Yang bestnya, bila mengemas-ngemas begini, terjumpalah pula barang-barang lama di kotak-kotak yang penuh habuk dan anai-anai di bilik stor. Hui....Barang-barang lama ni....kira macam artifak aku lah ni. Paling aku suka bila terjumpa diary-diary lama aku sejak tahun 1994-1998 (which mean, tahun terakhir bergelar anak dara). Wa...mahal tu...ni kira macam satu dokumentasi bertulis yang menceritakan kisah hidup aku ketika meniti zaman remaja lagi. Kalau anak aku jumpa ni, siap boleh buat novel diary bonda. Tersenyum dan menangis juga aku waktu baca entry demi entry dalam diary tu. Macam-macam cerita ada.
Yang lagi bestnya tu, aku terjumpalah pula satu kotak yang penuh dengan koleksi barang-barangg bekas boyfriendsss aku. Ups...macam banyak je bunyi kan? Hihihi....
So, mau tak mau, terpaksalah aku ternostalgialah juga sekejap menikmati serba sedikit kenangan dulu-dulu ni. Hmmm...tak sangka ya, rupanya boyfriends aku ni ada enam semuanya tidak termasuk abang. Playgirl juga aku ni rupanya dulu. Tapi, bila dah besar panjang ni, baru aku tahu, rupanya, dalam banyak-banyak boyfriends aku dulu tu, cuma sorang saja yang aku betul-betul in love gila. Kira yang orang cakap, cinta karas la...Huhu...habis yang lain tu apa? Mungkin itu yang dikatakan pesona dan serasi. Rasa saling tertarik kepada lawan sejenis menyebabkan kita tidak mampu menilai apa erti cinta. Apalagi pada usia mentah begitu,kan? Penilaian dan pertimbangan menjadi kurang wajar. Yang penting waktu tu, aku suka dia, dia suka aku, terus jadi couple. Tapi akhirnya, tarikan pesona itu akan hilang sendirinya dan kita sedar bahawa kita hanya sekadar memuja dan teruja untuk bersamanya. Lalu tarikan pesona itu akan beralih arah lagi mencari titik lain yang lebih mempesonakan,hingga akhirnya kita menemukan seseorang yang benar-benar membuat kita mengerti apa itu cinta.
Huh....cayalah....berani juga aku tulis kisah cinta pertama aku di sini,kan? huhu...ada juga yang makan selipar ni karang.
Persoalannya, bila aku mula dapat membezakan apa erti pesona dan apa erti cinta? Well, I think when I reached the age of 18. Padahal, waktu tu, aku sudah lalui 6 kali couples, which mean, 6 kali 'penceraian'. Tapi kecewaku tak pernah sehebat yang satu ni. Aku mula sedar bahawa perasaanku padanya berbeza dari hubungan sebelum ini sebab perpisahan kami telah membuat persepsiku pada kehidupan ini jadi berbeza. Dia telah membawa sepotong hatiku pergi dan aku tak tahu mana nak cari dia sekarang untuk minta hatiku itu balik. Soalnya, dia juga sudah tinggalkan sepotong hatinya untuk menutup lubang yang kosong itu dalam hatiku. Oh, pleaselah...pulangkan hatiku kembali...huhu...
Bila berpisah dengan dia, baru aku tahu apa ertinya kecewa hingga menggigit jari. Pedih ooo...mau makan, mau becakap, mau tidur pun tak dapat. Asyik nak nangis saja 24 jam. Hubungan tu cuma berlangsung kurang dari 3 bulan tapi rasanya macam mengambil masa seluruh tahun untuk lupakan dia. Waktu tu baru aku tahu betapa payahnya berdiri kembali dan mencari sisa-sisa kekuatan untuk terus menghadapi hidup. Bunyi macam menderita sangatkan? Tapi aku percaya, pada yang pernah melaluinya, pasti mengerti perasaan aku. Alhamdulillah...dapat juga aku merasa erti kecewa. Mungkin inilah juga rasa yang dilalui oleh my exsss sebelum ni bila aku tinggalkan dorang. Sadis betul perasaan tu. Mungkin inilah juga dikatakan karma. Alhamdulillah....
Tapi, bak kata pelakon dalam movie 'Win a Date with Tad Hamilton' tu...(lebih kurang macam ni;)
"There are three kinds of love. Love, Big Love and Great Love. Love takes 2 weeks to get over. Big Love takes 2 years to get over. And Great Love... well, Great Love changes your life".
So, aku rasa tahap aku mungkin dalam kategori kedua, iaitu 'Big Love'. Sebab aku memerlukan masa hampir dua tahun untuk kembali mampu menyintai lagi.
Alamak...dah telebih-lebihlah pulak aku cerita pasal top secret aku ni. Karang tak pasal-pasal korang boleh agak pulak siapa orangnya. Tapi, walauapapaun, to all my exsss, aku nak minta maaf banyak-banyak sebab pernah kecewakan korang dulu. Aku harap aku tak tinggalkan kesan pedih dalam hidup korang macam yang aku pernah rasa tu. Kalau pun iya, sekali lagi aku nak minta maaf. I think, tu semua silap aku yang gelojoh menafsir perasaanku sendiri hingga menimbulkan benih harapan di hati korang. Aku doakan korang bahagia dengan pasangan masing-masing dan dilimpahkan cahaya mata yang comel dan bijak. Tapi aku rasa korang tak marah sangatlah dengan aku, sebab buktinya, aku dah bahagia betul sekarang ni. Aku ada suami yang begitu menyintai dan really understanding and supportive serta 6 orang anak-anak yang lucu dan pintar.
Apapun, terima kasih sebab pernah hadir mengisi memori hidup seorang aku.
To abang, walaupun, dia sudah membawa sepotong hatiku pergi, tapi kau sudah membalut seluruh hatiku kemas-kemas hingga aku selalu lupa bahawa hati itu pernah cacat.
Watch this movie...really nice. |
0 comments:
Post a Comment