Sekapur Sirih

Alhamdulillah...
It is 2011. Masih aku sihat, hidup dan bernafas; tanpa tulah dan sumpah. Hanya nikmat dan rahmat Allah yang sentiasa bersamaku. Insya Allah...
Ini blog baruku. Yang lama ku bakar dan sisanya ku tanam dalam tanah. Biarlah ia berkubur di situ supaya aku tidak akan menolehnya lagi .

Ku namakan blog ini Artifak Dalam Botol kerana ianya merakamkan sejumlah kisah nyataku yang ingin kukongsi bersama tanpa perlu membicarakannya lewat bahasa lisan. Setiap kisahku akan kuhanyutkan ke lautan dan kepada sesiapa yang menjumpainya, jangan tanyakan padaku apa-apa. Kerana ia hanyalah sebahagian dari masa laluku.
Ia adalah sebuah cara pengiriman pesan yang tetap dikenang dalam sejarah manusia.
Semoga tahun ini lebih bermakna dari sebelumnya.


Semoga blogku ini memberi manfaat untuk kita kongsi bersama.

Amin...


Sincere. 
Admin : Luna Biru