Sunday, December 16, 2012 | By: Luna Biru

Misi Kembara : KKIA-LCCT

06 Dis 2012. 


Maka bertolaklah kami hari ini mengejar Anis yang sudah seminggu mendarat di bumi Kuala Lumpur. Berbekalkan kewangan yang agak terhad, kami pada mulanya bercadang untuk pergi berdua saja bersama abang. Tapi kemudiannya aku terfikir untuk membawa Arin bersama atas alasan yang cukup konkrit. Aku berharap benar agar percutian kali ini dapat mengeratkan kembali hubungan silatur-rahim antara mereka berdua yang telah lama renggang sejak 10 bulan yang lalu. Mahal benar harga untuk menyambung nilai kasih sayang ni rupanyakan...


Penerbangan yang dijadualkan berlepas pada jam 10.40 malam itu ditunda ke pukul 11.10 malam kerana cuaca yang kurang mengizinkan. Ini adalah kali pertamaku menaiki penerbangan Air Asia...Now everyone can fly, sebab tiket MAS semua sudah sold-out. Secara peribadinya, memang agak sedikit kurang biasa sebab sudah terlanjur suka dengan fasiliti yang disediakan oleh pihak MAS airline. Keadaan airport dan laluan ke kapal terbang mengingatkan aku pada keadaaan airport MAS KK tahun 1980-an. Ruang tempat duduk agak sempit. Aku membayangkan kalau aku duduk di tengah dan di sebelah kiri aku ada Angah Rajalawak, pasti aku akan tercium punggungnya setiap kali dia mahu keluar ke tandas. Ugh...bunyi macam temberang benar...Hakikatnya, buat apalah aku nak bandingkan kedua syarikat ini, kan?


menunggu masa untuk berlepas...

Dua jam 45 minit berada dalam perut pesawat bukanlah suatu pengalaman yang aku sukai sama-sekali. Pinggang pun lenguh sebab terlalu lama duduk dan tidak ada apa yang boleh dibuat selain termenung dan berusaha untuk tidur. Otakku terus ligat mencari jalan penyelesaian tentang destinasi kami begitu mendarat di bumi KL nanti. Cadangan asal adalah untuk menumpang semalam di rumah Susan di Selayang. Tapi kemudiannya hati jadi ogah dan segan memandangkan kami akan sampai ke rumahnya sekitar jam 3 pagi.


tha's it...sampai sudah di LCCT


Jam 1.45 pagi kami pun selamat mendarat di LCCT Sepang. Sepatutnya aku mengambil kupon teksi di kaunter tapi entah kenapa akhirnya kami ambil  risiko untuk menyewa teksi sapu yang mengapung di depan lapangan. Setelah berunding itu dan ini, abang teksi yang bernama Fazli itu pun bersetuju untuk membawa kami ke Bukit Bintang dan sekaligus membantu mencarikan hotel bajet sampai dapat. Habis RM120 dia paw. Hantam ko bang.... 


Sebenarnya, sejak seminggu sebelum turun KL lagi aku sudah mulai mengoggling internet untuk membooking hotel bajet sekitar kawasan Bukit Bintang. Malangnya, semua hotel yang kutelefon sudah penuh. Abang teksi tu tak percaya tapi akhirnya dia terpaksa juga akur sebab 3 hotel yang dipillihnya ternyata memang betul-betul out of order! Ramai betul kot manusia bercuti di KL ni sampaikan motel pun habis disapu bersih. Hotel 5 bintang tentu saja ada tapi itu bukanlah berada dalam senarai aku. 

Akhirnya kami dapat juga hotel Golden Palace yang terletak di pinggir Bukit Bintang. Nama hotel bajet tapi kira mahal dan rugi juga sebab kami cuma sekadar nak bertidur dari jam 4 pagi dan kemudian check-out jam 12.00 tengahari. Sebelum menjengah ke dalam hotel, waktu ni baru perasan kalau Arin kehilangan dompet yang dalamnya ada IC. Hampeh....

Ketika kepala dilayangkan atas bantal, rasa penat menguasai satu badan. Aku masih diburu kesal kerana memberi harapan pada Susan yang kemudiannya aku mungkiri. Sudah berkali-kali aku turun KL dan setiap kali itu juga kami memadu janji yang akan aku engkari. Setiap manusia ada limitnya. Aku benar-benar berharap agar Susan belum sampai mencecah ke limit itu.

Ok...tutuplah lampu dan biarkan masa berlalu sampai saat kita perlu memeras otak untuk berkerja lagi. Otakk juga perlu rehat. 

Amin. 







0 comments:

Post a Comment