Monday, April 11, 2011 | By: Luna Biru

Becareful with what you heard

So readers, as a matter of fact, hidup kita selalu dibanjiri dengan cerita-cerita buruk mengenai kita yang disampaikan oleh orang-orang di sekeliling kita. Sometimes, cerita yang disampaikan pada kita tu, tidaklah seteruk mana apa yang kita terima. Namun, si penyampai yang kurang bijak memilih bahasa dan intonasi seringkali menjadikan sesuatu masalah itu menjadi rumit. Akhirnya, kita yang tidak tahu apa-apa, lalu menjadi tahu, kadang-kadang menerimanya saja bulat-bulat tanpa tapisan terlebih dahulu. Kesannya, gaduh yang panjang pun mula terjadi. Tidak kiralah gaduh betul atau gaduh dingin.
Hmmm....ni bahaya ni. Inilah dikatakan "Salah di mata kalau tak nampak, salah tafsiran kalau tak dinilai". Status penyampai yang rapat dengan kita selalu menjadikan kita mudah mempercayainya. Tak kiralah kawan ke, keluarga ke, atau malah pasangan kita sendiri. Tapi sebagai seorang individu yang seharusnya sihat fikiran, kita kena nilai dan ukur dulu tahap kecenderungan daya berfikir orang yang rapat dengan kita tu. Ada orang cenderung berfikir negatif. ada yang cenderung memanipulasi, ada juga yang cenderung menggunakan mimik muka, ada pula yang cenderung menjadi prejudis. So, pandai-pandailah kita berfikir secara wajar, untuk meletakkan nilai cerita yang disampaikan kepada kita. Apa yang disampaikan tu memang betul, tapi itulah...kadang-kadang cara penyampaian menjadikan sesuatu berita itu menjadi sensasi dan kontroversi.

Aku sendiri, sejujurnya, jarang menerima cerita yang disampaikan oleh suamiku sendiri. Bukan tak percaya, cuma sifat semulajadi abang yang agak prejudis, sering mencampur adukkan pendapatnya dengan cerita sebenar. Ia menjadikan keadaan menjadi keliru antara pendapatnya dan cerita yang sebenar. Aku juga jarang menerima cerita dari Umi, sebab umi selalu mencondongkan pemikirannya dengan prasangka buruknya. Kadang-kadang tu aku tak tahu, prasangka itu benar-benar terjadi, atau hanya dari pendapat peribadi umi. Aku juga jarang terima cerita dari seorang sahabatku, kerana sahabatku itu, selalu mahir memanipulasikan keadaan hingga menjadi kusut dan keruh akibat kecenderungannya yang mudah membuat kesimpulan. Aku juga tidak mahu kamu menerima cerita dariku secara membuta tuli kerana aku lebih cenderung buat tidak peduli seolah-olah sesuatu cerita itu tidak penting padaku. Kadang-kadang, aku juga selalu menyampaikan sesebuah cerita dengan mimik muka yang menyakitkan. Pun kadang-kadang, aku selalu menyampaikannya dengan pendapatku sendiri sebelum sempat aku menceritakannya lagi.

Pandai-pandailah kita menjadi penilai yang bijak. Jangan jadi span, menyerap apa yang ada, menakung hanya minyak yang merosakkan. Pesan ini ditujukan untuk kita semua, juga aku. Tolong ingatkan aku kalau aku juga mula mudah menjadi seperti span.

0 comments:

Post a Comment