Friday, April 15, 2011 | By: Luna Biru

Kenapa bertindak seperti pengecut? (Hide me or remove me)

Ni kisah beberapa orang kawan aku yang bersellisih faham dengan aku di dinding FB.

Nak dijadikan cerita, aku ni dari dulu sampai sekarang memang selalu menimbulkan kontroversi yang tak sudah-sudah. Ada-ada saja tindakanku yang jadi buah mulut orang. Padahnya, aku selalu jadi bahan sindiran dan cercaan. Kalau musim dunia manual dulu, ceritanya tersebar dari mulut ke mulut. TApi bila dunia dah serba digital ni, dinding FB jadi taruhan. Wah...mulalah aku menjadi liputan di dada FB sampai boleh buat kelab pembenci Zueramley. HUh...terasa macam artis pulak.

Selalunya aku tak endahkan sangat serangan-serangan bodoh macam ni. Biasalah...aku kan artis, dah biasa dengan gosip-gosip liar (perasan ooo...). Tapi kalau dah telamapu kena provoke tu, aku pun membalaslah jugak. Aku hanya insan biasa yang juga punya nafsu marah, macam kau juga.

Tapi yang aku menyampah tu, bila sesekali tajam lidah jariku membalas, maka aku akan terus di'remove' dan paling kejam lagi aku terus di'block' untuk menjadi rakan FB mereka. Bukan bermakna aku nak sangat jadi friendlistnya, cuma aku tak puas hati sebab, mereka tetap meneruskan perjuangan mengutuk aku tu tanpa dapat kubalas. Aku hanya mendengar laporan dari rakan-rakan lain yang masih menjadi friendlistnya. Huh...sungguh tak adil! Sedangkan dia boleh visit wall aku bila-bila masa. Dia boleh tahu setiap aktiviti dan perincian statusku, tapi aku...hanya terpaksa di sini menanti ehsan orang lain untuk memberi laporan.

Kenapa bertindak seperti pengecut?

Kalau berani, kutuklah depan-depan lagi supaya senang aku nak hentam balik. Menghentam orang dari belakang tanpa memberi kesempatan orang untuk membalas balik adalah perbuatan paling penakut dan bodoh. Aku steady je bro...aku tak postkan hal kau kat status aku. Professional ma....Kau apa tau? Kau tu memanglah miskin adab sopan.

Hmmm....laser betul pulak mulut aku kali ni,kan? Aku dah kata, aku memang laser gila sebenarnya. Tapi kewarasan selalu lebih menguasai aku selain dari didikan susila yang dipertaruhkan abah selama ini pada kami. Tapi macam yang aku dah kata tadi, aku cuma manusia biasa, ada nafsu marah juga. Ha...sekarang ni aku dah betul-betul marah.

0 comments:

Post a Comment