Thursday, April 14, 2011 | By: Luna Biru

Dia...masih istimewa

"Persahabatan akan tetap kekal seandainya kita tahu utk menilai dan menghargainya...bukan pandang pada paras rupa..pandanglah pada keikhlasannya......dan seandainya semua itu tiada..x akan ada maknanya...."


This is a real story about my true friend, not the closed one...but I respect her philosophy, ever!


Namanya Isma Asmie. Kami berkawan since the age of 10. Orangnya ramah dan bermulut murai. Tapi aku sayang sangat dengan dia ni. Kalau dia tiada sehari, sunyi rasanya hidup. Dia ni jugalah kawan aku berjalan dari Takis ke SJS dulu. Tapi rumah dia jauh betullah dari rumah aku. Aku sendiri pun sampai sekarang tak tahu mana rumah dia walaupun kami sekampung.


Sejujurnya, bagi aku, Isma Asmie ni seorang yang istimewa orangnya. Dia baik, ramah dan bertanggungjawab. Walaupun kami bukannya kategori kawan baik, tapi dia tidak pernah abaikan aku walaupun aku sedang menghadapi saat-saat sukar waktu di sekolah dulu. Dia juga sentiasa mahu berkawan dengan aku walaupun aku sering disingkirkan dari senarai pilihan untuk dijadikan kawan. Aku suka dan hormat dengan pendiriannya. Mungkin latar belakang kehidupannya menjadikan dia seorang yang lebih tabah dan matang dalam menghadapi kehidupan. 


Walaupun kami jarang berjumpa tetapi sesekali bertemu, kami tetap seperti kawan lama yang mesra. Rasanya macam tidak ada satu penghalang pun antara kami untuk menjadi saling kaku senyum atau bicara. Dia masih macam dulu, bermulut murai tetapi berhati baik. Untunglah suaminya...Oya, dorang dua ni pasangan romantik tau...jalan2 di pekan pun masih pegang tangan lagi. Best!


BTW, Kenapa aku masukkan entry ni dalam blog ni? Sebab, atas suatu peristiwa yang berkait dengan artikel Ernie The Pretty Lady, menjadikan aku lebih menghormatinya. Syukurlah dia tetap Isma Asmie yang sama yang kukenal dulu...selalu waras berfikir dan matang bertindak. 


Aku harap persahabatan ini akan kekal begini selamanya. Yang penting adalah rasa untuk saling menghormati. Semoga dia bahagia dengan keluarga yang dicintainya. Amin...


Sorry Is...aku pinjam gambar mu...







** x semestinya bersma hari2..x juga semestinya berbual hari2..
       selagi ianya terpahat di hati....persahabatan.....kekal abadi....**!!~


0 comments:

Post a Comment