Thursday, April 14, 2011 | By: Luna Biru

Pasukan Bola Baling SK.Surati (Perempuan) : My team...kami kalah tapi bukan tewas!

Hari ini aku mempertaruhkan lagi pasukan bola baling perempuanku berentap di Kejohanan Bola Baling Bawah 12 Tahun yang juga diadakan di Sk.Pengalat Besar, Papar. Tidak seperti pasukan lelaki, aku hanya membawa satu pasukan perempuan saja untuk menyertai kejohanan ini setelah membatalkan satu penyertaan lagi di saat-saat akhir.

Hari ini pasukanku akan berentap dengan pasukan yang kuat dari kumpulan D iaitu Sk.Benoni (Juara bertahan bagi pasukan lelaki), Sk.Kelatuan (couchnya sifu aku, Cikgu Haslijah) dan Sk. Nyaris-Nyaris (kawasan Bongawan ni memang power gila ni).  Bila tengok jadual perlawanan tu, aku tahu memang tiada harapan team aku untuk menang. Sebenarnya aku pun tidak mengharapkan sangat untuk menang. Bagi aku apa penting adalah kesungguhan mereka menjalani komitment mereka dan berusaha sebaik mungkin. Aku sedar juga aku tidak banyak meluangkan masa untuk melatih mereka sebab lebih tertumpu kepada pasukan lelaki. Yalah…manalah aku tertangan nak buat semua,kan? Nasib baik juga ada jurulatih yang membantu di saat-saat akhir seperti Kak Noranah dan Ustaz Arief.
Namun, keputusan sangat mengecewakan pada perlawanan pertama yang bertemu dengan pasukan dari Sk. Kelatuan. Kami tewas dengan mata 0-2.  Sk. Kelatuan ini merupakan sekolah lamaku mengajar selama 10 tahun dulu. Aku cukup maklum bahawa jurulatihnya iaitu Cikgu Haslijah Yunus bukanlah calang-calang orangnya. Beliau merupakan orang kuat sukan dan kokurikulum Daerah. Kalau nak banding dengan aku yang baru setahun jagung ni,memanglah jauh panggang dari api. Aku sendiri banyak belajar mengenai sukan dari dia.

Tapi hakikatnya, bukan kekalahan itu yang aku kesalkan, tapi kerana sikap pasukanku yang agak sejuk dan kaku di padang. Lebih dari itu, mereka kelihatan sangat gementar dan langsung tidak mempraktikkan segala yang kuajar selama ini. Malahan, persembahan Anis yang sebelum ini jauh lebih baik juga sangat menyakitkan hati. Pertahanan pula hanya bertindak sebagai patung yang hanya berdiri menghiasi padang di hadapan garisan D. Aku maklum kalau ini merupakan kali pertama bagi mereka. Tetapi aku sangat kecewa kerana aku tahu mereka boleh buat sesuatu yang lebih baik lagi dari ini. Akhirnya, perlawanan berakhir dengan jerit makiku di tengah padang dan tumpahnya air mata pasukanku yang tewas.

Bagi perlawanan kedua pula, kali ini pasukaku akan menentang Sk.Benoni yang merupakan juara bertahan bagi pasukan lelaki daerah selama tiga tahun berturut-turut. Kali ini pasukanku mula menampakkan peningkatan berbanding perlawanan yang pertama. Mereka mula beraksi dengan lebih aktif dan mula tahu akan peranan masing-masing. Namun sekali lagi nasib tidak menyebelahi kami bila pertahananku bolos kerana sikap degil mereka yang terus saja naik sungguhpun sudah diarah untuk bertahan. Pasukan kami tewas dengan mata 0-1.

Akhirnya, pada perlawanan ketiga, barulah pasukanku bertindak agresif dan menjadi diri mereka yang sebenar yang kukenali selama ini. Kali ini mereka berentap dengan Sk.Nyaris-Nyaris yang merupakan pasukan yang sama hebat dengan Pasukan Sk.Bongawan yang menjadi juara kelmarin. Rentak permainan yang kaku dan dingin sebelum ini berubah menjadi sangat agresif dan lincah. Masing-masing sudah tahu akan peranan dan mula membiasakan diri dengan keadaan sebenar. Sungguhpun kami tetap tewas dengan jaringan 1-2, namun, aku cukup berbangga kerana akhirnya, mereka memperlihatkan kesungguhan mereka di saat-saat akhir. Sekurang-kurangnya, mereka sudah menutup malu yang kami tanggung dari dua perlawanan sebelumnya. Sungguhpun kalah, tapi kami pulang dengan membawa senyum di bibir. Bukannya meraikan kekalahan, tapi aku tahu, akhirnya mereka mengerti bahawa kalah dengan perjuangan membuat kita redha menerima kekalahan. Namun kalau kalah kerana kesilapan sendiri, ianya sangat menyakitkan dan hanya membuatkan kita semakin kesal.

Aku juga tahu bahawa banyak yang mereka pelajari pada hari ini. Aku berharap agar mereka mengingati detik ini sebagai hari yang bersejarah dalam hidup mereka sebagai pelajar. Aku ingin mereka tahu bahawa kesungguhan dan keberanian menjadikan mimpi kita menjadi kenyataan. Setiap mimpi itu perlu diraih dan dicapai dengan semangat yang padu dan kerjasama yang kuat dalam pasukan. Biarlah tahun ini mereka berkenalan dulu dengan padang dan scenario perlawanan sebelum mereka benar-benar berentap pada tahun hadapan. Benar, kami kalah, tapi bukan tewas. Aku masih ingin menjadi jurulatih bagi pasukan ini. Aku yakin, pada kali itu, aku pasti akan Berjaya. InsyaAllah…

Anis yang menunjukkan peningkatan di saat-saat akhir.
Pasukanku yang melepak siring tangga, meraikan kejayaan yang kalah.
Sempat lagi sisir rambut pemain sebelum bertanding. Ni Ellysia, pemain paling keras kepala. 
Perlawanan menentang Sk.Kelatuan (0-2)
Perlawanan menentang SK. Benoni (0-1)
With my team...
Nurul Asyikin, permata yang belum digilap
Nur Shakira, shooter yang berbakat
Beraksi di perlawanan akhir menentang Sk.Nyaris-Nyaris yang kemudiannya menyandang tempat ke-3 (1-2)
Dua beradik yang comel; Tasya dan Ira; sama-sama berbakat...anak Mimi, kawan lamaku. 
Anis and mama...makin hitamlah anakku sorang ni. huhu....

Remember girls ;
Kita hanya akan kalah kalau kita mengalah.
Kita hanya akan tewas kalau kita jatuh dan tidak bangun lagi.
Kita hanya akan benar-benar menang sekiranya kita bangkit dan memperjuangkan semangat dan keberanian.
Mimpi tidak akan tercapai tanpa usaha dan kecekalan untuk memilikinya.

Teacher love you all....!

0 comments:

Post a Comment