Baru pagi kelmarin aku terima surat panggilan untuk menghadiri KEM PENCINTA ALAM SEKITAR yang akan diadakan di KEM MALANGANG, KIULU,TUARAN. Kem ini akan berlangsung selama 4 hari 3 malam bermula pada 3 Mei 2011 ke 6 Mei 2011. Seramai empat peserta diminta untuk mewakili setiap sekolah iaitu dua orang peserta lelaki dan perempuan, dari kelas tahun 5 & 6. Objektif kem ini ialah untuk memberi pendedahan kepada murid mengenai kepentingan alam sekitar. Sebagai Ketua Penyelaras SERASI (Sekolah Rakan Alam Sekitar), maka aku ditugaskan untuk memegang amanah ini.
Sebenarnya, aku sudah lama berhasrat untuk menjenguk sendiri Kem Malanggang yang famous tu. Ramai sudah kawan-kawan seperguruan yang berkesempatan membawa murid ke sana. Akhirnya, tibalah giliran aku untuk menikmati dunia serba asli di sana pulak. Tak sabar rasanya....
So, untuk lebih bersedia, aku pun cuba-cubalah google cari info lebih jelas mengenai kem ni. Jadi aku pun pergilah ke http://pusatkosabah.blogspot.com/. So, aku ceduk sikit ya, dengan izin dari yang arif. Kalau korang nak tau lebih lanjut, silalah terus ke blog (http://pusatkosabah.blogspot.com/)
Malangang....Here I Come!
0 comments:
Post a Comment