi Kembara : Melaka here I am

09 Dis 2012 (Ahad)

Hari ke-4.

apartment Halim di Gelang Patah

Jadi pagi ini kami pun bersiaplah untuk memulakan cuti-cuti Malaysia sehari ke Bandaraya Bersejarah Melaka. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk membawa semua ahli jemaah tapi malangnya sampai ke sudah tidak ada satu pun kereta sewa MPV yang tersedia untuk kami. Akhirnya terpaksalah Along, isteri Halim dan Akim tinggal di rumah...


Semalam aku sudah bersumpah untuk setelkan masalah ais beku antara Anis dan Arin sebelum ke Melaka. Tapi oleh sebab banyak betul benda yang perlu difikir, sumpah keramat itu terbiar begitu sahaja. Aku harap aku boleh cepat-cepat betulkan benda ni sebelum ais beku Anis berubah jadi batu yang semakin susah untuk dilebur.

R&R Yong Peng

Kami gerak dalam jam 9.00 pagi dan hanya berhenti sekali di R&R Yong Peng. Kami melalui 3 kali tol yang jumlahnya makan belanja sekitar RM40.00. Nak merungut? Jauh di dasar hati mau juga tapi bila memikirkan ini adalah inisiatif kerajaan untuk kemudahan awam, aku halalkan jugalah duit tol tu. Ini adalah harga untuk sebuah prasarana. Mungkin di Sabah perlu ada tol juga barulah selesa sikit  pemanduan di jalan raya terutamanya di sebelah utara sana. 

Kami tiba di Melaka sekitar satu jam setengah kemudian. Ah....lega rasanya....



0 comments:

Post a Comment