Tuesday, April 12, 2011 | By: Luna Biru

Hati Wanitaku II



Masih berkisar cerita tentang sahabat lamaku...


Ketika mata kubuka pagi tadi, pada sebuah tidur yang tidak pernah cukup, perkara pertama yang terlintas di hatiku adalah menjawab soalannya. 


Ya. Kalau jawapan itulah yang dia mahu, maka jawapan itulah yang dia akan dapat.


Aku sungguh tidak menyangka bahawa entry yang lepas yang bertajuk Pacarku ada 6 : Antara pesona dan cinta (http://rineyramley.blogspot.com/2011/04/sekarang-ni-kami-sedang-buat-sedikit.html dan http://rineyramley.blogspot.com/2011/04/pacarku-ada-enam-antara-pesona-cinta-ii.html), telah membawa aku pada kesulitan seperti ini. Mungkin aku tidak sepatutnya menulis artikel tersebut. Tapi bukankah sudah kukhabarkan lebih awal pada Sekapur Sirih bahawa;


"Ku namakan blog ini Artifak Dalam Botol kerana ianya merakamkan sejumlah kisah nyataku yang ingin kukongsi bersama tanpa perlu membicarakannya lewat bahasa lisan. Setiap kisahku akan kuhanyutkan ke lautan dan kepada sesiapa yang menjumpainya, jangan tanyakan padaku apa-apa. Kerana ia hanyalah sebahagian dari masa laluku". (http://rineyramley.blogspot.com/2011/01/sekapur-sirih.html).


Aku sedih dan terasa hati betul dengan perkara ni. I take it personally. Really, it hurts me a lot. Aku tak sangka bahawa aku akan mengalami lagi suatu situasi yang menyesakkan dan mendesak seperti itu. Bagiku, ia melanggar garis yang aku tetapkan dalam hidup aku. Aku paling tidak suka diberi pilhan, aku paling benci bila aku harus dipaksa berterus-terang, aku juga akan sangat marah bila aku didesak untuk melakukan tindakan. Sama halnya aku akan mudah membenci orang yang menuntut sesuatu yang tidak dapat aku beri. 


Ah...sahabatku, kau masih begitu, seperti dulu. 


Kalau jawapan yang kau mahu, maka jawapanlah yang kau akan terima. 


Ya...itu bukan kamu. 



0 comments:

Post a Comment