Friday, April 15, 2011 | By: Luna Biru

Yang baik datang dari Allah, yang buruk jua datang dariku...Catatan terakhir

Lagi-lagi berkisar blogku...


Nampaknya makin menjadi-jadi kontroversi ni hingga akhirnya orang yang tak terlibat pun menjadi mangsa. Kali ni  pasal entryku Isma....Dia masih istimewa (http://rineyramley.blogspot.com/2011/04/persahabatan-akan-tetap-kekal.html). Entry ni nampaknya menjadi kejutan besar di kalangan kawan-kawan lama. Huhu....siapa sangka kan? Bahawa di sebalik keributan si Is sebenarnya dia adalah manusia istimewa yang menempati satu sudut dalam hidupku? Jauh lebih baik dari orang lain yang merasa diri mereka bagus. Kesian dia....Yang menyedihkan...selain dia...ada lagi hati yang tak bersalah terluka....
Tapi dalam banyak-banyak peristiwa, kes Ernie The pretty Lady lah yang paling menyentuh peristiwaku. Sungguh, peristiwa ini membuka mataku bahawa mereka....sebahagiannya....adalah kanak-kanak yang tidak pernah dewasa. Mereka, rakan-rakan lamaku itu masih bertindak seperti remaja di usia 17 tahun yang havoc dan kecoh. Padahal, usia sudah meningkat, intelktualiti pun sudah diupgrade, malahan pengalaman pun sudah banyak dikutip....namun semua itu tetap tidak mampu menjadikan kita manusia yang gagah minda. 

Aku tidak bermaksud mengatakan bahawa akulah yang terbaik; berfikiran waras dan matang serta bertindak dewasa. Tapi sekurang-kurangnya, sebagai manusia dewasa, sama-samalah kita memperbaiki kelemahan ini agar kita tiak jadi seperti mereka yang berfikiran gelandangan. 

Ini adalah catatan terakhirku mengenai peristiwa yang bodoh ini. Selepas ini, aku akan meneruskan langkahku , sebagai journalist, sebagai novelist dan sebagai kaunselor jiwa diriku sendiri. Sama ada kamu mahu menerimanya atau tidak, terserahlah....yang pastinya, di luar sana, ada seseorang yang mengutip ehsan dengan hanya menjadi pembaca pada blogku. 

Yang baik datang dari Allah, yang buruk jua datang dariku...

0 comments:

Post a Comment