Sunday, December 23, 2012 | By: Luna Biru

Melaka : Muzium Samudera



Muzium Samudera merupakan replika kapal Flor de La Mar yang dibina pada awal tahun 1990 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994.
Muzium Samudera terletak di Jalan Quayside berhampiran muara Sungai Melaka. Dibina berdasarkan replika Kapal Portugis berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar.




Fokus utama muzium ini ialah sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Ia juga menyingkap pergolakan politik maritim di Melaka yang membuktikan bahawa hilangnya kuasa politik maka hilanglah segalanya.


Pameran di muzium ini memaparkan perkembangan perdagangan dari zaman kesultanan Melayu Melaka hingga ke zaman Kolonial Portugis, Belanda, Inggeris dan era penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Turut dipamerkan ialah lukisan, peta lama, model kapal dan artifak berkaitan maritim dan perdagangan di Melaka. Sumber di sini.

Bersama 'Abang Tuah'
Ketika kami sampai ke sini, hujan renyai-renyai mulai turun. Keinginan untuk menikmati suasana petang di jeti kapal sedikit terbantut dan hanya beberapa keping gambar yang sempat dirakam. Kalau anda berhajat mahu ke sini, pastikan stokin anda tidak koyak sebab nak masuk kapal kena buka kasut ok...





1 comments:

shafizah said...

heheh minggu lepas baru saya dtg sini. tidur dalam kapal flor de la mar semalam tahu. ;D

Post a Comment