Showing posts with label sekadar renungan. Show all posts
Showing posts with label sekadar renungan. Show all posts
Tuesday, December 31, 2013 | By: Luna Biru

Countdown

Lagi satu jam dari sekarang, sorakan 2014 akan dilaungkan di Dataran Merdeka. 

Dalam kekalutan Demonstrasi TURUN di sana, bakal turunkah PM tercinta kita untuk melakukan tugas laungan seperti semestinya? Mungkin tidak kot....demi keselamatan...mungkin PM hanya akan berlaung di Putrajaya saja. 

Aku tak kata yang aku setuju dengan demo ni hanya kerana entryku berkisah tentang ini. Tapi aku sentiasa mengikuti perkembangan benda ni sejak pertama kali wujud cerita si Asmaelz tertangkap kerana akaun FB-nya yang berbau hasutan. 
Tuesday, May 7, 2013 | By: Luna Biru

Usaikanlah...

Kepada semua ibubapa, marilah kita sama2 (teachers - parents) mencemerlangkan anak kita. Dunia makin maju. Terpenuhi oleh manusia bijak pandai. Saingan dan cabaran tidak kenal kompromi. Tanpa pelajaran dan kemahiran, anak-anak kita tidak akan ke mana. Takut kita nanti hanya jadi malukut di tepi gantang. 

Tanamkanlah semangat patriotisme dan nasionalisme dalam diri mereka. Mungkin mereka terlalu kecil untuk memahaminya saat ini. Tapi percayalah, semua yang kita katakan ada tersimpan dalam memori otak mereka, yang pada suatu saat akan tercerna seiring dengan usia dan kedewasaan. Sekecil-kecil mereka hari ini, esok akan dewasa juga. Sampai waktunya, mereka juga akan mencapai usia 21. Kegagalan membuat mereka mengerti, akan berkonsekuensi buruk di masa akan datang. Segala isu yang berlaku rentetan PRU13 adalah permulaan untuk sebuah dunia yang lebih mencabar. Kita hanyalah manusia kerdil yang tidak mempunyai kuasa untuk mengubah apa-apa. Tapi kita dapat melakukannya dengan mendidik anak kita sebaiknya, agar anak-anak kita tidak terkeliru dengan arus politik yang bakal mereka hadapi kelak. 
Thursday, April 18, 2013 | By: Luna Biru

Bila kelucahan menjadi senjata PRU13

Sedikit keliru menghadapi PRU13 ini bilamana kelucahan menjadi senjata ampuh untuk saling menumpaskan lawan. 

Keghairahan parti-parti yang tampil dengan semangat nasionalis dan cuba membakar ideologi patriotisme dengan cara sebegini sememangnya sangat menjijikkan. Sudah tentu kita yang hanya melihat tidak tahu menahu mengenai kesahihan duduk benar perkara ini. Namun sedemikian waktu kita terus didesak untuk percaya hingga setiap satu kita mulai berbantah-bantah tentang siapa yang lebih mulia. Lalu kita pun bertindak menjadi hakim dan pakar gencat.
Saturday, April 6, 2013 | By: Luna Biru

Sabar-sabar kau bro....

Sabar-sabar kau bro....

Begitulah bisikan yang membisik di hati aku yang teringin sangat aku nak bisikkan ke telinga kawan aku sorang ni. (Berapa banyak bisik da...)

Haha...

Sebenarnya kawan aku ni sangat giat menggunakan laman fbnya untuk berpolitik membantah kerajaan BN. Semua update statusnya sibuk mengutuk BN. PKR sajalah yang paling mulia di matanya. 

Aku tak kisah siapa yang dia nak pilih. Itu hak dia. Tapi melakukan kempen di FB dengan lantunan emosi yang melampau-lampau terlihat sangat janggal. Ya, tentu saja aku boleh block, unfriend atau unsuscribe. Aku juga tahu itu laman sosial dia. Mungkin dia nak gunakan sepenuh hak demokrasi kebebasan bersuara. Tapi dia juga kena ingat bahawa hak demokrasi di negara kita ni tak sama macam di negara barat.

Lebih dari itu, kebanyakan benda yang di'share'nya tidaklah dapat disahkan kebenarannya. Lebih banyak mengarut dari yang betul. Nak contoh ke? 

Janganlah....nanti dia tahu yang aku tengah kutuk dia. Huhu....
Thursday, March 28, 2013 | By: Luna Biru

KENAPA MUDAH BENAR PERAIRAN SABAH DITEMBUS?

Sejak pencerobohan tentera Sulu di Sabah, Malaysiana macam kena hentak oleh satu soalan: 

KENAPA MUDAH BENAR PERAIRAN SABAH DITEMBUS?

Soalan ini kemudianya mencetuskan beberapa ideologi politik yang tidak memihak kepada Kerajaan kita sendiri. 

Hakikatnya, kami rakyat Sabah paling tahu bahawa isu ini adalah isu lapuk yang sudah lelah ditepuk dan dijerit. Isu penembusan perairan Sabah bukanlah hal baru malah ia sudah sering diungkit dan dirayu untuk ditangani segera.
Wednesday, February 13, 2013 | By: Luna Biru

Chain Reaction

Aristoteles pernah mengatakan bahawa manusia dengan segala sifatnya adalah memiliki kerumitan yang sama dengan alam semesta. 

Kerumitan utama dalam diri manusia pada pandangan aku adalah berpaksi pada soal emosi dan perasaan. Setiap manusia memiliki ketidak stabilan emosi, itu yang pasti. Ada manusia yang mempunyai nilai ketaksuban yang tinggi tetapi kurang logistik ; ada pula yang kurang prejudis tetapi pendendam ; ada pula yang mudah merasa tertekan serta tahap kecemasannya tinggi ; dan ada bermacam lagilah....
Namun kerana kita manusia, maka Tuhan menganugerahi kita akal untuk berfikir dan kemampuan untuk mengawal diri sebagai satu usaha untuk menyeimbangkan segala ketidakstabilan pada emosi itu. Malangnya, berapa ramai antara kita yang mampu menggunakan senjata ampuh itu untuk menyelesaikan masalah ketidakseimbangan ini? 
Sunday, January 13, 2013 | By: Luna Biru

Seorang ibu bukan maksum

Syurga itu di bawah telapak kaki ibu. 

Itu hakikatnya. Tiada sangkalan. Tanpa kompromi. 

Tapi percayalah, seorang ibu tetap tidak sempurna sifatnya. Dia juga bukan maksum dan akan juga melakukan kesilapan. Ibu juga manusia biasa yang terlahir dengan nafsu dan serakah. Seorang ibu tetap manusia biasa yang jantungnya sama macam jantung kita....tidak pernah dibelah dan dicuci dengan air zam-zam. 

Makanya, tidaklah mustahil kalau ibu berbohong demi kepentingan diri sendiri. Tidak juga mustahil kalau ibu itu terbina dengan sifat cemburu terutama kepada anaknya sendiri. Menantu pula dijadikan pesaing senyap. Itu kenyataan. Seorang ibu bukanlah maksum yang bebas dari melakukan kesalahan. Seorang ibu tetap seorang perempuan. Perempuan yang ada 9 nafsu berbanding akal yang cuma 1. 

Seorang ibu mulia kerana nilainya begitu berharga dalam kehidupan kita. Nilai seorang ibu tidak boleh dipertikaikan kemurniannya. Tapi hakikat bahawa seorang ibu juga sering terkhilaf, adalah juga kenyataan yang tidak pernah mampu kita pertikaikan kebenarannya. Jadi, terimalah hakikat dan berlakulah adil kalau kita terpaksa berada di satu posisi untuk menjadi pengadil. Bak kata pepatah, Tarik rambut dalam tepung, tepung tak berterabur, rambut pula jangan putus. 

Sentiasa ada cara untuk menjadi pendamai sejati. 

Aku juga seorang ibu. 

Mangsa zalim



Rasa nak nangis je aku tengok gambar ni. Sampainya hati menyamakan manusia dengan khinzir. Seorang ulama pulak tu!

Ah, tak kiralah ulama atau bukan, tapi apa hak kita untuk sebiadap ini? Malahan, ia jadi bahan sendaan dan gurauan tanpa segan-silu lagi. Aku tidak bercakap atas dasar politik ok. Aku hanya mewakili jiwa seorang manusia. Bayangkanlah kalau diri dihina seperti ini...

Na'u zu billah min zalik.

Semoga Allah limpahkan kurniaNya pada mangsa yang dizalimi.

Biar mati anak jangan mati adat VS Melentur Buluh biarlah dari rebungnya

gambar di sini
'Biar mati anak jangan mati adat.' 

Terus-terang, dulu aku menentang betul pepatah ni. Bagi aku, kalau anak mati, siapa pula yang mahu menjunjung adat? Berharga sangatkah adat berbanding anak yang kita kandung, lahirkan dan jaga selama ni? 

Tapi bila anak-anak sudah meningkat dewasa, baru aku faham makna pepatah ni. 

Kalau kita lihat hanya pada luaran, memang kedengarannya sangat tidak adil. Tapi hakikatnya, ia tidaklah sekejam bunyinya. 

Bagi aku, pepatah ini adalah simbolik kepada perasaan terluka ibubapa dek perbuatan anak yang bagai menconteng arang ke muka sendiri. Bayangkanlah anak yang kita didik dengan penuh kasih sayang tergamak menghancurkan hati kita dengan melanggar susila dan etika yang dipegang selama ini. Pepatah ini adalah sebuah rajuk orang tua. Ia tidaklah bermaksud bahawa kita sanggup membunuh anak sendiri semata-mata nak pertahankan adat. Lebih dari itu, adat yang dimaksudkan di sini bukanlah hanya sekadar adat. Tapi ia juga membawa kepada skop yang lebih besar iaitu susila, etika bahkan agama. 
Thursday, December 20, 2012 | By: Luna Biru

"Awak orang Sabah ya? Selamat Datang ke Malaysia...."

Errr.....

Sebenarnya, sudah beberapa kali aku disapa begini oleh orang semenanjung. Malahan, beberapa feedback dari rakan seSabah pun pernah juga mengadu hal yang sama. 

Sebagai Sabahan terus-terang ayat di atas agak sedikit menganggu urat emosi. Dua pertanyaan pun timbul iaitu; 

Samada rakyat jelata di Semenanjung tak belajar geografi dan sejarah ataupun dorang semua ni menggunakan istilah Malaysia untuk merujuk kepada Semenanjung? 

Misi Kembara : Sepetang bersama Arwin & Daddy

Ia adalah sebuah pengalaman yang menarik berkenalan dengan seorang pemandu teksi bernama Arwin. Arwin berbangsa singh dan merupakan seorang penganut Buddha.

Perkenalan dengan Arwin dan Daddy-nya, membuka suatu ruang dalam kotak pemikiranku. Banyak isu yang diperbincangkan yang sebahagiannya agak membekas sedikit untuk sama-sama difikirkan.

Soalan Pertama; 

Soalan ini mungkin agak menyentuh sentisitiviti rakyat Sabah. Tapi, mengapa rakyat Sabah tetap memilih BN sedangkan setelah 20 tahun BN memerintah, Sabah hanya maju dari segi komersial resort? Sungguhpun hampir sebahagian harta Sabah telah diteroka dan dicungkillonggokkan ke kerajaan pusat, hinggakan jalan raya di Sabah masih di tahap mudarat, tapi rakyat Sabah tetap memahat setia pada BN?
Saturday, November 10, 2012 | By: Luna Biru

Sarkastik dunia pendidikan

Sistem Pendidikan di Malaysia tercatat sebagai sistem yang tercorot di dunia. 

Well...aku rasa bukan saja sistem pendidikan, tapi juga the way kita mendidik anak bangsa kita sendiri. Jauh dari berdiri atas kaki sendiri, yang pastinya, anak bangsa kita dibiarkan menjadi manja. Lebih dari itu, kita tidak pernah sudi membiarkan anak didik kita berkarya tanpa dipimpin. Hakikatnya, istilah fasilatator tidak wujud sebab kita takut sangat anak kita terbuat silap dan diketawakan. Biarpun terpaksa menipu, kita sanggup. Asalkan manusia terkesan kagum dan anak didik kita dinilai hebat.

Sarkastiknya, kita juga dengan rela hatinya membiarkan anak didik kita mengaku hasil kerja orang lain sebagai hasil kerja sendiri. Si emak sanggup buatkan kerja rumah si anak; si students sanggup mengupah orang lain buatkan assignment dan kemudiannya berbangga-bangga dengan nilai gred tinggi yang diperolehi.  Tidak hairanlah kalau Malaysia menjadi salah satu gedung cetak rompak terbesar di dunia. Sebabnya, dari kecil sudah diasuh untuk mencetak rompak kerja orang sebagai kerja sendiri.

Wednesday, September 26, 2012 | By: Luna Biru

Saat Tuhan mengetuk pintu

Doa adalah senjata orang mukmin.

Tapi aku baru tahu kalau doa itu punya tarikh luput. Kukira itu adalah peringatan dari Allah yang bermaksud bahawa aku sudah jarang berdoa hingga akhirnya doaku yang termakbul dulu kini sudah diambil balik oleh Allah.

Jadi aku kena susun atur balik hidup aku dan kembali memantera doaku agar Tuhanku yang baik itu dapat memperpanjangkan kembali tempoh tarikh lupusku.

Wallahuaklam.

Insya Allah.


Saturday, September 22, 2012 | By: Luna Biru

Tazkirah

Dalam banyak2 hadis, kata pujangga or whatsoever JPEG, ini satu aku paling suka.

Thursday, August 16, 2012 | By: Luna Biru

Sebuah tazkirah

Hidup ni macam roda. Itu klisenya.

Tapi hakikatnya begitulah. Pelepah atas jatuh, pelepah bawah jangan ketawa. Kelak yang yang atas akan berdebuk ke bawah juga. Sekali roda di atas, bila diputar-putar, bergulung ke juga ke tanah. Cepat atau lambat hanyalah persoalan masa. Namun janji tetap janji; Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji...

Hari ini kita bersuara azmat, lantang meludah ke langit dan kekar menyuara isi hati, esok, kita sudah terkulai layu di atas ranjang. Hari ini kita gah mentertawakan kesakitan manusia lain, esok kita pula berada di tempat mereka. Hari ini kita memandang jijik pada derita manusia lain, sekejap nanti pula Tuhan menukar rentak. 

Subhanallah...maha suci Engkau ya Allah...

Padamkanlah api kesombongan dalam diri kami dan bimbinglah kami agar mampu menjadi manusia yang kental takwa dan syukur. Bekalilah kami dengan rasa prihatin dan mahu membantu sesama insan lain tanpa pamrih untuk dibalas kembali. Sesungguhnya Engkaulah yang berkuasa mengecilkan yang besar, dan membersarkan yang kecil; maka kecilkanlah segala urusan kami ya Allah... 
Wednesday, August 15, 2012 | By: Luna Biru

Sahabat, kupinjamkan kau mataku, pinjamkan aku bicaramu...

Tak tertahan sebak di dada bila menonton iklan raya Bernas 2012 ini. Aku tak boleh tengok epik-epik macam ni memang kantoi nangis punya...Aku memang agak sensitif sikit bila berkaitan tentang budak-budak dan kemanusiaan ni. Dalam hati aku penuh dengan taman-taman yang setiap helai rumputnya ada cinta. Terlampau banyak cinta dalam hatiku biarpun anakku ada 6 tapi aku masih belum pernah puas untuk menyintai mana-mana kanak-kanak pun di dunia ini...

Alangkah  mulusnya hati mereka...rela berkongsi segala kelemahan dan kekuatan. Saling membagi cinta dan rasa, saling melindungi, saling menuntun, bahkan, rela meminjamkan ibunya yang sudah tiada...

Kita yang sempurna sifatnya ini pun selalu kedekut membagi-bagi jiwa. Terasa hina dan lemahnya diri bila menonton iklan ini. Tahniah kepada si pencetus ilham dan mereka yang berjaya menzahirkan segala idea. 

Ya Allah...yang buruk itu datangnya dariku. Yang baik jua, datang dari MU...

Hidup jangan menongkat langit


"Hidup jangan menongkat langit, kelak tongkatmu patah, baru kau tahu langit tinggi rendah. Baru kau tahu apa rasanya hidup dihempap langit..."

Itu pesan arwah mama (nenda Salmah) yang maknanya tak ku faham langsung dulu. Namun kata-kata itu sering diluah bila aku didapati bersalah kerana berlaku curang pada iman dan kesabaran. Oleh kerana aku anak bungsu dan cucu bungsu, dan agak sedikit lebih dari orang lain dari segi fizikal dan mental, maka egoku pun juga agak melebih sedikit.
Tuesday, August 7, 2012 | By: Luna Biru

Nawaitu

Pernah kutanyakan pada abah kenapa manusia itu solatnya cukup, zikirnya panjang-panjang, ngajinya sering malam-malam, muzakarahnya lebar-lebar, tapi hatinya masih busuk? Kenapa segala amalan-amalan baik itu, tidak mampu mengubah individu itu menjadi manusia yang takwa dalam ertikata sebenar? Padahal, kalau dihisab duluan tentang solat, antara aku dan mereka, pasti aku yang tertinggal di dinding neraka.


Lalu abah menjawab bahawa "Setiap amalannya itu bergantung pada niat,". Ia bersesuaian dengan hadis Rasullullah dan abah pun mulai menterjemahinya. Akhir sekali abah menutupnya dengan sebuah persoalan untuk aku kupas sendiri;
Tuesday, July 31, 2012 | By: Luna Biru

Jari-jari sebuah keluarga

Keluarga itu macam jari-jari tangan. Setiap satunya saling memerlukan. Setiap satunya punya peran. Tak kira sekecil mana. Tak kira di kedudukan apa. 

Luka satu jari, maka rosaklah rutin kehidupan. Mungkin kita tak sedar betapa pentingnya peranan setiap satu, hinggalah salah satu dari jari kita terluka. 

Begitupun setiap ahli dalam keluarga. 
Monday, July 9, 2012 | By: Luna Biru

Tahu lebih baik



Sudah buat pemeriksaan darah dan urine di Pathlab?

Kalau belum, baiklah pergi buat. Ianya penting untuk mengesan penyakit lebih awal. Bila dah tahu, senang buat tindakan susulan. Kalau ternyata tiada penyakit, Alhamdulillah.

Atau, bersedialah untuk menerima kejutan yang anda sama sekali tidak jangkakan.

Apapun, tiada penyakit yang tidak boleh diubati selain mati dan tua. Insya Allah, setiap penyakit ada penawarnya.

I'm with you.