Showing posts with label info kesihatan. Show all posts
Showing posts with label info kesihatan. Show all posts
Wednesday, September 7, 2011 | By: Luna Biru

ellianto memang best!

Happy betul aku bila dapat tambahkan koleksi alat solek favret aku kelmarin.

ellianto!
Monday, July 18, 2011 | By: Luna Biru

Keningau Foot Reflexology

Pada anda yang berada sekitar daerah Keningau, juga di negeri Sabah,  jom jaga kesihatan di Keningau Foot Reflexology yang dimiliki oleh Encik Bujang Jalil. Pelbagai perkhidmatan alternatif disediakan di sini seperti rawatan refleksology, bekam, urut dan terapy e-man

Anda pasti akan dilayan dengan layanan yang mesra dan pada kualiti servis yang sangat menguntungkan!

Tuesday, July 12, 2011 | By: Luna Biru

Senamrobik untuk kecergasan

Setelah berkali-kali dipujuk Along, maka aku pun tunaikanlah juga permintaannya untuk ke senamrobik petang ni. Aktiviti ni dijalankan setiap Selasa jam 8.00-9.00 pm.

Bestlah juga kasi keluar-keluar peluh.

Bukannya ramai pun...kami-kami ja. Yang depan sekali tu, the instructor. Yang baju kuning tu, bukan
orang bersih tau!
Inilah saja orangnya...siap bawa anak lagi
Pelik si Adam tengok ibu dan mamanya. BTW, inilah kakak aku,Along. 

Friday, July 1, 2011 | By: Luna Biru

Jerawat oh Jerawat II

Susulan dari entry aku Jerawat oh Jerawat yang lepas, di sini aku nak buat penambahan sikit pada sesiapa yang masih juga alami masalah ni.

Kalau sudah OXY belum menyelesaikan masalah anda, sila cuba:

Memang berkesan dengan kadar yang lebih segera berbanding yang lainnya!

Selain tu, pada yang berkemampuan, bolehlah ke klinik untuk mendapatkan rawatan suntikan vitamin C secara rutin samada seminggu sekali atau sebulan sekali. 

Kalau nak buat rawatan tradisional, boleh cuba minum air kunyit plus asam jawa dan madu. 

Insya Allah...

Saturday, June 4, 2011 | By: Luna Biru

Jerawat oh jerawat!

Sejak balik dari Kem Malangang hari tu, aku diserang jerawat yang sudah mula menggila di muka aku ni. Mula-mula di bawah dagu, pas tu melarat sampai ke pipi. Jerawat batu yang besar-besar masak ranum pulak tu. Sodap sungguh kalau dipicit-picit. Sebenarnya ni bukan serangan pertama. Pernah juga jadi macam ni beberapa kali dulu. So, sebelum aku pengsan dan bunuh diri kerana malu berjerawat, ataupun maki makcik sebelah rumah aku di fesbuk sebab tegur aku banyak jerawat, jom kita banteras jerawat ni sampai ke akar umbi!

Ini cara aku nak menghilangkan jerawat atas usul sebuah klinik pakar kulit. Dalam masa seminggu saja sudah nampak perubahan. Alhamdulillah
Thursday, May 26, 2011 | By: Luna Biru

Peranakan jatuh : Punca dan Cara rawatan




Ni aku nak share entry penting khusus untuk kaum ibu, terutamanya yang dah beranak pinak macam aku ni. Sedar tak sedar, kita sering mengalami masalah jatuh peranakan atau peranakan terturun. Mungkin cara hidup yang kita amalkan seharian menjadikan masalah ini sering melanda kita. Aku sendiri selalu mengalami masalah ni. Biasanya aku pergi berurut di bidan kampung saja. Tapi semenjak dua menjak ni, bidan kampung pun bukan main susah lagi dicari. Hal seperti ini jangan dipandang remeh sebab kesannya akan menjadi sangat fatal di kemudian hari. Banyak cara untuk mengubat sebenarnya. Tapi apa yang penting ialah mencegah agar perkara begini tidak berlaku. Buat setakat ni, aku amalakan produk Bidadari dari keluaran DCL dan minum air kencur buatan asli dan tradisional.

Jadi, kepada kaum ibu di luar sana, jangan abaikan kesihatan anda ya. Jom share info yang aku dapat dari http://anggunbistari.blogspot.com/2007/01/rahim-jatuh-atau-prolapse-rahim.html.

Rawatan Tradisional di Tirani Beauty and Body Care

Kepada yang berada di kawasan Papar dan yang sewaktu dengannya, jom singgah sebentar di TIRANI BEAUTY AND BODY CARE. Bertempat di Melingsung Summer Bay, Tingkat 1, Shoplot, Melinsung, Papar, kedai ini menyediakan perkhidmatan khusus untuk rawatan kecantikan dan kesihatan. Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah :
Rawatan Tradisional, rawatan resdung, ear candle, sauna, facial and shaping dan refleksologi. Harga yang ditawarkan sangatlah berpatutan dan boleh disesuaikan dengan bajet kita.
Thursday, May 19, 2011 | By: Luna Biru

Jerawat...Cegah dari dalam!

Kedudukan jerawat dan info

DAHI

Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup
dan minum air banyak

HIDUNG

Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin
bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan
sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh
dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi

DAGU

Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan
dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu
mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang
bermasalah.

PIPI KIRI

Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN

Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)

Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang
sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin
tersingkir dengan lebih baik.
Wednesday, May 18, 2011 | By: Luna Biru

Kad Kesihatan MAKSAK

MAKSAK MEDIC CARE - SKIM PENGURUSAN KESIHATAN UNTUK ANGGOTA-ANGGOTA KERAJAAN DAN BADAN-BADAN BERKANUN.

 

Kelmarin sekolah kami dikunjungi oleh wakil dari MAKSAK untuk program MAKSAK MEDIC CARE. Kami telah diberi taklimat selama setengah jam mengenai program ini. Secara peribadinya, aku memang rasa ini adalah sebuah program yang baik untuk persediaan awal kepada kita sekeluarga. Korang pula macamana? Eh, lupa pulak nak tanya. Tau ke MAKSAK tu apa? Hihi...bukan apa, soalnya, aku pun baru tahu tadi. Rupanya, benda ni dah 10 tahun wujud cuma pelaksanaannya saja tak berkembang dengan berkesan. Ok, pada yang nak tahu tu, jom share...
Friday, April 29, 2011 | By: Luna Biru

MAJLIS PENUTUPAN KONVENSYEN DOKTER MUDA PERINGKAT NEGERI SABAH (Hari ke 3)

Hari ni merupakan Majlis Penutupan  KONVENSYEN DOKTER MUDA PERINGKAT NEGERI SABAH. Majlis ni diadakan di KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU (KSKB) bertempat di Bukit Padang, KK. Majlis ini sepatutnya dirasmikan oleh YB DATUK ROSNAH BT. HJ. ABDUL RASYID SHIRLIN, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia. Tapi oleh kerana beliau tidak dapat hadir, maka tempatnya digantikan oleh Penolong Pengarah Kesihatan.
Jadi, baru hari ni aku berpeluang untuk melihat sendiri pameran yang berlangsung di dewan ini. Rugi pula rasanya tak datang kelmarin sebab kesemua acara yang dipertandingkan berlangsung kelmarin. Hari ini cuma majlis penyampaian hadiah dan sekaligus penutupan rasmi. Teruja betul aku tengok booth pameran yang terdapat di sini. Apa yang menariknya ialah kesemua bahan pameran adalah dihasilkan oleh murid sendiri. Kagum sungguh aku! Tahniah diucapkan kepada guru-guru Kelab Dokter Muda yang mampu mencungkil bakat murid hingga ke tahap begitu.



Thursday, April 28, 2011 | By: Luna Biru

MALAM MESRA KONVENSYEN DOKTER MUDA PERINGKAT NEGERI SABAH (Hari ke 2)

Kalau kelmarin aku hanya menjadi pemerhati yang tak rasmi, maka hari ini aku terpaksa pula libatkan diri secara full version untuk program ni. Guru pengiring yang bertugas, iaitu Encik Affendee Amin perlu pulang segera ke Papar atas urusan keluarga. Beliau meminta aku untuk menggantikan tempatnya sebagai guru pengiring. Aku pun terima sajalah tawaran tu, asalkan dapat kebenaran dari pihak sekolah.

Petang baru aku dapat pergi ke sana selepas waktu mengajar. Aku sudah terlepas satu acara penting hari ini untuk kumuatkan dalam blog kehidupanku. Hari ini merupakan pertandingan bagi semua acara yang bertempat di KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU (KSKB) di Bukit Padang. Jadi tak dapatlah aku nak rakamkan detik-detik penting itu kecuali sekadar berharap dari kamera phone Anis semata-mata.
Wednesday, April 27, 2011 | By: Luna Biru

KONVENSYEN DOKTER MUDA PERINGKAT NEGERI SABAH


Petang tadi aku bawa Anis dan Shakira ke Konvensyen Dokter Muda bertempat di Stadium Likas, KK. Konvensyen ni akan berlangsung selama tiga hari bermula 27 April 2011 hingga ke 29 April 2011. Seramai 250 orang peserta dari seluruh negeri Sabah terlibat dalam acara ini. Tiga buah sekolah dari seluruh daerah Papar pula telah dipilih untuk menjadi pemerhati iaitu Sk. Mandalipau, Sk.Kogopon dan Sk.Surati. 


Wednesday, April 20, 2011 | By: Luna Biru

Alpha One : Terapi Percuma untuk Warga Papar

Petang tadi, setelah hampir setahun dipujuk Umi, maka aku pun bersetujulah untuk mengikutinya pergi ke rawatan terapi percuma yang diadakan setiap hari di Pekan Papar. Sebelum ni, terapi ni diadakan di aras satu Jalan OKK Mahali. Tapi untuk tahun ini mereka telah berpindah ke kawasan bangunan baru dekat G-Mart (aku pun tak tahu apa nama kawasan ni).
Tuesday, April 19, 2011 | By: Luna Biru

Pterygium : Selaput Luar yang menutupi kornea mata...aku mengalaminya!

Hari ni aku ambil MC sebab tak tahan dengan kesakitan mata yang sudah melampau2 tahap kemampuanku ni. Sebenarnya, sakit ni bermula sejak hari Ahad yang lalu. Balik saja dari pantai, mata aku berair dan merah. Aku ingatkan alergik biasa saja. Tapi bila tengok cermin, rupanya sebuah bulatan kecil berwarna putih telah tumbuh di selaput mata putih aku dan melarat sampai ke anak mata hitam. Panik juga aku dibuatnya. Apa yang tidak bestnya ialah keadaan ini telah menyebabkan kepeningan kepala yang teramat di sekitar depan kepala, dari dahi hingga ke ubun-ubun. 

Jadi, hari ini aku pun pergilah ke Poliklinik Permai untuk mendapatkan rawatan dan penjelasan mengenai kesakitan yang aku alami ini. Penjelasan dari Dokter Poli yang lawa tu benar-benar mengejutkan aku. Dia mengesahkan bahawa kesakitan ini adalah sesuatu yang digelar Pterygium dan perlu menjalani minor operation segera. Nak tahu apa benda Pterygium tu, karang aku explain. Dokter tu suruh aku balik ke hospital untuk buat rawatan lanjut dan percuma (sebab aku ni kan orang kerajaan. Kalau nak buat di swasta pun boleh tapi mahal oooo). Ok, sekarang jom kita baca apa itu Pterygium.

Apakah pterygium?
Pterygium adalah suatu penyakit mata yang ditunjukkan dengan adanya pertumbuhan di lapisan luar (conjuctiva) bahagian putih mata. Pterygium adalah pertumbuhan fibrous berbentuk selaput tipis dari jaringan bahagian putih mata dan mengalami pembesaran ke arah kornea.

Siapa yang mengalami pterygium?
Mereka yang sering bekerja di bawah cahaya matahari UV Rays atau penghuni di negara tropika. Sebab tu kaum nelayan, petani dan buruh kasar sering mengalami penyakit ini. Faktor lain termasuk wap kimia, asap, debu dan benda-benda lain yang terbang masuk ke mata. 

Simptom? 
Mata akan terasa tidak selesa, merah dan berair, pening kepala, silau matahari dan cahaya disebabkan oleh pembuluh darah di bahagian mata yang membengkak. Mata juga akan terasa kering dan berpasir. Bila mterygiuk semakin membesar dan merebak, ia boleh menyebabkan astigmatisma dan silau apabila melihat cahaya. Ada pterygium yang tumbuh perlahan dan ada juga dengan cepat bergantung pada cara hidup. Bila pterygium sudah sampai meliputi bahagian tengah kornea (anak mata), penglihatan akan menjadi kabur.

Cara rawatan?  
Jauhi sinaran terus pada cahaya matahari. Gunakan kacamata yang boleh menangkis kuasa UV Rays serta ubat titis mata. Pembedahan juga merupakan jalan terbaik. 

Kalau pterygium sudah sampai ke tahap yang boleh menyebabkan kekaburan mata, ianya lebih baik dikeluarkan melalui pembedahan kecil. Dokter akan mengambil lapisan conjunctiva dari bahagian mata yang sihat dan menampalkannya di bahagian ptergium yang telah dikeluarkan. Prosedur ini dipanggil Conjuctiva Graft. Teknik graft ini dilakukan untuk membolehkan kadar pertumbuhan semula pterygium dikurangkan sebanyak 6 kal ganda.  
Setelah pembedahan dilakukan, pesakit akan diberi ubat titis sterois untuk beberapa minggu untuk mengurangkan radang dan mengurangkan pertumbuhan semula. Pembedahan ini akan berlangsung selama setengah jam atau lebih bergantung pada tahap keseriusan penyakit.  

Selepas pembedahan, mata akan dibalut untuk 24 jam untuk membolehkan permukaan mata sembuh. Bila balutan ini dikeluarkan, anda boleh melihat semula tetapi ada kemungkinan mata akan kadang-kadang berair dan ini menyebabkan kekaburan mata sementara.


Pterygium yang sudah memasuki anak mata (ni tahap aku sekarang-lebih kuranglah)

Sebenarnya, aku pun tak tahu dari bila benda ni mula menyerang mata aku. Apa yang aku tahu, keturunan aku dari nenek moyang dulu semuanya mengalami kebutaan secara tiba-tiba. Tapi waktu tu dunia belum canggih lagi,jadi tidak ada penjelasan saintifik mengenai faktor kebutaan mereka. Mungkin mereka juga mengalami gejala yang sama. 

Satu hal yang aku tak puas hati ialah, penyakit ni selalunya terkena dengan nelayan dan petani serta buruh kasar yang terdedah pada matahari. Aku ni cikgu saja. Kerja pun dalam kelas. Takkanlah aku baru ke pantai sekali dua (tu pun tak sampai  2 jam), sudah terkena penyakit ni. Cousin aku yang hari-hari berjualan makanan di pantai tu ok ja pun....Rasanya hari Sabtu tu, mata aku clear lagi, tiada apa-apapun penambahan selain makin lawa. Huhu...

Tapi mungkin juga sebab sejak dari awal tahun ni, hidup aku lebih tertumpu pada aktviti padang semata-mata. Bermula dari kawat, lepas tu bola baling. Aku rasa sejak bulan February sampailah ke minggu lepas, aku asyik ada di padang saja. Tapi, bukannya lama pun, 2 jam sehari saja. Hish...tak puas hati betul.

Lagi satu, dokter cakap tahap pterygium ni mengambil masa yang lama untuk tumbuh,bahkan untuk 1mm. Tapi yang aku ni, tetiba saja sudah membesar dan hampir menutup kamera mata aku. Dua-dua belah mata pulak tu. Ni pun aku tak puas hati ni. Dokter kasi temujanji dengan pakar dua minggu dari sekarang untuk rawatan lanjut. Kemungkinan akan dibedah. Oh tolonglah...aku paling takut benda yang namanya bedah-bedah ni. Aku ingat nak buat alternatif lain seperti rawatan Permata Hijrah. Manalah tau...Insya Allah...


....barangkali sudah tiba masanya Allah memberi amaran sebelum menarik kembali anugerah penglihatan yang dipinjamkannya selama ini untukku...


Aku masih perlukan mataku untuk anak-anakku....

Monday, April 11, 2011 | By: Luna Biru

http://mustikaseri.com/minyak-mesra-big-birds-lamborian-ostrich-oil/
Ni lah produk yang aku percayai yang boleh meringankan beban sakit kepala dan stress yang kita alami. Minyak ni diperkenalkan oleh kawan aku, Cikgu Noraini Haji Yusoff yang berpunggung seksi macam Sharmeela Tagooree tu. Mujarab minyak ni untuk mengurangkan kesakitan. Hanya sapu di tempat yang bermasalah, Insya Allah, sekejap saja terus sembuh. Rasanya pedas-pedas mint. Tapi kira oklah, bukan pedas lada padi. Mungkin ramai dah amalkan minyak ni. Kepada yang belum, cubalah...InsyaAllah...kita cuma berusaha,kan?