Masya Allah.
Aku cuma mamfu berishtighfar fanjang saja wakfu fengok filem ni (LOL)
Jauh dari expectation, filem ni secara amnya telah mencatat kenangan terburuk kami sekeluarga yang menontonnya. Oleh kerana kami sekeluarga pernah menonton filem Krasue (Thailand), maka apa yang diharapkan dari filem ini adalah sesuatu yang lebih dari itu. Jangan nak cakap kita tak boleh nak bandingkan filem kita dengan negara luar kerana tanpa perbandingan, kita tidak akan kemana-mana. Perbandingan adalah suatu motivasi mutlak, yang membuat kita mahu berusaha lebih kuat untuk jadi lebih baik dari yang dibandingkan. Malangnya, filem kita memanglah tetap filem kita yang berwajah kita; iaitu penuh dengan carca-marba idea, kekeliruan memilih teknik penyampaian, dan paling penting, miskin jalan cerita. Elly tidak mampu fokus pada apa yang sebenarnya dia ingin fokus. Tamak. Itulah yang mampu kuklasifikasikan buat pengarah macam Elly.


