Saturday, April 2, 2011 | By: Luna Biru

Sakit kepalaku....!

Hari Selasa baru-baru ni (28 March 2011), sakit kepalaku yang tahap dewa tu menyerang lagi. Rasanya macam mahu ku cabut saja kepalaku dan tengok apa benda yang rosak di dalam tu supaya boleh aku kasi baik. Tapi bila fikir-fikir balik, kalau aku cabut, macamana aku nak tengok sebab mata aku ada kat kepala,kan? Huhu...

So, aku minta excuse dari GB untuk ke klinik. Aku ke Poliklinik Permai di Papar. Nasib baiklah jadual setiap hari Selasa tak penuh jadi bolehlah aku keluar awal. Kali ni, aku tak pergi hospital lagi sebab ubat yang dokter tu kasi sudah tak dapat nak tampung sakit kepala aku. Mungkin dosnya perlu ditambah. Aku pun sebenarnya jarang juga makan ubat kalau sakit. Selalunya aku akan buat yoga dan meditasi. Tapi kali ni memang tak boleh nak tahan lagilah.

Sebenarnya aku memang selalu kena serangan sakit kepala ni. Mula-mula aku syak migrain. Mungkinlah migrain sebab tidak ada diagnosis yang tepat untuk migrain kerana ia bergantung kepada daya tahan dan alergi seseorang individu. Sakit kepala ni akan bermula dari tengah dahi dan tepat di atas kepala. Sakitnya macam dipaku-paku dengan paku 6 inchi untuk paku kepala kuntilanak tu. Serangan akan berlangsung lama sampai aku boleh jatuh pitam sebab sesak nafas. Tekak aku pula akan rasa kering sampaikan telan liur pun tak dapat. Badan aku akan menggigil macam orang kena hidrasi.

Yang anehnya, bila check tekanan darah, tiada perubahan berlaku. Tetap di paras normal dengan bacaan 130/70. Tak puas hati, aku buat pemeriksaan darah. Selepas tiga hari, jawapan pun dapat. Keputusannya, teramatlah mengejutkan. Dokter sahkan aku normal dan sihat dari segi saintifiknya. Alhamdulillah....

Jadi, apa maknanya semua sakit itu?

3 comments:

hand by juju said...

kadang2 sy pun mcm tu jugak mdm, smpai pitam n jatuh kalau da sakit kpala tahap gaban... tu migrain, not sure la apa ubat dia but my mom dulu pun migrain teruk.. ada 1 ubat tu, daun kering d bancuh seperti teh minum.. keputusan nya abis minum tu oke, tapi nda ku tau apa namanya pokok itu... nanti ku tanya mama ku...

hand by juju said...

ubat dari klinik tu pain killer jak, nanti kalau datang angin dia mau datang sama juanya datang balik..:(

Luna Biru said...

hmmm...very responsive. I like. Ya, better u ask your mom boleh gak share di sini. Hari tu dokter kasi ubat penenang. Boleh pulak hentam tidur dari jam 1 petang sampai ke pukul 5 pagi esoknya.
Caya betullah...tapi sampai bila mau bergantung ubat,kan?

Better back to nature.

Post a Comment