Monday, April 11, 2011 | By: Luna Biru

The Final Day

Kamilah bintang! Sorakan persahabatan Sk.Surati dan Sk.Kuala
Hari ni merupakan latihan terakhir skuad bola baling aku sebelum melangkah ke pertandingan akhir hari Rabu nanti. So, untuk langkah terakhir ni, aku buat friendly match dengan SK.Kuala sekali lagi, kali ni, dengan team lelaki pula. Kemenangan berpihak pada kami 1-0 dengan tujuhan dari team B, sementara team A kekal seri 0-0. Meski pun menang, sebenarnya aku belum puas hati lagi dengan strategi permainan yang mereka aturkan. Baik team A atau team B, masing-masing lebih menumpukan pada serangan semata-mata dan kurang pada pertahanan. Pertahanan seringkali bolos walaupun dapat diselamatkan oleh penjaga gol yang cukup handal. Marah juga aku tadi dengan sikap sambil lewa dorang ni. Harap-harap berubahlah pada hari perlawanan sebenar nanti. Pasrah sajalah...

Selepas perlawanan persahabatan tu, aku biarkan dorang main puas-puas dengan gembiranya walaupun riuh padang oleh suara dorang. Biarkan sajalah dorang menghilangkan stress dan takut yang mencengkam. Seronok aku tengok dorang main dalam keadaan gembira. Pun aku berharap agar semangat kesukanan ini kekal dalam diri mereka.

Bagi team perempuan pula, aku tidak mengharapkan sangat mereka membawa sebarang pingat. Cukuplah segala ilmu yang aku bekalkan tu dorang pergunakan sebaiknya agar menjadi pengalaman dalam hidup mereka. Apapun, seperti mereka, ini juga adalah permulaan bagi aku. Satu langkah pertama, meskipun sudah beberapa kali aku hampir kecundang menghadapi rintangan bagi menghidupkan bola baling Sk.Surati ini.

So guys, readers, followers, doakan kejayaan team aku ya! Muah....!

Frenklin tidak menyerlah hari ini
with the coach
Cikgu Azmi yang bergaya dan talented
Perlawanan dengan team A. Seri. 
Inilah skuad bola baling aku

0 comments:

Post a Comment