Friday, April 15, 2011 | By: Luna Biru

Kau dan ke'laser'an mu



Lagi berkisar blog dan Facebook.


Baru-baru ni ada orang komplen konon kata aku ni nak expose sangat cerita peribadi aku diperbesar-besarkan dan diketahui umum. Dah buat diblog, pastu post pulak di FB. Ko tak malu ke? Habis semak wall aku penuh dengan artikel Artifak Dalam Botol kau tu, katanya.


Huhu....Tak sangka betul aku ni boleh ke tahap menyemakkan kepala dan mata orang.



Habis tu, yang dia hari-hari post di wall Fb di statusnya pasal dia putus cinta lah, dia kena aniaya oranglah, dia dah jatuh cinta baliklah, dia melalui saat-saat yang hangat dan indah semalamlah....tu tak menyemak wall aku ke?


Sedap mulut saja kutuk orang,kan?


Sebenarnya, apa nak susah. FB tu kan canggih aplikasinya. Kalau tak minat dengan aku, bolehlah 'remove'. Kalau tak sampai hati, boleh 'hide'. Maka, akan lenyaplah aku dari menganggu skrin PC korang yang mahal tu. Mudahkan? 


Tapi, jangan sesekali halang orang berkarya. Jangan juga sesekali bermulut tempayan mengatakan bahawa aku sengaja nak exposekan cerita peribadi aku. Aku rasa kawanku ni tak baca langsung pun artikelku. Yalah...kalau dia baca tentu dia tahu bahawa blogku itu lebih berbentuk refleksi, bukannya sekadar pendedahan kisah peribadi. 


Itulah kata orang; menyampah kita, kita tahu, menyampah orang kat kita, manalah kita tahu. Samalah kesnya dengan kawan aku ni. Dia tak tahu betapa menyampahnya aku baca status setiap hari yang bebaur macam orang ketagih cinta tu. Lepas tu, kalau marah dengan seseorang, habis dicelanya orang tu di wall FB macamlah orang tu tiada maruah langsung. Dia ingat aku tak menyampah baca ke? Tapi aku tak pernah sampai hati nak cakap sebab nak jaga hati kawan. Tau-tau, dia pula hentam aku setelah aku bersusah-payah berlakon nak jaga hati dia. 


Huh...sungguh tak adil!





0 comments:

Post a Comment