Friday, April 15, 2011 | By: Luna Biru

Teruskan...atau berhenti?



Terlalu banyak peristiwa-peristiwa ngeri yang berlaku padaku sejak akhir-akhir ini. Ia berhimpit-himpit dan saling bertindih menjadikan aku kadang-kadang sukar membezakan, which one is which one. Bermula dari kisah pentengkaran di Fb dengan pihak ipar duai, kemudiannya dengan kawan baik yang lain, lalu dengan kisah penghinaan pada Aning, perselisihan faham dengan rakan baik yang lain, juga dengan bekas rakan sekolah.


Semuanya kucatatkan dalam blogku, sebagai satu refleksi mudah untuk aku bermuhasabah. Tidak sedikitpun aku mencatat peristiwa sebenar dalam setiap luahanku demi menjaga hati semua pihak. Dan nyatanya....inilah yang akhirnya menjadi titik permulaan pada salah faham yang kemudiannya menjerat aku. Sesungguhnya, inilah yang paling aku takutkan. Aku takut salah faham ini merosakkan hubungan baik yang aku jalinkan selama ini dengan orang-orang yang aku sayang. Tapi nampaknya....kegagalanku mencatat the real story menyebabkan hal yang kutakuti ini berlaku juga. Yalah...hakikatnya, takkanlah aku nak tulis semuanya jujurkan? Termasuk nama mereka yang meyakitiku? Aku pun kenalah juga jaga maruah orang, apalagi kalau ia berkait dengan masalah keluarga. BAgiku, biarpun mereka ini telah mengaibkanku dengan aib yang begitu memalukan, tapi aku tidak berniat untuk memberikan serangan yang sama kepada mereka. Tidak....abah dan uni tidak pernah mengajarkan itu padaku. Itu susila yang kupegang utuh.


Mungkin mereka benar, aku tidak seharusnya mencatat diary digital yang boleh dibaca oleh semua orang. Lain orang lain penerimaannya. Kesalahfahaman yang begini menjadikan aku mahu berhenti dari terus melupakan nawaitu utamaku untuk membuat blog itu. Namun abang berkali-kali menegaskan bahawa aku berada di jalan yang benar. Selama mana aku tidak menjatuhkan maruah seseorang, mengaibkannya di depan khayalak, maka wajarlah aku teruskan. Kata abang lagi, blogku lebih dari sekadar peluahan jiwa, ia adalah satu refleksi yang memberi inspirasi kepada seseorang untuk berfikir di luar kotak. Bahasa yang kugunakan pun tidak memberati jiwa orang hingga perlu merasa tertekan. Dia menyuruh aku meneruskan perjuanganku. Katanya lagi, ini adalah satu respon balas yang baik yang menunjukkan bahawa apa yang kutulis difahami pembaca, meskipun ada yang salah mengerti.


Mungkin abang benar. Berdasarkan beberapa respon yang kuterima melalui email selama ini juga membuatkan aku percaya bahawa dia benar. Beberapa orang readers blogku mengucapkan terimakasih padaku kerana tulisanku membuat mereka memahami situasi yang diluar kaca mata mereka selama ini. Ada juga yang mengatakan bahawa membaca blogku setiap hari menjadikan mereka lebih tabah mengharungi kehidupan. Inspirasi dan motivasi yang kupaparkan dalam setiap hela perasaanku membuatkan mereka selalu berfikir bahawa hidup adalah perjuangan yang perlu diteruskan.


Nah....jadi aku harus bagaimana?


Perlukah meneruskan kerana kebaikan yang ingin kusampaikan benar-benar sudah sampai, atau menghentikannya saja demi menjaga hati pihak yang mungkin gagal memahaminya? Atau perlukah kucatat peristiwa sebenar untuk menjauhkan kesalahfahaman ini yang bermakna membuka aib orang? Oh tidak....aku bukan begitu! Tolonglah....jangan paksa aku untuk berubah.

2 comments:

Connie said...

kita tidak akan pernah dapat puaskan hati semua org...as i said before...org mmg hanya tahu bercakap...mngumpat, mengutuk, memuji dan apa saja yg boleh kluar dr mulut dorang...and for u my dearest friend...buat lah apa saja yg engkau rasa atau fikir betul!..u don't have to CHANGED just because people ask u to...like ur 'abg' said...as long as ko tidak mengaibkan dan menjatuhkan maruah org lain...apa yg perlu ko takutkan...!! TERUSKAN jak...

Susan Elsa Saiful said...

aku setuju dengan abang mu dan si connie. just be yourself, yang suka akan suka, yang ndak suka tu well kadang2 kita berubah pun masih juga ndak suka. so keep on writing babe, you know we love you!!!

Post a Comment