Wednesday, April 6, 2011 | By: Luna Biru

Warung Tom Yam Ustaz Wan a.k.a Warung Disiring Sungai

Sibuk betul sejak dua menjak ni. Macam-macam kerja yang perlu disiapkan. Akhirnya, semua pun jadi kantoi dan kelam kabut. Sudah seminggu ni tak larat sudah aku nak bawa budak-budak ni balik dan makan di rumah. Lepas sekolah ja, terus bawa dorang makan tengahari di luar. Aku tak suka lunch di restoran sebenarnya sebab suasana agak sibuk dan crowd. Yang paling aku benci tu, pelayan pun selalu tiada mood waktu tengahari2 ni. So, aku cuba pilih satu tempat yang tenang, luas dan tak banyak customer. Untuk itu, pilihan aku ialah Warung Tom Yam Ustaz Wan. Best tempat ni, luas, open space dan free air. Aku panggil warung ni warung Disiring Sungai sebab lokasinya betul-betul di tepi sungai Buang Sayang.

Warung ni menyediakan pelbagai jenis makanan dari masakan melayu, India dan Cina. Harga pun kira standart. Yang bestnya, gelas minuman sejuk agak besar dengan ais yang berketul-ketul banyaknya. Boleh tahan jugalah sedap makanannya. Kalau malam, lagi banyak booth makanan disediakan seperti burger dan satay. Cuma banyak nyamuk, maklumlah, kan tempat pun disiring sungai. So, kepada anda yang belum mencuba, jomlah kita beramai-ramai meriahkan warung yang the only one di Papar ni.



Lama betul nak upload pix. karanglah aku upload lagi. huhu...

1 comments:

Post a Comment