Aku
membuka mataku dengan keengganan yang melampau. Cahaya lampu kalimantang yang
putih kekuningan menyilaukan pandangan mataku. Bunyi-bunyi suara melantang
terdengar dari luar bilik. Bunyi suara itulah yang sering menjadi jam penggera membanguniku
setiap subuh. Namun tidak biasanya suara itu ribut pada jam dini seperti ini.
Siapalah yang memerlukan ribut saat fajar belum terbit di kaki horizon? Apalagi
aku yang telah melalui sebuah kejadian malang kerana kehilangan nendaku yang
tersayang tiga hari yang lalu. Musim sedihku belum berakhir. Penat mengurus
jenazah dan kenduri nenek di kampung pun masih tersisa di badan.
Kembalikan aku ke laut
Pages
Cari di sini
IKLAN
Followers
Ikuti di Facebook
Labels
- badai banyu biru (1)
- Bola baling (9)
- cerpen (13)
- Cuti-Cuti Malaysiaku (92)
- Diary Bisnes aku (4)
- Diary Teacher Zue (299)
- Filem (45)
- hiburan (24)
- Hidup aku (247)
- info kesihatan (15)
- KSP (6)
- lunabiru (1)
- makanan yum yum (16)
- malangang (8)
- My Family (204)
- My Journal (39)
- My photography shot (18)
- Novel (8)
- Papar (12)
- Papar event (1)
- Persahabatan (67)
- puisi (95)
- rambling 2021 (1)
- sekadar renungan (61)
Total Pageviews
Popular Posts
-
Entry kali ni aku nak bawa isu SUMANDAK Sabah yang terkenal dengan kejelitaan,kemanjaan dan keseksiannya. Sumandak @ Tondu adalah bahas...
-
Ada sesuatu berlaku hari ini yang menggoyah minda bawah sedarku lalu menggoncangnya supaya membawa kesedaran itu ke permukaan yang benar-ben...
-
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 1 1. GELANGGANG PERMAINAN 1.1 Gelanggang permainan berbentuk empat segi tepat berukuran 40 m panjang dan 20 ...
-
MAKSAK MEDIC CARE - SKIM PENGURUSAN KESIHATAN UNTUK ANGGOTA-ANG GOTA KERAJAAN DAN BADAN-BADAN BERKANUN. Kelmarin sekolah kami dikunjun...
-
Perasaan bersalah adalah hukuman paling besar buat si pesalah. Lebih teruk dari penjara, lebih derita dari mati. Perasaan bersalah mampu m...
-
Ketika entry ini kutulis, aku baru saja menyudahkan empat kali pusingan menonton drama JUVANA dari episod 1-3 melalui youtube. Anehnya, aku ...
-
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengedarkan 1,844 komputer netbook kepada pelajar-pelajar yang layak dari selur...
-
Inilah saat yang sukar; untukku letakkan rasa kecewaku pada seorang sahabat yang di mulutnya ada besi berkarat. Kecewa beratkah aku? ...
-
My best freind Aning@Ernie Mahmud yang comel dan gebu kulitnya, yang jelita dan selalu menawan hati dengan keletahnya yang lucu, kini sudah ...
-
Lagi berkisah tentang sahabat pengongkongku. Mungkin dia mulai sedar yang dia tidak dapat menjinakkan aku dengan kuasa autonominya. Maka di...
Powered by Blogger.
Showing posts with label cerpen. Show all posts
Showing posts with label cerpen. Show all posts
Ketika segalanya kau hanguskan
.......Kalau
diibaratkan dia seperti enggang, maka aku adalah pipit itu. Ia adalah sebuah
melankolik yang klise, tapi nyata. Aku menyedari hakikat dan kekuranganku. Aku
memang tidak secantik gadis-gadis lain. Kata mama, dia sendiri terkejut melihat
raut wajahku sewaktu bidan menyerahkan aku ke pangkuannya. Aku memiliki
sepasang mata yang besar dan kuyu, mirip manusia yang mengantuk seumur hidup.
Bibirku agak tebal di bahagian atas, dan sedikit menjuih di bahagian
bawah. Hidungku tidak berbatang dan
mengembang di bahagian hujung. Keningku bersimpul, sementara telingaku sedikit
cupang dan agak tertangkup ke hadapan. Aku sangat berbeza dengan anak-anak mama
yang lain. Barangkali mama terserempak dengan alien saat mengandungkan aku.
Ketika Tuhan lebih tahu
“Maafkan
aku, Wani. Sungguh aku sangat menghargai perasaanmu padaku. Tapi...” lelaki itu
menghentikan ucapannya. Dia menatapku sayu. Bola matanya memandangku dengan
penuh kesedihan. Penolakannya sudah terduga sejak awal lagi. Dari dulu juga aku
sudah tahu kalau aku bukanlah gadis yang tersenarai dalam carta hatinya. Namun,
kelelahan memendam rahsia cinta yang senyap menjadikan aku nekad untuk
merungkai misteri kisah cinta itu. Sekadar mencari kepastian. Sekaligus
mengharapkan keajaiban. Hakikatnya, aku sudah siap menghadapi penolakan ini.
Ada hantu di kepalaku
Ada
hantu di kepalaku. Hantu itu berupa wajahku. Hanya wajahnya jauh lebih hodoh
dariku dengan kulit kehitaman dan mata yang merah menyala. Tubuhnya kadang
kurus, kadang gemuk, bergantung kepada amal kebaikan yang aku lakukan. Semakin
aku banyak melakukan kebaikan, semakin kurus tubuhnya. Lalu dia akan mengamuk
dan memekik dengan suaranya yang gempita. Nyaringnya menimbulkan desing di
telingaku dan sakit yang luar biasa di kepalaku. Biji-biji ubat pembunuh sakit
pun tidak akan dapat menghentikannya. Dia hanya akan berhenti kalau aku nekad
meminta doktor menyuntikku dengan ubat penenang. Lalu kami akan terbang bersama
dalam kepulan awan yang putih. Aman.
Sepucuk surat untuk Tuhan
Aku
menghembus sisa-sisa asap rokok di mulutku dengan hati yang masih panas.
Setelah semua asapnya habis keluar, rokok yang sudah separuh itu kusedut lagi
dalam-dalam. Aku dapat merasakan nikotin merasuki paru-paruku. Aku tersedak
seketika. Pasti racun itu sudah mengotori paru-paruku hingga ia tidak mampu
lagi bekerja dengan baik.
Rokok
sialan! Makiku dalam hati. Atau manusia yang sialan? Sudah tahu merokok itu
membahayakan kesihatan, tapi masih juga dibeli dan dihisap. Kubuang puntungnya
ke lantai dan kupijak dengan kasutku. Puntung itu pun melunyai di lantai
dermaga. Kalau itu Dani, alangkah baiknya, ketusku dalam hati.
Kembara ke Dunia astral
Sudah tiga bulan, lebih
sedikit anakku yang selalu manis dan manja itu tidur pulas di atas ranjangnya.
Demikian asyiknya dia mengulit mimpi seakan tidak ada satupun yang mampu
mengejutkannya. Tusukan demi tusukan jarum yang bersilih ganti menembusi kulit
tangannya, urat kakinya atau bahkan kulit kepalanya juga tidak mampu
menggoyahkan mimpinya. Dia bagaikan puteri salju yang tewas akibat termakan
epal beracun. Kami pula adalah tujuh orang kerdil yang setia menantinya membuka
mata. Kami telah menciumnya beratus kali dengan kesejatian cinta yang tiada
sumbingnya. Namun sepasang kelopak matanya tetap tidak pernah sudi terbuka.
Putera manakah yang ditunggunya? Sungguh, aku tidak mengerti apa yang
ditunggunya hingga dia lena dalam tempoh yang sebegitu lama. Tidak adakah yang
dapat membuatnya jaga?
Sebatang lilin
Aku adalah lilin kecil yang sudah kehabisan sumbu. Apiku sudah malap dan batang tubuhku sudah dipenuhi oleh cairan jernih yang hodoh. Tidak ada yang dapat kubanggakan lagi meski sinarku masih mampu menerangi malam yang memekat. Sebentar lagi aku pasti punah oleh masa. Itu perjanjian yang sudah ditetapkan olehNya. Tanpa bahasa, mahupun kata-kata, besok aku pasti menjadi sebahagian isi bumi yang tidak akan memberi manfaat apa-apa lagi kepada manusia.
Aku hanya akan berguna pada sang cacing yang kelaparan dan menerima apa saja yang ditendang oleh manusia.
Namaku Mya. Aku wanita yang sudah mulai diserang kedut tua di hujung mata dan bibir. Aku memakai concealer yang agak tebal untuk menutupinya. Aku tidak boleh terlalu lama terdedah di bawah terik matahari khuatir concealer murahku pecah dan menerbitkan wajah tuaku. Rambutku yang gemulai bergulung sampai ke pinggang itu sebenarnya sudah ditumbuhi uban. Kalau kau selak jauh ke dalam pasti kau menemui sekelompok rambut putih yang rakus memerkosa keanggunan hitam rambutku. Payudaraku yang mengkal dan ranum di balik baju blouse merahku ini sebenarnya adalah ketulan daging lendir yang perlu kupangku dengan baju dalam berbesi yang sudah berkarat. Punggungku yang beralun yang telah membuat matamu tak kalih menatap itu sebenarnya dibaluti lingerie yang telah koyak rendanya baik di belakang mahupun di bawah. Aku adalah kecantikan sempurna yang palsu. Aku memalsukan semuanya sejak zaman keberadaanku di bumi metropolitan ini. Namaku juga palsu. Aku hanya mengingat nama sebenarku sekali-sekala saat melawati klinik yang memerlukan kad identitiku.
Lelaki bermata kejora (Cerpen)
Kami
bertemu buat pertama kalinya pagi itu. Sebuah pagi yang kumulai dengan muncung
yang panjang. Pagi yang kurasa sangat tidak istimewa. Aku masih memprotes
keputusan abah yang mahu berpindah semula ke kampung halamannya setelah begitu
lama hidup di perantauan. Kerja abah sebagai seorang polis laut sering membuat
kami sekeluarga hidup berpindah-randah dari suatu daerah ke suatu daerah,
bahkan dari negeri ke negeri. Lalu abah ingin menamatkan cara hidup nomad itu
dengan meletakkan jawatannya dan kembali semula ke kampung halamannya di Pekan
Papar.
Sesungguhnya, aku, puteri bungsu kesayangan abah
ini, amat membenci perpindahan. Perpindahan memaksa kita untuk memulakan hidup
baru sekali lagi dari bawah, dari titik paling kosong. Nol. Tanpa teman, tanpa
pengalaman, kita seperti bayi yang baru lahir di daerah yang selalu asing.
Seperti hari inilah.
Racun dan penawar (cerpen)
Ada angin yang mendesir di hujung cuping
telingaku menjadikan bulu roma di tengkukku berdiri semuanya. Entah dari mana
angin itu datang kerana satu-satunya tingkap yang berada di bilikku ini sudah
pun kututup sejak petang tadi.
Aku duduk di birai katil di tengah kegelapan.
Kepalaku berdenyut laju. Angin yang datang entah dari mana itu menimbulkan rasa
dingin di sekujur tubuhku. Perutku mulai mual dan meronta-ronta minta
dikeluarkan segala isi yang ada di dalamnya.
Aku terus terpekur dan berusaha memujuk perutku
agar mahu bertahan. Kupejam mataku rapat-rapat hingga gelap pekat semuanya.
Sesaat kemudian, telingaku memainkan bunyi desing yang membuat aku merasa
terawang. Aku cuba menelan liur. Pahit. Cairan yang cuba kutahan itu terhenti
di tengah dadaku. Panas. Kurasa sebentar lagi dadaku akan terbakar.
Mungkin, sekaranglah masanya.
Masa untuk aku mati.
Jelaga
(Cerpen)
Aku masih ingat saat kau menjenguk aku di ruang mimpi dan ilusi yang mengganggu lenaku saban malam. Aku tidak ingat bila ianya bermula hinggalah mimpi itu mulai mendera nurani wanitaku. Aku tidak pernah sekalipun bermunajat untuk mengingatimu. Hanya saja hadirmu mengundang nestapa dalam kalbuku, memaksa aku meraih kembali memori yang telah kita cicirkan tanpa sebuah alasan yang benar-benar dimengerti.
Aku masih ingat saat kau menjenguk aku di ruang mimpi dan ilusi yang mengganggu lenaku saban malam. Aku tidak ingat bila ianya bermula hinggalah mimpi itu mulai mendera nurani wanitaku. Aku tidak pernah sekalipun bermunajat untuk mengingatimu. Hanya saja hadirmu mengundang nestapa dalam kalbuku, memaksa aku meraih kembali memori yang telah kita cicirkan tanpa sebuah alasan yang benar-benar dimengerti.
Bego
Namanya Bego. Eh, bukan nama betul tentu saja. Itu cuma nama panggilan yang diberikan oleh ayahnya sejak kecil. Bego bermaksud bodoh. Entah dalam bahasa apa. Tapi begitulah kira-kira ertinya. Aku juga tidak tahu kenapa dia dipanggil sebegitu kerana bagiku Bego adalah teman yang pintar. Di sekolah, dia juara kelas selama dua tahun berturut-turut. Kalau pun dia jatuh, hanya di tempat kedua. Itu pun baru sekali. Bego juga merupakan juara acara padang. Dia boleh berlari dengan laju dan mengalahkan lawan yang lebih tua dan berbadan besar darinya. Orangnya tinggi dan lurus dengan kulit hitam manis. Rambutnya cuma satu sentimeter dari kulit kepala dan kadang-kadang malah botak terus.
Cola & Air putih
Panasnya mentari sudah merasuki ke segenap kulitku. Panas itu juga sudah menyejat mineral di badanku hingga aku merasa tak kuat untuk berdiri lagi. Sudah sejak pulang dari kampus tadi aku cuma baring-baring di katil bujangku yang bosan. Mataku tidak mahu lelap meski kepalaku sudah sakit semuanya. Kerongkongku perih dan selalu minta dibasahi. Namun bila kuingat-ingat, kali terakhir aku membasahinya sekitar 3 jam yang lalu, saat makan tengahari. Selepas itu, aku langsung ke bilik asramaku mencari sedikit kedinginan di bawah kipas siling. Pantas saja kalau kerongkongku itu mendesak untuk dibasahi lagi.
Aku bangkit dari pembaringanku dengan mata yang berpijar bintang-bintang kecil. Sejujurnya, aku memang tidak berdaya mahu berjalan dan mencari segelas air untuk menghilang dahagaku. Sejenak, aku terpandang sebiji tin minuman berkabonat di atas meja belajarku. Minuman itu kubeli petang kelmarin, saat keluar dengan teman ke bandar. Namun aku tidak memerlukan kenyamanan minuman itu kala ini. Aku hanya memerlukan segelas air putih yang mampu aku dapatkan setelah menjalani dua blok dari kamarku ini. Ada sebuah water heater cooler di hujung blok asrama. Memang jauh. Apalagi untuk manusia hidrasi sepertiku, rasanya perjalanan itu bakal lebih jauh dari imaginaasiku.
Tapi itu lebih baik dari harus memekur sepi dan kering di kamar ini. Perjalanan yang jauh itu mungkin dapat menjanjikan sebuah kelegaan pada akhirnya.
Tapi itu lebih baik dari harus memekur sepi dan kering di kamar ini. Perjalanan yang jauh itu mungkin dapat menjanjikan sebuah kelegaan pada akhirnya.
Cinta...suatu penyerahan
Seorang sahabatku, seorang perempuan, seorang isteri seperti aku, mengadu padaku soal kemelut rumahtangganya. Suaminya, yang juga merupakan sahabatku, datang jua padaku dan mengadukan hal yang sama; dalam rentak dan versi yang berbeza. Namun sungguh aku tahu, ada lagu yang sama dalam alunan kisah mereka. Keduanya masih berharap agar mendung segera berlalu dan hujan cinta kembali membasahi hidup mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)
About Me
- Luna Biru
- Cari aku di neverland saat sang peri dan Peter Pan berterbangan di langgit jingga menuju ke bulan. Cari senyumku di bibir pantai saat senja nampak sempurna menanti mentari ungu hitam. Tunggu warkahku yang kutitip di botol kaca menuju hatimu, mengetuk mimpimu.