Sunday, April 10, 2011 | By: Luna Biru

Ernie the Pretty Lady

My best freind Aning@Ernie Mahmud yang comel dan gebu kulitnya, yang jelita dan selalu menawan hati dengan keletahnya yang lucu, kini sudah tukarkan mata coklatnya jadi biru. Rambutnya yang perang hitam pun sudah dicelupnya dengan klorox warna emas. Transformasi itu telah menjadikan raut wajahnya jadi semakin menarik lagi. Memang kenalah dengan warna kulitnya yang putih melepak tu. So,what? I still love her, admire her beauty, macam dulu-dulu jugak. Tiada sedikitpun hati aku nak questions perubahan tu. Bagi aku, itu hak masing-masing, duit pun sendiri punya. Kalau tak suka, tutup mata sajalah,kan? Apa nak kecoh-kecoh?
Tapi aku agak sedih mendengar beberapa feedback dari kawan-kawan rapat yang terang-terangan mengutuk keputusannya untuk bertransformasi. Macam-macam kutukan yang dilemparkan padanya yang menyebabkan aku jadi sakit hati. Yalah...kalau sudah namanya kawan, cubit peha kiri, peha kanan pun sakitkan? Kenapa nak pertikaikan hak asasi orang lain? Selagi ianya tidak menganggu orang lain, menyalahi akidah dan yang apling penting, tidak keterlaluan, kenapa mesti diperdebatkan? Yang buat aku sakit hati lagi tu, orang yang menyebarluaskan proses pengutukan ni, pun tidak lebih baik dari Ernie sendiri. Dei...tengok-tengoklah kain sendiri sebelum tengok kain orang lain. Tidak semestinya kalau menukar warna rambut dan anak mata kita jadi orang putih. Kalau pun rambut tu kekal hitam tapi cara hidup macam orang barat, tidak guna kan? Buruk baik kita ditentukan oleh cara hidup,pergaulan dan akhlak. Apa yang disarungkan di badan hanyalah topeng semata-mata,bergantung pada kecenderungan seseorang individu.

Aku cukup kesal dengan pemikiran manusia yang masih di takuk lama begini. Apalagi bila kutukan dan sindiran sebegini dipublish di halaman facebook dengan niat ingin mengenakan orang lain. Nampaknya isu penyalahgunaan FB sebagai media kutukan ini seakan tidak pernah habisnya. Jatuh bangun maruah seseorang seakan bergantung pada hujung jari kita semata-mata. Di manakah tanggungjawab kita sebagai seorang individu dan muslim yang seharusnya menjaga dan mempertahankan maruah seorang muslim yang lain? Duhai FBmania...insaflah...

To my dearest Ernie, bersabarlah...it wasn't yout fault, if you're born to be pretty. Untuk wanita setulus dan sebaikmu, bermadu dengan kau pun aku sanggup,tau! Huhu...(perumpaan saja tau, bukan betul-betul!)  Am still here, standing by you, as your best friend, and protector, ever!
Love and peace.


Sory babe...curi pix kau di fb. 
Rindu yang bertemu antara kami bertiga...Miss u girls...
Aning and me di malam reunion...after 17 years.
Aku paling suka pix ni...comei betul!


p/s : Aku pun tak makan belacan dan durian. But it doesn't mean aku bukan melayu. Melayu atau tidak bukan ditentukan pada makanan,kan?  


12 comments:

Susan Elsa Saiful said...

Heran aku dengan hasad dengki ndak habis2 ni. Sudah besar pun masih fikiran mcm budak2. Ndak da kerja lain la tu. Untuk kawanku yang cantik bernama Ernie, the same thing I always say to kawanku yang tak kurang cantik bernama Ade, jangan pedulikan yang benci dan ndak suka tu. Just remember, masih ramai yang sayang dan orang2 yang sayang ni lagi worth your time! Love ya! Muahhh

kenzoflower said...

:) I had a great time today, talking and watching the sunset with you de... Thank you so much for your time.... Itulah pasal San, umur sdh berapa, mentality tu...doooooiiii dogo... Mengkali kitani ni telampau HEBAT bah kali itu lah nda hilang hasad dengki dorang tu.Muahaha..

kenzoflower said...

Eh... Its ok bout the pix de! Love ya both heaps! Muackss!

Luna Biru said...

I love that word : HEBATSSS!!

Ingat tu selalu Kenzoflower...!

Susan Elsa Saiful said...

Aku pun suka perkataan Hebats tu. Tapi how come kenzoflower ndak jadi follower di blog ku ah hehehehe attention seeker pulak aku ni.

Luna Biru said...

muahaha....kena tanya c kenzo sendiri. Sebenarnya, aku yang paksa dia jadi follower aku siap mengugut lagi tu nda mau kawan dia kalau nda ikut aku. Hihii....

kenzoflower said...

Muahahaha!! Iya akan ku ingat ayat tu Hebatss!
Kenzoflower masi nda terror guna blog bah san...:D
Bah san, cepat lah balik sini kita buat sunset reunion!!

Connie said...

w/pun aku ni nda jua rapat sgt dgn c aning @ ernie ni...but setau aku la...since yg aku kenal dia time iskul dulu...aku sendiri pun admire dgn kegebuan and kecomelannya...and until now she's really become a beautiful lady!!...mun org kan bekurapak psl mu ning...awukan saja bah...andangnya mulut bisdia atu nda pandai panat mun kan mengucapkan urg...hehehe...

Luna Biru said...

ntah napa aku terasa sangat bila baca status di fb kawan yang mengutuk dia tu. nda patut oooo....huhu

Susan Elsa Saiful said...

aku pun baca status tu yg menampakkan ciri2 busuk hati dan dengki. pemikiran ndak da kualiti betul bah.

Luna Biru said...

ya ba...how could ba sampai hati cakap macam tu. kampungan betul. BTW, kena delete sudah sya...wakaka....tau pun terasa

kenzoflower said...

:) hehehe awu kan connie... Ku anggap saja she and her life atu boring, nada yg interesting pasal atu iya post ke wallnya mcm atu... Aku pun kana removed, nda kisahlah tu. Biarlah bah dia tu.. :)

Post a Comment