Monday, April 11, 2011 | By: Luna Biru

Feedback from the last entry

Alamak...entryku yang bertajuk Ernie The Pretty Lady (http://rineyramley.blogspot.com/2011/04/minda-tipikal-yang-lapuk.html?spref=fb) nampaknya sudah menimbulkan feedback dari tuan empunya badan yang kutujukan. Inilah agaknya yang dinamakan siapa makan cili, dialah yang terasa pedas. Hmmm...apa nak dikata. Kalau maruah kita terletak di hujung jarinya dengan bahasa yang mengaibkan, biarlah aku letakkan jati dirinya pula pada ketikan mata penaku di lantai papan kekuci yang setia ini. Nah...sakitkan? Apa rasanya berada di kasut orang yang berbau dan sempit? Yang pastinya, aku tidak mencarut menggunakan bahasa yang kesat dan memalukan, yang hanya melambangkan betapa rendahnya mentaliti dan tahap intelektualitimu di mata masyarakat.

Kesan dari entryku itu, aku sudah di'remove'kan menjadi friendlistnya. Alhamdulillah...penyingkiran itu membuatkan aku semakin mengerti bahawa mereka masih The nasty girls, yang sama seperti yang kukenal dulu. Cara pemikiran, cara tindakan dan cara bergaul, rasanya masih tetap sama macam yang kukenal 18 tahun dulu. Hanya ayu yang berubah menjadi semakin manis, namun hakikatnya, itulah mereka.

Aku tidak akan mempertikaikan rahsia tersembunyi yang aku ketahui mengenai mereka, kerana ianya pasti mengaibkan. Namun pesanku, pada angin, pada botol kaca yang kuhanyutkan, pada sang kunang-kunang yang berterbangan, janganlah mudah menilai seseorang hanya dengan apa yang dia pakai, sedang hidupmu sendiri tersasar tidak keruan tanpa kemudi. Kukira, Aning yang manis dan berwajah seperti orang putih itu jauh lebih baik; dia rela bangun seawal pagi, meredah matahari dan hujan dari Papar ke KK semata-mata mencari sesuap rezeki halal yang diberkati Allah sungguhpun dia tidak punya tanggungan untuk disuapi. Belajarlah menerima dan menghormati hak asasi orang lain, sepertimana orang mampu menghormati cara hidupmu.

Bukankah kita sama saja darahnya? Berhentilah menjadi petualang pada sebuah hubungan silaturahim yang wajib kita pertahankan. Amin...

kerana aku...


...the one who never forget, and never forgive.

0 comments:

Post a Comment