Friday, April 15, 2011 | By: Luna Biru

Aku dan Prinsipmu...Ada aku kesah?


Apa itu prinsip hidup?


Secara dasarnya, setiap manusia perlu punya prinsip hidup. Prinsip merupakan dasar pada kehidupan yang menjadikan hidup kita lebih bersistem dan teratur. Prinsip juga menjadikan kita disegani ramai, ataupun membuat kita tersungkur rebah. Tidak semua manusia memegang prinsip yang benar. Jesteru yang selalu ada hanyalah manusia yang kuat berpegang pada prinsipnya tanpa tahu ia benar atau tidak. Mungkin kalaupun prinsipnya salah, hidupnya akan teratur dengan prinsip yg salah itu.



Maka, perlulah kita merenung kembali akan prinsip hidup kita selama ini dan menjejak kebenarannya, bukan kekuatannya. 


Kenapa entry ini kutulis? Mungkin sebab aku sudah muak mendengar orang-orang di sekelilingku melaung-laung prinsip hidup yang mereka dengan gahnya, tanpa memikirkan sejauhmana prinsip itu relevan dengan kehidupan sebenar.


Salah satu prinsip yang sering kudengar ialah;



"Aku ni, kalau orang sekali baik sama aku, seribu kali aku baik sama dia. Kalau orang jahat sama aku, aku boleh seribu kali lagi lebih jahat dari dia..."

Biasa dengarkan?


Apa pendapat anda pada orang yang sebegini? Atau, mungkinkah anda salah seorang sang penuturnya?


Kalau iya, maaflah. Aku kurang setuju dengan prinsip ini. Bagiku, prinsip ini bersifat berat sebelah. Terus-terang, aku sebenarnya paling takut nak berkawan dengan orang macam ni. Sebolehnya, aku akan jauhkan diri, dan bercakap hanya bila perlu. Paling penting, aku akan cuba sentiasa pastikan agar hatinya berkeadaan baik setiap kali berjumpa dengan aku. Orang macam ni, (biasanyalah), kalau hatinya terusik sedikit, sampai ke lubang cacing pun kita tak dilepaskannya. Huhu...tapi selalunya, aku memang kantoi nak jaga hubungan baik ni. Confirm ada cacat-celanya di mana. So, bila hatinya terusik, siaplah aku kena semburan laser bisanya yang tak akan mau pulih-pulih lagi. 


Soalnya, apa cara kita untuk tangani manusia yang berpegang pada prinsip sebegini?


...well, as for me, selalunya aku mengalah saja. Malas mahu cari gaduh. Yalah...sudah dia pegang prinsip untuk jadi 1000 kali lebih jahat, habis takkan aku nak doublekan kejahatanku pula sampai 2000 kali,kan? Pas tu, dia kasi up lagi sampai 3000, pastu, aku up lagi, sampailah tiada pengakhirannya. 


Seperti yang kukatakan, bukan semua manusia yang berpegang pada prinsip itu baik prinsipnya. Prinsip-prinsip seperti inilah yang selalunya membinasakan diri kita sendiri, memutuskan persahabatan dan silaturahim yang kita semai selama ini. 


Jadi, apa prinsip yang baik sebenarnya?


Huhu...manalah aku tahu. Baik atau tidak prinsip itu bergantung pada cara kita membawanya. Selalunya, prinsip lahir dalam hidup kita lantaran latar belakang hidup dan pengalaman yang kita alami. Bertitik-tolak dari itulah kita mula mencipta prinsip hidup. 

Lalu, apa prinsip hidupku?


Aku sebenarnya tidak punya spesifikasi khusus untuk dilaungkan. Namun bagi aku, apa yang penting ialah;


"If you have your stand, then, you should respect mine either. Sama-samalah kita berdiri pada 'stand' kita, kerana aku pun tak akan berganjak kalau kau tetap merasa kau terus benar."


Eh...itu prinsip orang degil. Ya, macam yang aku katakan tadi, aku bukannya ada prinsip sangat. Apa yang penting pada aku ialah, hidup ni mesti dijalani seadanya. Namun prinsip itu hanya akan timbul di saat aku menghadapi krisis hidup yang mendesak aku untuk bertindak. Seperti sekaranglah...maka degilku yang ku sorok dalam selimut itupun mula melayang-layangkan dirinya. 


Jadi, kalau kamu boleh jadi 1000 kali lebih jahat, teruskanlah. Kerana aku, tetap di sini, bersama peganganku; bahawa aku tidak akan pernah peduli seberapa jahatnya pun yang kau mahu jadi. 


Ada aku kesah?






0 comments:

Post a Comment