Showing posts with label makanan yum yum. Show all posts
Showing posts with label makanan yum yum. Show all posts
Thursday, September 8, 2011 | By: Luna Biru

Kateringku 2

Akhirnya siap juga katering aku yang aku usahakan sepanjang malam demi menjayakan majlis sambutan hari raya bebudak di sekolah aku besok. 

Beli lemang

Petang kelmarin singgah sebentar di Kg. Beringgis, Papar, tempat menjual lemang paling femes di Papar ni. Sedap lemang dorang ni siap ada konti khas lagi. Harga pun murah cuma RM7 sebatang. Kepada yang berminat tu, jemput-jemputlah singgah....
Monday, September 5, 2011 | By: Luna Biru

Tahniah buat Melati

Gembira rasanya bila sahabatku Melati beritahu bahawa cheese cake buatannya sudah menjadi. Siap postkan lagi di blog. Kalau mahu tahu lebih lanjut ceritanya, boleh klik sini.
Sunday, August 28, 2011 | By: Luna Biru

Biskut raya edisi Luna Biru

Alhamdulillah....Khamis itu, 24 August, 2011, semua tempahan biskut raya telah berjaya kami siapkan. Pada hari itu juga semuanya terus dihantar kepada pembeli yang sudah menempah sejak awal-awal lagi. Pada hari itu juga, kami menerima bayaran cash yang membuatkan segala kepenatan selama ini terasa sangat berbaloi.
Saturday, August 13, 2011 | By: Luna Biru

Kateringku

Siap juga kater yang dihasilkan dengan susah-payah ni...Syukurlah...
Sugar cheese bun mini
Thursday, August 11, 2011 | By: Luna Biru

Kuih oh kuih


Kuih paling gangster= Lompat Tikam
Kuih paling sexy= Puteri Mandi
Kuih paling keji= Taik Itik
Kuih bajet cute= Cek mek molek
Kuih awet muda= Seri Muka
............Kuih paling alim= Kuih Ketayap
Kuih penyakit kronik= Batang Buruk
Kuih kaki pukul= Kuih Lompang
Kuih dalam zoo= Badak Berendam
Kuih yang dicipta oleh Sam Polis Trafik= Sampreeeeettttt
Kuih bangun sendiri= Kuih bangkit
Kuih org x mandi= BAU-LU
Kuih paling tenteram= Kuih makmur
Kuih paling lembap= kuih siput
Kuih kena marah= Kueh teow

Haha...aku dapat ni dari kawan aku si Connie Husny...lawak sungguh!

Tuesday, August 9, 2011 | By: Luna Biru

Menu sungkai hari ke9 Ramadhan

Hari ni menu sungkai agak biasa, nasi lalap yang tak sempat aku gambar. Huhu...Tapi yang bestnya, hari ni aku buat bun dan pizza.

Inilah si Abe, chief assistant aku sebelum dihalau dari dapur kerana tidak berbaju

Menu sungkai hari ke8 Ramadhan

Ada yang tak best berlaku hari ini...'angin' tak berapa baik sebab telampau panas dan penat. Huhu....sudahnya, sungkai kami tak meriah langsung hari ni. Huhu...Nasiblah semuanya berlaku lepas semua masakan dah dimasak.

K. Inilah menu aku hari ini....

Pizza maggi 
Sunday, August 7, 2011 | By: Luna Biru

Menu sungkai hari ke7 Ramadhan

Menu sungkai hari ni agak ringkas sekali kerana aku sudah lelah menjadi penghuni dapur. Maka aku hanya buat 1 menu utama saja, 1 jenis kuih dan satu jenis minuman. Namun istimewanya hari ini ialah kami berbuka dengan cara yang lebih unik. Abang mengajak kami semua bersila di lantai dan menikmati juadah sungkai dengan lebih keinsafan.

Melihat abang membaca doa sebelum puasa dibuka, ada sehiris rasa teruja dan haru muncul dalam hati wanitaku. Itulah...suamiku...imam pada makmumku, wali pada anak-anakku....Syukur alhamdulillah....

Menu utama : Nasi ayam panggang
Saturday, August 6, 2011 | By: Luna Biru

Rezeki anak-anak

Dua hari ni kami tak bersungkai di rumah sebabnya...ada jatah rezeki untuk anak-anak. Jadi kubawa dorang berbuka di luar. Sebenarnya kelmarin tidak berniat juga hendak berbuka di luar cuma pasal aku sibuk uruskan tempahan biskut raya sampai jadi malas mahu masak. Akhirnya kami berbuka saja di Restoran Juara yang menyediakan menu utama nasi ayam ala-ala Singapore Chicken Rice. Restoran ni merupakan tempat favorite anak-anak aku. Abang tak ikut sebab terlibat dalam majlis berbuka di sekolahnya. Kami berbuka beramai-ramai dengan para sepupu sepapat aku. Memang meriah!
Thursday, August 4, 2011 | By: Luna Biru

Menu sungkai hari ke4 Ramadhan

Salam ramadhan semua...
Hari ni masuklah hari ke 4 kita berpuasa. Aku pun mula kekeringan idea untuk membuat variasi dalam juadah berbuka untuk keluarga aku. Biasalah...bukannya expert sangat pun. Hihi...Cuma aku harap masuk hari ke 4 ni pengurusan masa aku lebih baik dari sebelumnya supaya senang aku nak berkarya sikit. Resolusinya, memang bajet masa ku lebih baik cuma....semua macam tak menjadi. Kek butter marble aku hangus, agar-agar ros pandan aku keras dan....uri meroyan aku pun mulalah mencanak-canak naik. Hampeh!

Kek butter marble yang dicorak spider web oleh Abe
Wednesday, August 3, 2011 | By: Luna Biru

Variasi tart versi Luna Biru

Tart cheese dan tart buah merupakan resipi favorite aku. Oleh kerana hampir kesemua ahli jemaah di rumah ni tak berapa minat dengan kedua benda ni, so ada chance lah aku melantak sorang-sorang benda ni. Haha! Puas hatiku!

Kecuali untuk resipi tart telur yang menjadi idaman kesemuanya. Aku tak berapa mahir buat tart telur berbanding umi. Sesuatu yang paling unik pasal pastri tart umi ialah ianya agak rangup dan berperisa mentega vanila yang agak terasa di lidah. Memang sedap sungguh!

Kalau mau rasa, singgahlah ke bazaar ramadhan setiap petang.








Resipi Cheese Cake versi Luna Biru

Terharunya aku bila my best friend Melati Atie minta aku resipi cheese cake yang aku buat semalam. Sebenarnya aku malu mau berbagi resipi ni sebab resipi aku ni pun bukannya betul sangat. Sama macam prinsip masakan aku, semuanya ada short cut. Original resipi ni aku dapat dari chef Noraini untuk kek span. Untuk lapisan cheesenya pula aku dapat dari kedai bakery tempat aku beli bahan kuih di Papar; Let's Bake. Aku namakan kek ni versi Luna Biru sebab semuanya sudah aku modifikasikan mengikut kemampuan dan kesenangan aku. Yang penting....jadik!

Menu sungkai hari ke3 Ramadhan

Hari ni agak kelam kabut sikit sebab pulang sekolah saja aku tertidur sebab cuaca panas sangat. Jam 4 baru aku mula beraksi di dapur. Fuh! Berantakan semuanya! Abang pula tiada hari ni sebab sibuk buat persiapan untuk Penyerahan Netbook 1 Malaysia esok bagi zon Kawang. Cheif assistant aku si Abe pula demam panas. Terpaksalah aku sorang-sorang di dapur.

K. Inilah menu kami hari ni yang boleh aku share dengan korang suma. Tidak seperti yang aku plan tapi bolehlah....

Menu utama : Soto ayam. Cadangan mau buat sup gear box. Tapi tiada masa sudah mau lembutkan daging. Huhu...
Tuesday, August 2, 2011 | By: Luna Biru

Menu sungkai hari ke2 Ramadhan

Kelmarin aku tak sempat bajet masa sampai semuanya jadi berantakan. Lagipun kelmarin masak simple saja, mee kon low dengan pegedel daging. Pencuci mulut sempat buat puding mangga saja dan jus apple merah. Tapi hari ni, awal-awal lagi aku dah ready. Pulang sekolah saja, aku sudah mula beraksi. Dan...taraaa......inilah menu kami hari ni. Memang mantop gilak!

Telur bungkus ditempah khas oleh umi.
Friday, February 4, 2011 | By: Luna Biru

KURSUS BUN ASAS MANIS

BUN ASAS MANIS

Tarikh 1.1. 2011 adalah tarikh bersejarah dalam hidup aku sebab untuk pertama kalinya, aku berjaya membuat Kursus Bun Asas. Mulanya, ragu-ragu juga nak buat,tapi atas desakan Alongku, aku beranikan diri. Maklumlah, aku ni mana ada kursus bertauliah pun. Main pandai-pandai sendiri saja dan hasil eksperimentasi pengalaman orang-orang di sekitarku, terutamanya Umi.