Showing posts with label My Journal. Show all posts
Showing posts with label My Journal. Show all posts
Wednesday, February 15, 2012 | By: Luna Biru

Belitung Islandhttp://scottygraham.blogspot.com/2010_03_01_archive.html

http://scottygraham.blogspot.com/2010_03_01_archive.html


OMG....Aku kepingin ke sini...ke Pulau Belitung, Jakarta, tempat berlakunya lokasi untuk filem Laskar Pelangi. Tapi aku baru tahu nama tempat ini malam ni, saat membuat sedikit homework untuk membantu murid warga asingku mencari gambar kampungnya di tanah seberang. Katanya, "Sehumur hidup aku nda pernah dipotret teacher...apalagi memotret gambar kampungku..." Nah...kerana dia sudah melengkapi tugasannya menceritakan pengalamannya balik ke kampung, maka aku pun dengan lapang dada mencarikannya potret ini...ternyata....indah sekali!
Monday, September 26, 2011 | By: Luna Biru

Manis-Manis Resort & Spa, Papar, Sabah

Petang tadi temankan abang melawat tempat perkhemahan yang akan diadakan oleh sekolah mereka pada penghujung Oktober nanti. Destinasi pilihan adalah Manis-Manis Resort & Spa, yang terletak lebih kurang 25km dari Pekan Papar. Lokasinya terletak di Jalan Keningau Highway.
Saturday, July 23, 2011 | By: Luna Biru

Jom layan selera di TOKMI STATION


Tengahari tadi sempat singgah di restoran TOKMI Station terletak di Lot 20, Tingkat bawah, Sadong Jaya Komplek, KK. Ada bermacam-macam menu yang disediakan sesuai dengan selera pelanggan. Restoran ni baru saja dibuka sekitar Disember, 2010. Namun, pemilik restoran ini iaitu Hijrah Food Industries sudah lama berkecimpung dalam bidang katering. Berkonsepkan ala-ala warung moden, restoran ini menyediakan hidangan nasi daun dengan pelbagai jenis lauk seperti gulai ikan, nasi kerutup dan ayam kurma. Menu lain juga disediakan seperti roti johan, roti temali dan roti kay bee. Semuanya memang menepati citarasa anda.

Jom layan selera kita di TOKMI Station!
Sunday, July 10, 2011 | By: Luna Biru

Berani kerana takut

NONE

Demontrasi.

Sejauh mana hakikat ini boleh mengubah dunia?

Sejauh mana pemimpin demontrasi bisa menjamin bahawa perkumpulannya akan tersedia aman?

Semampu apa pengikut demontrasi berjanji tidak akan membuat onar?

Sebesar apa keyakinan kita bahawa tidak ada pihak yang menangguk di air keruh pada saat demontrasi dijalankan?

Sejujur apa niat dan perjuangan yang diperjuangkan dari saat idea ini muncul hingga saat ia dilaksanakan?

Jawapannya : Nil. Kosong.
Friday, July 1, 2011 | By: Luna Biru

Joey Mcintyre - Stay The Same


Apa yang nak dibanggakan sangat dengan hidup ni?

Mungkin hari ini aku lebih baik dari kau

Sedang ada orang lain lebih baik dari aku hari ini.

Dan kau?

Kita punya ruang untuk sentiasa jadi yang terbaik

dengan cara kita sendiri.


Monday, June 6, 2011 | By: Luna Biru

Bersyukur



Kadang-kadang,  Allah patahkan hati kita untuk selamatkan jiwa kita.


Dia memberi kita sakit supaya kita menjadi kuat.


Dia memberi kita kegagalan untuk membuat kita rendah diri.


Dia memberi kita sedikit kesusahan kerana hendak memberi kesenangan yg paling besar di kemudiannya.


Dia menghantar penyakit supaya kita bole belajar menghargai segala nikmat yang diberi olehNya...


hayatilah pemberian dari ALLAH SWT”
Wednesday, June 1, 2011 | By: Luna Biru

Zahiril Adzim : Aku jatuh cinta pada penulisanmu!

ZAHIRIL ADZIM

Siapa Zahiril Adzim?

Ntah. Aku pun tak kenal. Aku baru tahu dia ni wujud sejak cerita JUVANA. Kerana aku begitu teruja dengan idea JUVANA, aku pun cuba cari info lebih mengenainya. Aku gali habis semua pelakonnya. Frankly watak Daim dalam cerita tu tak begitu menonjol berbanding Botak mahupun Apek.

Akhirnya aku ter'google' nama Zahiril Adzim. Rupanya dia ni dah lama berlakon. Sudah menang anugerah pun. Adeh....ketinggalan zaman betul aku ni.

Lalu aku pun jumpa blog http://zahiriladzim.blogspot.com/.
Blog artis....biasalah.

Tapi, kali ni luar biasa. Sungguh! Aku terkedu di dada skrin.

Setiap bait katanya, setiap susun bicaranya adalah satu seni sastera yang sudah terlalu langka untuk kutemui hari ini. Aku begitu merindukan genre bahasa sebegitu.

Dan aku pun jatuh cintalah.

Jatuh cinta pada penulisannya.

Penulisannya yang membuat aku mulai meminatinya, menghormati keunggulannya dan mengakui keberdayaannya.

Syukur ada dia yang masih mempertahankan hak kedaulatan bahasa itu.
Sunday, May 15, 2011 | By: Luna Biru

Sumandak Sabahan


Entry kali ni aku nak bawa isu SUMANDAK Sabah yang terkenal dengan kejelitaan,kemanjaan dan keseksiannya. 


Sumandak @ Tondu adalah bahasa Kadazan dusun di Sabah yang bermaksud perempuan. Namun, kebiasaannya Sabahan merujuk sumandak itu ialah "gadis dusun cantik" kalo dalam bahasa shortform urang kami panggil mandak saja. Gadis dusun yang dimasksudkan di sini termasuklah suku KadazanDusun. Masyarakat KadazanDusun ni kebanyakannya menganut agama Kristian. Tapi ada juga sebahagian yang sudah memeluk agama Islam. 


Sunday, May 8, 2011 | By: Luna Biru

Hari Ibu...Keengganganku meraikannya terjawab sudah

Pagi ini, seorang rakanku ada memberitahu tentang hukum merai hari ibu. Terperanjat juga aku mendengarnya. Ini kerana, berdasarkan maklumat awal yang diberikan oleh rakanku itu, meraikan hari ibu merupakan satu bida'ah yang tiada di dalam Islam. Hatiku berdebar keras ketika mendengar penjelasannya yang kabur itu. Bukannya apa, selama ini, aku memang enggan merai dan dirai di hari ibu. Sungguh aku merasa bersalah selama ini bila Abah marah-marah sebab aku tak belikan Umi kek sempena hari ibu. Aku juga merasa bersalah bila anak-anakku asyik bertanya kenapa kita tak merai hari ibu seperti orang-orang lain. Aku tidak ada jawapan pada semua keenggananku. Makanya, maklumat awal yang kuterima ini mungkin satu isyarat dari Allah untuk mengelakkan aku melakukan satu bida'ah yang tanpa sengaja kulakukan.

Lalu aku pun cuba google dan mendapat beberapa capaian yang dapat kukongsi di sini. Aku copy pastekan semuanya sebagai kredit kepada pemilik asal. Kita bermula pada sejarah bermulanya hari ibu itu sendiri...

Hari Ibu...untukku

Hari ini hari ibu (mukadimah yang sama macam untuk Umi). Entah kenapa aku tak suka diraikan pada hari ini. Sama seperti aku tidak suka hari ulang tahunku diraikan. Sudah 13 tahun kulalui hari ini sebagai seorang ibu. Namun persepsiku terhadap perayaan ini masih belum berubah juga. Kenapa ya?
Friday, May 6, 2011 | By: Luna Biru

Perkhemahan Pendidikan Alam Semulajadi Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sabah (Hari Kedua-Flying Fox)

Hari ni merupakan hari kedua perkhemahan ni diadakan. Aktiviti hari ni terbahagi kepada dua bahagian; pertama Kerubung Terbang (Flying Fox) dan kedua, Sayangi Sungai. Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan untuk menjayakan aktiviti hari ini. Aku confirmlah ikut kumpulan anak aku. Mana dorang pergi, ke situlah aku ikut. Huhu...
Wednesday, April 27, 2011 | By: Luna Biru

Hipokrit!


Tidak mudah aku nak labelkan orang dengan gelaran yang satu ni. Pada pandangan aku, hipokrit ni penting juga diamalkan selagi ia boleh digunakan untuk menyatupadukan manusia. Tapi untuk manusia seorang ni, mahu tak mahu terpaksa juga aku labelkan dia dengan nama ni sebab aku dah tak jumpa istilah lain untuk dia. Huh! Memang hipokrit! Benci pulak aku tengok gayanya yang melebihi talam dua muka tu. Kuat betul rasa hatinya nak selamatkan dirinya dari terjerat dengan perbuatannya sendiri hingga sanggup menindas dan memerangkap orang lain. Syukurlah aku bukan kaku gaduh. Kalau tidak, maunya kubongkar habis-habis semua kemunafikannya selama ini. Tapi tak apalah...selama mana dia nak menyorokkan bangkai gajah kan?
Monday, April 25, 2011 | By: Luna Biru

The new look of my blog

This is a new appearance of my blog. Cantikkan? Grunge, very spontaneous and whatever, I like it. Sesuai dengan tema Rembulan Jingga sebab warnanya jingga.

Masuk ni dah 3 kali aku tukar layout. Huhu...Semua ni pasal nak mengajar anak murid aku tentang cara buat blog. Last-last, aku sendiri pun jadi tertukar layout.

I hope you'll like it.
Saturday, April 23, 2011 | By: Luna Biru

PHD?

Tau tak apa tu PHD?

Penyakit Hasad Dengki....

Aku pun tak tau bila masa orang cipta akronim ni menggantikan istilah PHD yang sebenar. Huhu...

Kenapa aku cerita pasal PHD dalam entry kali ni?

Pasal baru-baru ni aku telah dicop sebagai  manusia PHD di muka bumi ini. Aku hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala mendengar istilah itu disebut di hadapanku. Dalam masa setahun ni, dah dua kali aku dengar orang tuduh aku dengan perkataan ni. Kenapa ya? Muka aku ni menampakkan ciri-ciri jeles ke dengan korang?
Friday, April 22, 2011 | By: Luna Biru

Deactivated My Facebook Account!


Hari ni aku sudah melakukan satu tugas murni yang sepatutnya aku lakukan sejak bulan Disember tahun lalu lagi iaitu :

DEACTIVATED MY FACEBOOK ACCOUNT!

Huahuahua! Puas hati aku!

Dan sempena pemergian aku, inilah kata-kata terakhir yang aku post di dinding FB aku:

Thursday, April 21, 2011 | By: Luna Biru

Itu aku...

Bahawa inilah aku....

Tukang pendam dan diam yang paling utuh. Semua cerita yang kudengar kupahat kemas-kemas dalam hati. Atau kubuang saja ke laut. Yang pastinya, ia tidak akan keluar dari mulutku untuk membinasakanmu. Tidak juga hanya untuk sekadar ingin tahu. 

Kenapa aku begitu?

Kerana dari kecil aku sudah biasa melihat orang-orang yang kusayangi bertengkar kerana fitnah dan umpat. Juga atas alasan ingin menjadi pendamai atau bahkan sekadar ingin jadi tukang sampai. Sistem keluargaku musnah kerana peranan si tukang sampai. Lalu abah mengurung kami di rumah, jangan ke mana-mana, supaya kami tidak terlalu bergaul dan bertukar cerita. Supaya kami tidak menjadi orang yang terlalu banyak cakap. Kerana bagi abah, banyak bercakap, banyak silapnya. Setiap kata-kata yang keluar dari mulut kita, itu bukan hak kita lagi. Ia bisa saja sesukanya dimanipulasikan orang.
Wednesday, April 20, 2011 | By: Luna Biru

Kebodohanku...

Warasku tewas hari ini.

Juga rasa hormatku pada dia yang kugelar seorang sahabat, bahkan seorang guru. Guru yang banyak mengajarku erti hidup dan ketabahan. Guru yang sering menyampaikan ajarannya melalui bentuk penceritaan. 

Ah...kemana guruku itu sekarang? Kenapa dia menghilang setelah dia memperkotak-katikkan sebuah keadaan? Kenapa aku jadi sasaran empuknya sedang aku tak pasti kapan jerat itu mula dipasang dan memerangkap aku? Oh...rupanya dia sudah ke laut....belajar pada ketam tentang cara untuk belajar lurus, sedang dia tidak tahu ketam itu sendiri mengutuki cara jalannya. 

Nyatanya aku sudah salah berguru. Sudah salah memilih pendidik untuk mempelajari erti hidup. Bodohnya aku...

Apapun, terimakasih sebab pernah singgah dalam hidupku. Aku sudah biasa menjadi pelabuhan. Manusia memang mudah datang dan pergi dalam hidupku. Namun kehadiranmu, telah mencatat satu kenangan baik dalam hidupku. Setidaknya, kau pernah menjadi guruku. Pernah memanduku menjadi lebih tabah. Dan ajaranmu itulah yang akan kugunakan hari ini; untuk terus tabah, setabahnya dermaga yang dipukul ombak.

Tapi sungguh, aku bukan malaikat. 
Tuesday, April 19, 2011 | By: Luna Biru

AOWA : Strategi marketing yang mengelirukan

Pernahkah terjadi pada anda?

Peristiwa ni berlaku pada kami sekitar tahun 2006 yang lepas.

(Sebelum tu, aku nak tegaskan di sini bahawa, aku tak kata dorang ni penipu tau, aku cuma kata, dorang ni menjalankan strategi perniagaan yang mengelirukan dengan menggunakan kaedah persuasif atau psikologi bujukan yang power gila).
Friday, April 15, 2011 | By: Luna Biru

Yang baik datang dari Allah, yang buruk jua datang dariku...Catatan terakhir

Lagi-lagi berkisar blogku...


Nampaknya makin menjadi-jadi kontroversi ni hingga akhirnya orang yang tak terlibat pun menjadi mangsa. Kali ni  pasal entryku Isma....Dia masih istimewa (http://rineyramley.blogspot.com/2011/04/persahabatan-akan-tetap-kekal.html). Entry ni nampaknya menjadi kejutan besar di kalangan kawan-kawan lama. Huhu....siapa sangka kan? Bahawa di sebalik keributan si Is sebenarnya dia adalah manusia istimewa yang menempati satu sudut dalam hidupku? Jauh lebih baik dari orang lain yang merasa diri mereka bagus. Kesian dia....Yang menyedihkan...selain dia...ada lagi hati yang tak bersalah terluka....

Teruskan...atau berhenti?



Terlalu banyak peristiwa-peristiwa ngeri yang berlaku padaku sejak akhir-akhir ini. Ia berhimpit-himpit dan saling bertindih menjadikan aku kadang-kadang sukar membezakan, which one is which one. Bermula dari kisah pentengkaran di Fb dengan pihak ipar duai, kemudiannya dengan kawan baik yang lain, lalu dengan kisah penghinaan pada Aning, perselisihan faham dengan rakan baik yang lain, juga dengan bekas rakan sekolah.