Wednesday, April 27, 2011 | By: Luna Biru

Hipokrit!


Tidak mudah aku nak labelkan orang dengan gelaran yang satu ni. Pada pandangan aku, hipokrit ni penting juga diamalkan selagi ia boleh digunakan untuk menyatupadukan manusia. Tapi untuk manusia seorang ni, mahu tak mahu terpaksa juga aku labelkan dia dengan nama ni sebab aku dah tak jumpa istilah lain untuk dia. Huh! Memang hipokrit! Benci pulak aku tengok gayanya yang melebihi talam dua muka tu. Kuat betul rasa hatinya nak selamatkan dirinya dari terjerat dengan perbuatannya sendiri hingga sanggup menindas dan memerangkap orang lain. Syukurlah aku bukan kaku gaduh. Kalau tidak, maunya kubongkar habis-habis semua kemunafikannya selama ini. Tapi tak apalah...selama mana dia nak menyorokkan bangkai gajah kan?

Apa tu hipokrit?


Hmmm...ntahlah sampai bila manusia ni nak melakonkan watak antogonist dan protogonist yang penuh kontras. Apapun, aku doakan semoga sahabatku yang amat kusayangi itu sedar dari lenanya dari terus dipermainkan oleh jelmaan hipokrasi itu. Aku hanya menunggu....Amin...

0 comments:

Post a Comment