Friday, April 22, 2011 | By: Luna Biru

Pelanduk yang terjerat

Hmmm....dua orang kawanku yang tak berapa aku nak kawan ni nampaknya dah macam pelanduk yang terbelit tali jerat. Bila sudah nyawa macam telur di hujung tanduk, sanggup terima macam-macam syarat untuk melepaskan diri. Yang sedihnya, sahabat aku yang memang dah sah2 jadi kawan aku selama ni percaya berabis pulak dengan dua pelanduk tu. Huhu....kesian kawan aku, masih tak tau nak menilai mana yang hak mana yang batil. Kalaulah dorang ni tau macamana bencinya pelanduk tu dengan dorang selama ni....
Tapi sebagai manusia aku tak sampai hatilah nak bagitau kejadian sebenar. Sebabnya? Sebab kawan-kawan baik aku tu dah setkan apa yang dorang nak percaya dan apa yang tidak. Lagipun, aku bukan drama queen macam pelanduk tu. Apa yang pasti, dengan percayanya kawan aku pada pelanduk-pelanduk ni, membuatkan aku akhirnya maklum pada nilai persahabatan kami. Hahaha....bulat-bulatlah korang kena tipu pelanduk. Apa yang menyedihkan, dia malah menganggap bahawa sindiran yang ditujukan padanya adalah ditujukan untuk aku di halaman Facebook. Oh...tidak!

Tapi, ya...apalah yang aku nak harapkan sangat dari persahabatan kami yang baru setahun jagung ni kan? Sedangkan persahabatan 10 tahun pun boleh berkecai-kecai oleh satu provokasi dan manipulasi. Apakan lagi dengan persahabatan yang tak tau hujung pangkalnya ni.

Sedih memang sedih. Tapi syukurlah Allah sudah bukakan jalan untuk aku mengenali hati budi kami masing-masing. Kepada dua pelanduk yang bertopeng mask rider tu (konon jadi penyelamat keadaan), jangan lupa doa banyak-banyak supaya lepas ni nasib buruk tak menimpa korang sebab dah sembunyikan kebenaran. Kepada sahabatku, terima kasih sebab dah buat pilihan yang tepat. Kalau satu hari nanti korang tahu bahawa pilihan itu salah, baliklah. Tapi, waktu itu aku bukan di sini lagi. Aku hanya akan jadi pemerhati pada semua kejadian yang telah menjadikan aku mangsa keadaan ini.

Love and peace.





kredit pix tu http://jessy-scarlet.deviantart.com/art/Sang-Kancil-or-The-Mousedeer-187738235

0 comments:

Post a Comment