Alhamdulillah...sampai juga hajat abang petang tadi untuk membuat rawatan resdung dengan Permata Hijrah di booth Wisma Muis, KK. Resdung abang ni memang sudah menunjukkan tahap kronik bila mukanya semakin gatal, mata berair dan merah serta hidung yang semakin membengkak. Sudah beberapa kali hajat nak berubat di sini tidak kesampaian lantaran kesuntukan masa. Syukurlah hari ni tercapai juga.
Aku sebenarnya dah lama dengar pasal kehebatan Permata Hijrah ni dalam rawatan resdung. Aku dulu pun penderita resdung juga. Tapi Alhamdulillah dah berkurangan sejak aku berubat dengan ROJAM (Insya Allah). Tapi syarikat tu tak berapa publishlah sekarang. Dari dulu lagi aku selalu bawa abang berubat dengan dorang ni tapi macam-macam alasannya terutama soal harga. Itu memang tidak dinafikanlah. Sekali rawatan RM60. Tapi kira berbaloilah kalau memang berkesan. Akhirnya dia mengalah juga bila keadaannya makin kronik. Korang tau tak resdung alias sinusitis ni memang bahaya. Ia adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif. Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan.
Kalau udara tu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul dalam hidung. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya. Huhuhu...
Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda
boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.
Ha....sekali tahu bahaya resdung ni, abang terus tak tangguhkan lagi proses pengubatannya.
Proses Rawatan resdung bersama Permata Hijrah
1.Mula-mula perawat Permata Hijrah membuat analisis mengenai sejauh mana tahap resdung. Mereka akan meletakkan sejenis herba dan tonner resdung di atas kapas dan menyapukannya pada bahagian mata dan meminta kita untuk menyedutnya melalui hidung. Tindak balas akan berlaku dalam beberapa saat. Sekiranya mata merasa gatal dan pedih dan hidung merasa seperti hendak bersin, ia mengesahkan bahawa kita memang mengalami penyakit resdung.
2. Selepas tu, sesi rawatan pun bermula. Perawat akan membuat urutan di bahagian hidung dan memasukkan cecair herba dan tonner. Setelah tonner dimasukkan, pesakit diminta untuk mendongakkan kepala selama 15 saat. Menurut abang, itulah 15 saat paling lama yang pernah dilaluinya. Sebaik saja ubat itu dimasukkan, dia merasa kepedihan yang teramat pada hidung dan lehernya.
3. Setelah tamat masa 15 saat, pesakit diminta untuk menundukkan kepalanya ke bawah untuk mengeluarkan cecair daripada hidung. Pesakit diminta untuk menarik nafas dari mulut dan menghembuskannya dari hidung. Ketika ini, cecair lendir yang berupa seperti hingus akan keluar dari hidung. Mula-mula cecair berbentuk cair tetapi kemudiannya menjadi pekat kuning. Sekiranya cairan yang dikeluarkan pekat menunjukkan penyakit dalam tahap kronik dan sekiranya cair menunjukkan tahap penyakit yang masih stabil. Menurut abang lagi, pedih menjalar ke dalam hidung namun ianya semakin berkurang tetapi makin banyak lendir yang keluar. Hidung akan tersumbat kerana dipenuhi cecair yang pekat itu. Proses ini mengambil masa selama 30-1 jam untuk mengeluarkan semua lendir bergantung pada tahap keseriusan penyakit. Abang tadi ambil masa lebih kurang 40 minit. Apa yang menggelikan lagi ialah dari celah pipi (liang pori), akan keluar hama yang berbentuk putih kecil seperti kulit mati.
4. Rawatan susulan : Selepas rawatan tersebut,abang pun membeli set rawatan resdung yang mengandungi Kapsul Resdung,Air Resung(Toner hidung) dan Bedak Sejuk Air Seduan Resdung, toner telinga dan mata yang berharga RM200. Rawatan diberi secara percuma sekiranya kita membeli set jagaan tersebut.
5. Testimoni abang sepanjang malam ini : Waktu aku tengah updatekan entry ni, abang masih lagi mengalami bersin, mungkin sebab tindakbalas rawatan tadi untuk mengeluarkan baki lendir dari hidung. Dia juga sudah memakan kapsul dan memakai toner hidung dan bedak tersebut sampai mukanya pun dah macam zombie. Menurut perawat Permata Hijrah itu tadi, untuk kapsul itu,baki lendir kotor dalam badan beserta darah kotor menyebab resdung akan dibuang melalui sistem perkumuhan dan mengambil masa beberapa hari hingga sebulan.Bergantung juga pada tahap resdung individu tersebut. Terpaksalah tunggu lebih lama sikit untuk tengok testimoni sebenar. Sebarang perkembangan terkini akan aku updatekan di sini.
Kepada mereka yang inginkan produk dan rawatan ini,bagi yang tinggal di sekitar Papar dan KK, bolehlah ke Wisma Muis bertemu dengan Booth PERMATA HIJRAH di ruang legar belakang. Bagi yang berada di kejauhan sila lawati www.permatahijrah.com untuk mengetahui lebih lanjut produk mujarab ini.Moga abang sembuh sepenuhnya dari resdung ini.Selamat mencuba.Walaupun ia pedih,tetapi untuk long term,insya-Allah..
Petua mencegah resdung;
1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab (hamster pun tak boleh sebab ada bulu. Apa binatang yang takde bulu? Ha...buaya)
2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang. Untuk hasil yang lebih baik, cuci 3 benda tadi dengan air panas. Tujuannya untuk membunuh serangga dan pepijat (alamak...!).
3.Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi.
4. Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung.
5. Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak.
6. Selalulah lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam.
Lebih baik kalau anda sampai saja ke rumah, terus basuh muka.
7. Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu. Elakkan juga makan makanan yang tidak berdarah.
Satu cara nak bersihkan hidung ialah;
1. Masukkan air ke dalam hidung anda dengan cara menyedut.
2. Lepas tu, picit sebelah bahagian hidung anda dan hembus dengan kuat.
3. Buatlah langkah di atas untuk kedua-dua bahagian hidung anda secara berulang kali.
4. Seterusnya ia diikuti dengan membasuh muka anda dengan air sebersih-bersihnya ya.
Amalkan langkah ini setiap hari sehinggalah penyakit resdung anda beransur pulih.
Tapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya
So, pada yang mengalami simpton resdung, janganlah dibiarkan. Cepat-cepat berubat. Insya Allah...
Ni pakej perawatan resdung. |
1 comments:
Salam,
Saya ada beberapa pertanyaan, untuk melengkapkan rawatan ini;
1. Berapa kos perlu dibayar?
2. Adakah rawatan ini dilakukan pada waktu malam, hari sabtu dan hari ahad?
3. Adakah rawatan ini terbuka kepada Non Muslim?
Terima kasih,
Salam..
Post a Comment