Kalau kelmarin aku hanya menjadi pemerhati yang tak rasmi, maka hari ini aku terpaksa pula libatkan diri secara full version untuk program ni. Guru pengiring yang bertugas, iaitu Encik Affendee Amin perlu pulang segera ke Papar atas urusan keluarga. Beliau meminta aku untuk menggantikan tempatnya sebagai guru pengiring. Aku pun terima sajalah tawaran tu, asalkan dapat kebenaran dari pihak sekolah.
Petang baru aku dapat pergi ke sana selepas waktu mengajar. Aku sudah terlepas satu acara penting hari ini untuk kumuatkan dalam blog kehidupanku. Hari ini merupakan pertandingan bagi semua acara yang bertempat di
KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU (KSKB) di Bukit Padang. Jadi tak dapatlah aku nak rakamkan detik-detik penting itu kecuali sekadar berharap dari kamera phone Anis semata-mata.
Sebelah malam pula merupakan MAJLIS MALAM MESRA yang dikelolakan sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Majlis dirasmikan oleh Pengarah Kesihatan JKNS disusuli dengan tayangan multimedia. Persembahan dijayakan sepenuhnya oleh kontinjen daerah masing-masing. Pelbagai bentuk gaya persembahan yang dihidangkan seperti koir, persembahan nyanyian, sketsa dan lakonan. Tapi aku paling teruja dengan persembahan nyanyian dari adik Nuha yang menyanyikan lagu My Heart Will Go On. Acara ini diselangi dengan majlis makan malam dan cabutan tiket bertuah. Majlis kemudiannya ditutup dengan persembahan karoake terbuka kepada semua peserta dan kontinjen. Lucu betul bila adik-adik kecil tu bersungguh-sungguh memperdengarkan lagu dorang walaupun sumbang mambang. Namun sesungguhnya, acara malam ni sememangnya meriah dan menghiburkan.
Tahniah diucapkan kepada KKM dan KPM atas satu kolaborasi unggul ini!
GALERIKU...
|
Tengah tunggu dinner yang tak sampai-sampai. Huhu... |
|
Persembahan multimedia |
|
Persembahan tarian dari daerah Sandakan |
|
My Heart Will Go On....hebats! |
|
...was tiring.... |
|
Besarnya sumandakku ni sudah... |
|
...and Nomey again. |
Acara berakhir pada jam 10.30 malam, tepat seperti yang dijadualkan. Bila balik ke bilik, aku rasa macam kena panggang. Punyalah panas duduk dalam asrama Kompleks sukan Likas ni. Adeh...dan mata aku pula makin sakit dan berair, malah semakin merah. Bilalah aku berani nak ke operation ni ye....huhu....
0 comments:
Post a Comment