Tuesday, April 5, 2011 | By: Luna Biru

'Pacarku ada enam : Antara Pesona & Cinta II'

Alamak...entry ku yang bertajuk 'Pacarku ada enam : Antara Pesona & Cinta' nampaknya sudah menimbulkan banyak kontroversi dan salah faham yang kronik. Kontroversi tu berlangsung antara kawan-kawan seperjuanganku. Ramai yang cakap aku tak sepatutnya tuliskan entry tu sebab boleh menyebabkan kemarahan suami. Hmm....yang peliknya, suami aku tak marah pun? Apasal pulak dorang lebih tahu dari aku sendiri ah? Lagipun, entry tu aku tulis dengan keizinan dia semata-mata untuk menerangkan tentang satu hal yang terlalu rahsia untuk aku tuliskan di sini. Yang pastinya, entry itu tidak seharusnya menjadi bahan untuk kami  tengkarkan seperti yang dirisaukan oleh rakan-rakanku yang prihtatin itu.

Yang keduanya, entry ini juga telah menimbulkan salah faham di kalangan my exsss. Ini kerana,setelah diimbas-imbas balik, ketika usiaku 18 tahun, pacarku ada 3 semuanya pada tahun yang sama! (Tapi bukan serentak ya!) Dan ketiga-tiga hubungan tu berlangsung selama lebih kurang 3 bulan juga sebelum kemudiannya ia berakhir begitu saja. So, kesemuanya memang menepati ciri-ciri yang aku sebutkan dalam entryku yang lepas.Yang buat aku rasa bersalah ialah bila dorang (which also my follower), ucapkan terima kasih pada aku dan melahirkan rasa terharu pada aku kerana iktiraf hubungan kami sebagai 'my first love'. Adeh...camana aku boleh kantoikan benda ni?

Huhuhu...ini kalilah...memang betul-betullah silap aku. Ingatkan nak luruskan benang yang terkulut, rupanya aku semakin kulutkan lagi simpulannya.

p/s : Hingga saat entry ini ditulis, hujan masih tak mahu turun agar pelangi mampu menjenguk bersama teropong kaca di dunia Neverland.

0 comments:

Post a Comment