Tuesday, April 19, 2011 | By: Luna Biru

AOWA : Strategi marketing yang mengelirukan

Pernahkah terjadi pada anda?

Peristiwa ni berlaku pada kami sekitar tahun 2006 yang lepas.

(Sebelum tu, aku nak tegaskan di sini bahawa, aku tak kata dorang ni penipu tau, aku cuma kata, dorang ni menjalankan strategi perniagaan yang mengelirukan dengan menggunakan kaedah persuasif atau psikologi bujukan yang power gila).

Pameran Aowa sering dijalankan di mall-mall besar seperti Center Point dan Karamunsing yang mempunyai target pelanggan yang berbeza setiap hari. Sebagai langkah awal kepada penyebaran startegi perniagaan ini, beberapa orang pekerja Aowa akan berkeliaran di sekitar kawasan dengan menawarkan sebuah barangan secara percuma. Yalah...sudah namanya pun percuma, takkan tak diambilkan? Siapa tak mau tetiba berjalan dapat cenderahati berbentuk mug, buku nota atau bahkan tumbler yang menarik? Nah...di sinilah mulanya satu permainan strategi bila aku sudah mengambil barangan yang ditawarkan tersebut.

Sebagai langkah kedua, salesgirl itu tadi ajaklah kami ke booth mereka untuk menulis nama di buku pendaftaran sebagai peserta bertuah kerana mendapat cenderahati percuma tersebut. Well, sementara kami isi-isi borang tu, salah seorang dari salesperson ni sodorkan kami tiga keping kupon. Kononnya, untuk lucky draw. Huh...memanglah lucky. Sebab bila cabut saja, kami dapat hadiah percuma yang lebih besar lagi iaitu dapur tanpa api AOWA yang mahal gila tu. Wah...mata siapa yang tak terbular dapat hadiah sebesar itukan? Walaupun aku ni pemalas masak, tapi aku dapat bayangkan betapa cantiknya dapur aku dengan produk ni. Manalah tau,lepas ni aku rajin masak pulak. Hihihi....

Lepas tu, ramailah pekerja-pekerja AOWA mengerumuni kami untuk ucapkan tahniah. Managernya pulak terperanjat besar dan marah-marah dengan pekerjanya sebab keluarkan kupon tu. Kononnya, kupon tu hanya boleh diberikan pada minggu depan. So manager ni pun telefonlah pusat induk AOWA untuk bertanya samada kupon ni sah ke tidak sebab tempoh promosi belum berjalan lagi. Serius betul mukanya sementara pekerja-pekerja yang tadi mengucapkan tahniah pulak buat muka sardin sebab kena marah oleh manager.

Tak lama lepas tu, dia datang sambil tersenyum-senyum dan mengucapkan tahniah pada kita. Apalalgi, bersorak sakanlah pekerja-pekerja yang lain macamlah dorang yang dapat dapur tu. Ada yang terus mengeluarkan dapur baru dalam kotak dan dorong trolley untuk dihantar ke dalam kereta kami. Ada pulak yang bawa kami bergambar sebab nak jadikan duta promosi AOWA sekaligus sebagai pemenang bertuah. Wa....aku bakal jadi model iklan! Bestnya....

Sementara dorang packing-packing dapur baru aku yang lawa tu, dorang suruh aku check dengan teliti manalah tau ada kerosakan pada dapur. Yalah...kalau ada rosak, susah pulak aku nak bawa balik dari Papar ke KK kan? Bila aku check, tau-tau ada lagi kupon di dalam tu. Kali ni aku dapat pula microwave mesra pengguna yang berharga sekitar RM2500. Sekali lagi peristiwa yang tadi berulang. Yang manager marah-marah, pas tu call pusat, pas tu, datang balik senyum-senyum. Akhirnya kami disahkan mendapat dua hadiah percuma yang berharga lebih dari RM5000. Untungnya....mimpi apa aku tadi malam ya?

Jadi, dorang pun packinglah semua hadiah kami ni dan letak dalam trolley. Sambil-sambil tu dia tanya aku ada kad kredit ke tak. Ha....time ni aku mula tak sedap hati. Kata percuma, kenapa nak tanya kad kredit pulak? Katanya sebab dorang ada link dengan bank. Jadi, pelanggan yang mempunyai VISA MASTERCARD layak menerima satu rice cooker yang berharga sekitar RM300. Aku pun keluarkanlah kad kredit aku yang dah over debit tu. Bila dorang belek-belek, akhirnya sahlah juga aku mendapat satu lagi hadiah percuma! Yea....pakcik kayo!

So, bila semua barang dah letak dalam trolley, sorang pekerja tu pun tanya kat tingkat mana kereta aku. Siap minta kunci kereta lagi. Aku cakap, jalan sekalilah. Tapi dia kata, tak apa, sebab ada lagi borang aku kena isi. Eh...macam lain macam saja ni....Aku pun makin tak sedap hati. Tapi kali ni kami tak bagilah kunci tu. Bahaya oooo....Bila kami enggan, husband aku tanyalah apa borang yang nak diisi? Pekerja yang duduk di meja tu cakap, borang pembayaran. Ha...pembayaran apa pulak? Kata percuma...?

Rupanya, kononnya kami terlupa nak beli produk yang seperti yang dijanjikan dalam kupon yang pertama tadi. Eh...ya ke? Aku minta balik kupon tu. Rupanya, untuk mendapatkan hadiah percuma, kami kena beli salah satu produk yang dijual dalam pameran dorang tu. Oleh kerana aku dah ada dapur dan micro, so dorang cadangkan aku beli penyedut hampagas yang harganya dekat RM3000! Kalau kami beli, barulah kami boleh bawa hadiah-hadiah percuma tu balik. Manalah aku tau, tak sempat nak baca pun tadi sebab awal-awal lagi manager tu dah tarik balik sebab nak call pusat kan?

Apalagi, husband aku pun mula menyinga. Persoalannya, kenapa, kenapa dan kenapa, sejak sejam yang lalu, mereka tidak langsung mengingatkan atau menyentuh soal produk yang perlu kita beli? Sedangkan barangan percuma tersebut hanya akan diberikan jika kita membeli produk? Kenapa bila trolley dah disorong, cuma tinggal nak bawa masuk dalam kereta saja lagi, baru nak ingatkan? Kenapa, bila dah siap bergambar macam model iklan baru nak suruh kita beli? Kenapa tidak semuanya menjadi langkah pertama? Kan ke bagus kalau dorang cakap dari awal dan terangkan jelas-jelas? Taklah kita rasa terpedaya beginikan? Buang masa betullah. Sakit hatiku.

Nak tau, waktu tu, kami sebenarnya baru balik dari Bank Rakyat sebab pinjaman kami dah diluluskan. Soal duit memang bukan masalah. Kalau aku nak, bila-bila masa saja boleh cashkan. Tapi ini bukan soal duit. Ini soal strategi perniagaan yang bersifat memperdayakan dengan bujukan psikologi yang menggiurkan. Sebab tu aku tak kata dorang ni penipu. Ya, memang betul ada tertulis di dalam kupon. Tapi kenapa tak bagi kita masa nak baca?

Tapi dorang ingatkan kami tiada duit, so dorang tawarkanlah bayaran ansuran 12 kali. Bila aku tak mahu, dorang tawarkan pula untuk guna kad kredit aku yang masih di tangan dia tu. Aku cakap, kau goreslah kalau dapat sebab minggu depan aku dah naik mahkamah pasal hutang kad yang tak terbayar. Tu pun dia tak percaya. Selamba saja dia swipe kad aku RM1000 sebagai deposit. Wah...kali ni aku pulaklah yang berang. Maunya mengamuk aku di situ. Aku terus kol pusat kredit Bank Islam suruh batalkan transaction tu waktu tu juga. Nasib baiklah sempat.

Akhirnya, semuanya berakhir dengan kemarahan kami yang menggila-gila. Abang sempat lagi sepak meja. Dengan berlakunya kemarahan kami, maka beberapa orang pelanggan yang senasib seperti kami pun mula mengundur diri. Dari hari itulah aku bsersumpah tidak akan terpedaya lagi dengan strategi marketing dorang yang mengerlirukan ni. Aku juga bersumpah akan menyelamatkan bakal-bakal mangsa yang sudah berada di genggaman syarikat ni.

Kenapa aku refresh balik cerita walaupun sudah lama?

Sebab benda ni masih lagi berleluasa hingga ke hari ini. Vampire-vampire AOWA masih lagi berkeliaran mencari mangsa di setiap mall yang ada di dunia ini. Kelmarin dulu, aku melihat seorang lelaki terpaksa membayar RM3000 untuk benda ni. Yang sedihnya, dia terpaksa tunggu isterinya hantarkan dia duit untuk cukupkan jumlah tu. Sedih, memang sedih....

Apa peranan pihak berkuasa mengenai hal ini? Kementerian Perdagangan dan Pengguna...di manakah ketelusan anda? Adakah strategi ini memang dihalalkan?

Kepada AOWA, ubahlah starategi yang mengelirukan ini. Kenapa korang tak berkedai macam kedai elektrik biasa saja macam Seng Heng ke, untuk menjual produk?

Think!

http://bizniz87.wordpress.com/2011/02/03/kisah-penipuan-aowa-dari-sabah-awas-penipuan/
http://bizniz87.wordpress.com/2009/07/25/kisah-penipuan-jenama-aowa/

0 comments:

Post a Comment