Friday, April 22, 2011 | By: Luna Biru

Deactivated My Facebook Account!


Hari ni aku sudah melakukan satu tugas murni yang sepatutnya aku lakukan sejak bulan Disember tahun lalu lagi iaitu :

DEACTIVATED MY FACEBOOK ACCOUNT!

Huahuahua! Puas hati aku!

Dan sempena pemergian aku, inilah kata-kata terakhir yang aku post di dinding FB aku:


Do I need to say GOODBYE?
Ya...Thanks for sharing the joy and sorrow with me for all these while. Thanks also for accepting me as your friend and accept my request. It is good to be here. But yet I knew that different people has different perception which bring only the misery in my life.


Sempat juga aku baca respon dari seorang kawan Rita Rahman yang menyuruh aku untuk bertahan dan butang 'like' ari Don Kamil dan Niki Arief. Lepas tu, aku tak tahu apa-apa lagi sebab aku dah pun matikan akaun FB ku yang kusayangi itu.


So lepas ni, takkan ada lagi kesalahfahaman akibat kecelaruan penterjemahan ayat dan bahasa yang aku post di status FBku. Susah FB ni. Semua orang boleh baca. Bila kita post something di wall, ia akan appear di semua wall orang jugak. Yang jadi masalahnya ialah lain maksud kita, lain pula fahaman orang. Bahasa kita lain, tune dorang pulak lain. Akhirnya, semua jadi salah faham dan mulalah adegan me'remove'kan aku dari friendlist. Kecik hati tau....! Soalnya, kenapa mesti ada pihak yang salah faham sedangkan mereka bukanlah sasaran entryku. Perasan betul. Macamlah hidup aku tu berkisar pasal dorang saja. Banyak lagi orang-orang yang terlibat dengan aku sepanjang hidup aku 24 jam tu tau!

Aku sepatutnya dah buat benda sejak bulan 12 tahun lepas lagi. Tapi aku tabahkan saja hati sebab FB ni pun salah satu mata pencarian aku juga. Tapi nampaknya, kesalahfahaman ini terus berlaku dan berlaku hingga akhirnya memaksa aku untuk menyingkir. Jadi, dengan pengunduran diriku dalam arena FB ni, aku sekaligus dapat mengelakkan diriku dari terus terjebak dengan kecelaruan menangkap maksud ayat-ayatku. Bukankah lebih baik begitu? Kawan tak hilang, maruah tak tercemar. Amin....

Yang ada hanya blog ni saja. Tapi blog jauh berbeza dengan FB. FB tu open, siapa-siapa boleh access dan baca at anytime, anywhere. Sementara blog pula perlu di access secara personal baru boleh baca. So, sesiapa yang sengaja buka blog aku lalu sakit hati, itu namanya cari pasal sendiri. Mulai hari ni, korang bolehlah puas-puaskan hati korang nak mengutuk ka nak memaki ke atau nak mencarut pasal aku di FB tu. Don't worry, aku takkan cuba access dan takkan cuba nak cari maklumat dari rakan-rakan FB yang lain. Aku bahkan takkan upah PI untuk tolong siasat. Dan, untuk yang satu ni, I mean my blog, aku takkan mengalah. Kalau korang rasa tak puas hati dengan apa yang aku tulis, bolehlah buat akaun blog sendiri dan kutuklah aku kat blog korang tu. I dun care anymo!

Aku sebenarnya sayang nak tinggalkan akaun FB ni. Bukannya apa, best boleh tengok2 gambar, boleh share cerita dan boleh tenangkan orang yang marah. Tapi nampaknya, kebanyakan manusia ni memang lebih suka nak melihat yang buruk dari yang baik. FB disalahguna untuk meluah perasaan dan menikam sesama sendiri. Ketawa Yahudi tengok orang Islam bercakaran di FB. Terlaksana satu misi dorang untuk memutuskan silaturrahim.

Apapun, yang pastinya, FB banyak memberi aku satu ilham tentang nilai persahabatan dan kekeluargaan yang sebenarnya. Terima kasih sebab dah buka topeng korang untuk aku....






1 comments:

Atie said...

siapa saja yang mengutuk kau zue, yang suka memperkotak-katik dan mungkin mempersendakan, aku kira mereka golongan bodoh sombong...hehehe...ya mcm pandai tp hakikatnya sgt hampeh....persetankan saja manusia2 tue Zue. tapi jgn bah sampai lpa excuse aku sbb aku ne nda sudi kena lupa...apa lagi x kena excuse sebelum pamit....!!! ):

Post a Comment