untukku letakkan rasa kecewaku pada seorang sahabat yang di mulutnya ada besi berkarat.
Kecewa beratkah aku?
Tidak juga. Aku kadang terpanggil juga untuk ketawa. Manakan tidak, tanpa kusangka tanganku luka kerana tajam besinya.Lalu karatnya menembus di dalam aku, mengalir bersama darahku dan berhenti di isi dagingku.
Hahaha...Luna Biru si dungu yang sesat.
Maaflah. Kompasku hilang waktu itu. Kerana itu aku kesasar mencari arah.Sesekali peluruku terpandu tidak terkawal,natijahnya kumakan halus-halus sampai kini. Dan dia telah membawaku ke jalan mati. Kenapa dungu benar aku percaya pada dia yang tak patut kupercaya? Kenapa kuminta dia menyimpan amanahku di peti yang salah? Kenapa aku melantak paku di dindingnya yang rapuh?
Kerana aku memang bodoh dan dungu.
Sekarang lihatlah si besi berkarat itu, gigih mengaku dirinya tembaga bernilai. Dia lupa dirinya hanyalah besi berkarat. Wajahnya bersinar puas yang diam-diam. Matanya ada kerlip kejora yang kenyang. Sepuas itukah senyumku dan mataku di akhirat nanti bila melihat dia dihakimi Tuhan? Oh, mungkin lebih lagi.
Si dungu Luna Biru tak sabar menanti,
saat si besi berkarat menangisi pembohongannya di hadapan Tuhan,
dengan tubuh telanjang di dada kitab.
Saat Ratib dan Atib menjadi saksi.
0 comments:
Post a Comment